You are on page 1of 2

FAEDAH-FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH

  Koperasi sekolah merupakan sebuah perniagaan yang dibangunkan oleh


pihak sekolah sejak zaman dahulu. Anggota koperasi sekolah termasuk, pelajar,
guru, dan seluruh warga sekolah. Pelajar dapat membeli barang keperluan sekolah
seperti alat tulis dan buku daripada koperasi sekolah. Makanan ringan seperti roti
dan biskut juga boleh didapati di sana. Hal ini menyebabkan ramai orang yang
memikirkan bahawa prnubuhan koperasi sekolah hanya bertujuan untuk menjual
barang keperluan dan makanan kepada pelajar. Namun, kebaikan penubuhan
koperasi sekolah adalah tidak dapat dikira dengan jari jemari kita. 

Seperti yang diketahui oleh kebanyakan orang, koperasi sekolah


memudahkan pelajar mendapatkan barangan sekolah dan perkhidmatan.
Contohnya, pelbagai pen, buku nota dan fail dapat diperoleh daripada koperasi.
Segala keperluan sekolah boleh didapati di sana, maka pelajar tidak perlu ke pasar
raya atau kedai yang berjauhan untuk membeli peralatan sekolah. Dengan menurun
beberapa anak tangga sahaja, koperasi sudah ada di depan mata. Hal ini turut
menjelaskan bahawa pelajar dapat menjimatkan kos perjalanan dan kos
pengangkutan untuk ke kedai peralatan sekolah. Jelaslah bahawa penubuhan
koperasi telah membawa beberapa manfaat dan berfungsi bagai serampang dua
mata.

Selain itu, pelajar yang menjadi ahli koperasi akan mendapat pendedahan
asas terhadap perniagaan. Hal ini dapat memupuk semangat berniaga dalam
kalangan pelajar, bak kata tak kenal maka tak cinta. Sesetengah pelajar tidak
berminat dalam perniagaan disebabkan kurang pengetahuan tentang berniaga dan
berasa berniaga itu adalah sukar. Dengan terlibat dalam perniagaan koperasi,
mereka akan memahami tentang berniaga dengan lebih mendalam dan holistik.
Berniaga di koperasi juga menambahkan pengalaman pelajar khususnya dalam
bidang perniagaan, bak kata jauh perjalanan luas permandangan. Lebih banyak
pelajar mencuba dan merasai perkara baharu, lebih banyak pengetahuan dan
kemahiran diperoleh.

Akhir sekali, koperasi juga menambahkan sumber kewangan sekolah.


Keuntungan yang diperoleh daripada penjualan barang niaga akan dimasukkan ke
dalam tabung sekolah untuk kegunaan menaiktarafkan kemudahan dan pendidikan
sekolah. Hal ini memberikan pelajar tempat belajar yang lebih baik untuk
meyenangkan dan menenangkan hati pelajar semasa waktu pelajaran. Pihak
sekolah juga boleh menggunakan wang tersebut untuk menjemput pihak yang lebih
berpengalaman untuk memberi ceramah atau taklimat kepada pelajar yang akan
menduduki peperiksaan seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Tegasnya,
keuntungan yang diperoleh daripada penjualan koperasi dapat disumbangkan
kepada pihak sekolah untuk pelbagai penggunaan.

Tuntasnya, penubuhan koperasi sekolah banyak mendatangkan kebaikan


kepada sama ada pelajar mahupun pihak sekolah. Oleh itu, setiap warga sekolah
patut berkolaborasi supaya penubuhan koperasi dapat berjalan dengan lancar,
umpama aur dengan tebing. Tamsilnya, pelajar perlu bergiat aktif menjadi ahli
koperasi manakala pihak sekolah perlu merancang dengan bijak aktiviti tahunan
koperasi supaya dapat memperoleh keuntungan. 

You might also like