You are on page 1of 1

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

LAPORAN PEKA SAINS 1511/3 SPM 2021

NAMA PELAJAR :
NO KAD PENGENALAN:
ANGKA GILIRAN :
KELAS:
NAMA GURU :
EKSPERIMEN : 1.1.3 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI MIKROORGANISMA (FAKTOR CAHAYA)
ARAS : TINGGI

Sila baca dengan teliti situasi yang diberi dan jalankan eksperimen berpandukan soalan yang
diberi.

Semasa hari hujan, Aminah mendapati baju yang dijemurnya di dalam rumah berbau
masam dan lembab. Namun, apabila waktu panas baju yang dijemur Aminah tidak
mempunyai sebarang bau masam. Ini membuktikan bahawa bakteria dan fungi tidak
dapat membiak apabila berada di bawah cahaya matahari.

(a) Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk K1
mengkaji situasi berikut. Tuliskan satu laporan ekperimen yang lengkap P1-P7
(b) Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Graf yang menghubungkan pembolehubah dimanipulasi dan bergerak balas K4P1
ii. Inferens berdasarkan dapatan eksperimen K4P2a
iii. Hubungan antara pembolehubah dimanipulasi dan bergerak balas K4P2b
iv. Definisi secara operasi bagi pertumbuhan bakteria K4P2c
v. Berikan satu kesimpulan berdasarkan hasil dapatan eksperimen K4P2d
(c) Jawab soalan berikut:
i. Pada masa kini permintaan buah-buahan seperti plum dan anggur adalah sangat K5P1
tinggi. Faktor jarak dan perubahan cuaca menyebabkan buah-buahan in menjadi
rosak semasa dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi yang jauh. Kanada
sebagai contoh negara yang mengaplikasi teknologi pemprosesan makanan
melalui proses pendehidratan cahaya yang mengubah bentuk buah plum kepada
prun dan anggur kepada kismis untuk mengatasi masalah kerosakan buah.
Bagaimanakah kaedah pemprosesan makanan tersebut menjadikan buah tahan
lama dapat dieksport ke destinasi yang jauh?

ii. Cadangkan penambahbaikan untuk mendapat data yang lebih jitu. K5P2
iii. Adakah dapatan ekperimen anda peroleh boleh diterima? K5P3
Jelaskan jawapan anda K5P4
Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran kumulatif (K2) dan amalan sikap saintifik dan
nilai murni (K6) akan dinilai

You might also like