You are on page 1of 1

Panut Bin Abdul Shukor Lot 4371 Lorong Intan, Kampung Seri Tiram Jaya, 45500 Tanjong Karang,

Selangor Darul Ehsan. 19 Disember 2012

Kepada, Pengetua Sekolah, Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang

Per:Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang Beserta Asrama Penuh. Merujuk kepada perkara yang tertera diatas, bertarikh 19/12/2012. Adalah saya yang bernama Panut Bin Abdul Shukor penjaga kepada Nurul Izzati Binti Panut (001024-100386) dengan ini ingin membuat permohonan rayuan untuk mendapat penempatan ke tingkatan 1 serta berasrama penuh di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang pada sesi tahun 2013. 2.Untuk makluman pihak sekolah, saya telah membuat permohonan ke sekolah tuan sebelum ini tetapi tidak berjaya, lampiran salinan keputusan dan juga dokumen yang diperlukan telah saya sertakan sekali. 3.Sehubungan itu, saya berharap permohonan rayuan ini berjaya. Dengan itu, segala keprihatinan dan kesudian tuan membaca surat rayuan ini sangatlah saya hargai . Sekian, terima kasih. Yang Benar

.. (Panut Bin Abdul Shukor)

You might also like