You are on page 1of 2

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

LAPORAN PEKA SAINS 1511/3 SPM 2021

NAMA PELAJAR :
NO KAD PENGENALAN:
ANGKA GILIRAN :
KELAS:
NAMA GURU :
EKSPERIMEN : 1.1.3 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI MIKROORGANISMA (FAKTOR NILAI PH)
ARAS : RENDAH

Sila baca dengan teliti situasi yang diberi dan jalankan eksperimen berpandukan soalan yang
diberi.

Masyarakat Eropah menjalankan proses menjeruk untuk memanjangkan jangka


hayat sayuran seperti timun, lobak , cili dan buah zaitun dengan menambahkan cuka
di dalam rendaman. Ini membuktikan bakteria dan fungi tidak dapat membiak di
dalam pH yang berasid.

(a) Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk K1
mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria. P1-P7

Anda diminta menulis laporan bagi eksperimen tersebut


Laporan anda hendaklah mengandungi:
a. Pernyataan masalah
b. Tujuan
c. Hipotesis
d. Pemboleh ubah dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan
e. Radas dan bahan
f. Prosedur dan rajah berlabel yang bersesuaian
g. Mengumpul dan merekodkan data / penjadualan data K3P1/P2
h. Mentafsir data dengan membin graf dari data yang diperolehi K4P1

(b) Laporan tersebut juga perlu mengandungi perkara-perkara berikut:


i. Nyatakan pemerhatian yang berlaku pada permukaan agar- agar nutrien K4P2a
selepas 5 hari dan berikan sebab berlakunya pemerhatian tersebut.
ii. Berdasarkan data eksperimen yang diperolehi, tuliskan satu hubungan antara K4P2b
nilai pH dan pertumbuhan bakteria
iii. Berdasarkan kepada pemerhatian anda terhadap permukaan agar-agar K4P2c
nutrien, nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan bakteria
v. Berikan satu kesimpulan berdasarkan hasil dapatan eksperimen K4P2d
(c) Jawab soalan berikut:
i. Di Korea, makanan kimchi biasanya dihidangan pada musim dingin. Kimchi K5P1
dikenali sebagai ‘sayur yang direndam’ membawa maksud kobis,sawi
putih,timun dan lobak yang direndam di dalam air garam dan cuka. Campuran
bahan ini akan disimpan didalam tempayan selama 7 bulan sehingga 3 tahun.
Bagaimanakah kimchi dapat bertahan begitu lama dalam penyimpanan dan
tidak menjadi rosak untuk dimakan?
ii. Berdasarkan dapatan eksperimen. Apakah yang boleh anda lakukan supaya K5P2
data pemboleh ubah bergerak balas yang diperoleh itu lebih jitu.

iii. Adakah bilangan koloni bakteria dalam pemerhatian anda itu boleh diterima? K5P3
Berikan alasan anda K5P4
Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran kumulatif (K2) dan amalan sikap saintifik dan
nilai murni (K6) akan dinilai

You might also like