You are on page 1of 3

CADANGAN PROGRAM PERLAWANAN BADMINTON KAKITANGAN PUTRA SPECIALIST

HOSPITAL (MELAKA) SDN BHD

1.0 TUJUAN
1.0 Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak
pengurusan Putra Specialist Hospital (Melaka ) Sdn Bhd (PSHMSB) untuk mengadakan
satu program perlawanan Badminton di kalangan kakitangan PSHMSB.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Jawatankuasa penganjur mencadangkan supaya program Perlawanan Badminton ini
yang akan diadakan pada sekitar bulan Disember 2022.
2.2 Program ini akan berjalan selama 1 hari dan mengambil masa selama 8 jam bagi
kesuluruhan perlawanan.
2.3 Kategori yang akan dipertandingkan:

Berkumpulan :
I. Regu Lelaki
II. Regu Perempuan
III. Regu Campuran

2.4 Setiap Kumpulan akan dicabut undi oleh ahli jawatan kuasa yang dilantik untuk
menentukan Kumpulan.
2.5 Setiap Kumpulan terdiri daripada 6 peserta iaitu 3 peserta Lelaki dan 3 peserta
Perempuan yang mewakili 1 kumpulan.
2.6 Cabutan bertuah akan berlangsung setelah habis perlawanan atau di pertengahan
perlawanan bagi menarik perhatian peserta dan penonton.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN


3.1 Program ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan bahawa
PSHMSB juga menggalakkan kakitangannya mengamalkan kehidupan yang sihat
bersukan dan beriadah.
3.2 Program ini juga dapat mengeratkan lagi ukhwah di kalangan kakitangan PSHMSB.
3.3 Cadangan perlawanan badminton ini adalah seperti berikut:-

Tarikh : 11 Disember 2022 (Ahad)


Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Badminton Yoke Bin / Ayer Leleh / Dewan
Bistari
(Tertakluk kepada perubahan)

1
4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

4.1 Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM15.00 seorang dan diberikan
sehelai T-Shirt perlawanan.

4.2 KKR mensasarkan seramai 100 orang peserta bagi menyertai perlawanan badminton ini.

4.3 Kos yang terlibat dianggarkan seperti berikut:

N ITEM ANGGARAN KOS KUANTITI TOTAL (RM)


O (RM)
1 Gelanggang Badminton 20.00 4 Gelanggang 640.00
X 8 jam
2 Bulu Tangkis 80.00 10 800.00
3 Hadiah (bersamaan nilai)

Johan – tempat ke-2


1.Medal + hamper (RM15.00 x 6) + 100.00 1 190.00
2.Medal + hamper (RM15.00 x 6) + 80.00 1 170.00

Saguhati (ke-4 hingga ke-6)


3. Hamper 60.00 1 60.00
4. Hamper 50.00 1 50.00
5. Hamper 50.00 1 50.00
6. Hamper 50.00 1 50.00
4 Cabutan Bertuah 20.00 5 100.00
5 Makanan & Minuman 10.00 100 1,000.00
6 Lain-lain 200.00 1 200.00

JUMLAH KESELURUHAN 3,110.00


4.4 Bagi tujuan melancarkan urusan dan perjalanan program tersebut, Urusetia yang dicadangkan
adalah seperti berikut:

N Tugasan P.I.C
o
1 Pegawai Pertandingan/ Event Manager En Zolkri & En Zainudin
2 Pegawai Makanan & Pemantauan Kebersihan En Samsuri
3 Pegawai Peralatan En Shafiq & En Zuhairi

5.0 KESIMPULAN

Sehubungan dengan itu, pihak KKR memohon agar pihak Pengurusan PSHMSB memberikan
kelulusan untuk menjalankan aktiviti yang telah dinyatakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disokong oleh: Diluluskan oleh:

Mohd Zolkri Rahman Nurhidayah Zakaria Mohd Shamsuri Jelani Datuk Wira (Dr.) Hjh Radhuana
AJK Kelab Sukan Setiausaha Presiden binti Salleh
Tarikh : Tarikh: Tarikh: Ketua Pegawai Eksekutif
Tarikh :

2
3

You might also like