You are on page 1of 6

LATIHAN

1. Harga bagi sebuah bas ialah RM2y lebih mahal daripada sebuah van. Tulis satu
ungkapan algebra bagi harga sebuah bas jika sebuah van berharga RMx.

2. Jisim Boon Seng ialah (6x + 8) kg. Jisim adiknya pula ialah ( 2x - 5 ) kg kurang
daripadanya. Cari jumlah jisim, dalam kg, dalam sebutan x, Bong Seng dan adiknya.

3. Di sebuah penjual kereta terpakai, harga bagi sebuah kereta Toyota ialah RMk lebih
mahal daripada sebuah kereta Honda. Nisbah harga sebuah kereta Toyota kepada
harga sebuah kereta Honda ialah a:b.
Ungkapkan harga, dalam sebutan a, b dan k, bagi sebuah
(a) kereta Toyota
(b) kereta Honda.
4. Jisim Kuhan ialah h kg manakala jisim Lina adalah j kg kurang dari Kuhan. Jisim Meng
adalah tiga kali jisim LINa. Berapakah beza antara jisim Meng dengan Kuhan.

5. Cikgu Ahmad membeli sebuah papan hitam dengan panjang 5a cm dan lebar 3b cm.
Cari perimeter dan luas papan hitam itu.

6. Umur Jason adalah empat kali umur Azman. Jika perbezaan umur mereka ialah 15,
hitungkan umur mereka.

7. Umur Omar adalah lima kali umur Johan. Jika jumlah umur mereka ialah 50, hitungkan
umur mereka.
8. Rajah dibawah menunjukan polygon;

9.
10. Puan Susan ingin menghadiahi muridnya dengan m buah buku cerita Bahasa Melayu dan n
buku cerita Bahasa Inggeris. Harga sebuah buku cerita Bahasa Melayu dan sebuah buku cerita
Bahasa Inggeris masing - masing ialah RM15 dan RM20. Puan Susan membayar RM155 untuk
kesemua buku yg dibeli.

11. Aiyeh dan Eijah mempunyai (p+40) keping syling 50 sen. Selepas Aiyeh memberikan (3-q)
keping syiling 50 sen kepada Eijah, bilangan syiling 50 sen Aiyeh adalah dua kali bilangan
syiling 50 sen Eijah. Berapa keping syiling 50 sen yang dimiliki oleh Aiyeh dan Elijah?

12. Segulung polypaip dengan panjang (90+7y-12z) meter dipotong kepada 3 bahagian. Panjang
bahagian polypaip pertama dan kedua adalah sama. Panjang bahagian polypaip yang ketiga
melebihi jumlah panjang dua bahagian polypaip itu (15+y-3z) meter. Hitung panjang setiap
bahagian polypaip itu.
13. Umur Wahid adalah lebih daripada 44 tahun. Jika umurnya ialah p tahun, tulis suatu
ketaksamaan bagi umur Wahid dalam masa 2 tahun.

14. Mohammad mempunyai segulung dawai. Dia memotong dawai itu kepada 2s meter
dan 5t meter. Kemudian, dia membuang separuh daripada baki panjang dawai itu dan
hanya menyimpan u meter. Berapakah panjang asal, dalam meter, dawai itu?

15. Ibrahim mendapat keuntungan RM7p dalam bulan January. 1/5 daripada keuntungan
digunakan untuk melabur dan 1/3 daripada keuntungan pula disimpan dalam bank.
Berapakah baki keuntungan?
16. Jadual 3 menunjukkan harga buku A, B, dan C yang dijual di sebuah buku kedai.
BUKU HARGA SETIAP BUKU
RM10x
A
RM18x
B
RM10.70
C

Lukman membeli sebuah buku A, sebuah buku B dan 7 buah buku C. Dengan
menggunakan ungkapan algebra, nyatakan jumlah kos, dalam RM, bagi buku-buku
itu.

You might also like