You are on page 1of 3
pes BS Sa OI Sho & Lele les & Gl gs Guled PEJABAT DULI YANG MAHA MULIA YANG DL-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN HR THE YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN ISTANA HINGGAP 70500 SERENBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MALAYSIA Tel | 06-7618432 / 7615433 / 7615434 Fax : 06-7634976 Ruj. Kami: P.YDPBNS(345).100-9/5/6 (46 ) Tarikh : 1 September 2021 23, Muharam 1443H Y.Bhg. Dato’ Mohd Zaidi Bin Ramli Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, No.Tel : 06-7664202/100 Negeri Sembilan. No. Faks : 06-7664201 Y.Bhg. Dato’, PENGUMUMAN PERINGATAN OLEH IMAM / PENGERUSI MASJID LUAK TANAH MENGANDUNG Dengan segala hormat dan takzimnya adalah saya dititah untuk merujuk kepada perkara di atas, 2. Untuk makluman Y.Bhg. Dato’, D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, berkenan agar semua masjid dan surau yang terletak dalam Luak Tanah Mengandung membacakan peringatan daripada Ke Bawah Duli Tuanku. Peringatan tersebut hendaklah dibacakan: sebelum solat berjemaah lima waktu dimulakan setiap hari selama tujuh hari bermula pada hari Jumaat, 3 September 2021 bersamaan 25 Muharam 1443H; dan ii, setiap kali sebelum Khatib naik ke mimbar untuk membaca khutbah Jumaat bermula pada hari Jumaat, 3 September 2021 bersamaan 25 Muharam 1443H sehingga diberitahu kelak. 3. Sehubungan itu, bagi menjunjung titah Ke Bawah Duli Tuanku, bersama-sama ini dilampirkan pengumuman peringatan tersebut untuk Y.Bhg. Dato’ edarkan kepada semua 2I- 2 Masjid dan surau yang terletak dalam Luak Tanah Megandung. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Dato’ adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” menjupjung titah, OAD AKHIR) Setiausaha Sulit fa D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus PENGUMUMAN PERINGATAN OLEH IMAM / PENGERUSI MASJID LUAK TANAH MENGANDUNG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saya dititah untuk menyampaikan pesanan daripada Duli Yang Maha Mulla Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus mengenai SOP baharu solat berjemaah yang telah dikeluarkan baru-baru ini. Sungguhpun syarat untuk menunaikan solat di masjid dan surau telah dilonggarkan, namun semua pihak, sama ada ahli jawatankuasa atau para jemaah, perlu sama-sama bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi setiap perincian dalam SOP tersebut. Di samping itu, para jemaah juga diingatkan agar terus meninggalkan masjid selepas menunaikan solat dan tidak berkumpul beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah ‘Semoga usaha ini akan dapat membantu memerangi wabak Covid-19 daripada terus merebak. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

You might also like