You are on page 1of 1

Nor Hazrul bin Nordin

A104, Sri Ara Apartment,


Jalan PJU 1A/5, Ara Damansara,
47301, Petaling Jaya,
Selangor.

Muhamad Faisol bin Abdul Majid


Guru Besar,
SK Shah Alam,
Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16,
40200, Shah Alam,
Selangor. 12 Mac 2021

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KE PROGRAM LADAP SK SHAH ALAM

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Nor Hazrul bin Nordin tidak
dapat menghadiri ke program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) anjuran SK Shah Alam pada
tarikh 13 Mac 2021.

2. Sebab ketidakhadiran saya adalah kerana saya terpaksa untuk pulang ke kampung halaman untuk
menguruskan hal berkenaan ahli keluarga (adik) yang ditimpa kemalangan pada baru-baru ini.

3. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya ini akan menjejaskan perjalanan program
pada hari tersebut seperti yang telah dirancang.

Segala perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………
(NOR HAZRUL BIN NORDIN)

You might also like