You are on page 1of 1

Noor Aznita binti Hashim

F1601, Blok F,
Mutiara Ville Residence,
63000 Cyberjaya,
Selangor.

Pegawai PPD,
Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor 20 April 2018

Tuan,

Permohonan Kelulusan Pertukaran Ke Sekolah Daerah Sepang

Merujuk perkara di atas, saya Noor Aznita binti Hashim, guru di SMK USJ 23, Subang Jaya ingin
membuat rayuan agar pihak tuan meluluskan permohonan pertukaran ke sekolah di daerah
Sepang.

2. Antara sebab saya ingin bertukar ke sekolah daerah Sepang ialah kerana berdekatan
dengan rumah saya di Cyberjaya. Saya juga telah 11 tahun berkhidmat di sini. Saya juga ingin
menimba pengalaman dan persekitaran yang berlainan. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya
belum pernah memohon pertukaran sejak melapor diri kali pertama di sekolah sekarang.

3. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil perhatian dan mempertimbangkan
permohonan saya ini. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat saya hargai.

Yang Benar,

………………………………..
(Noor Aznita binti Hashim)
Guru Siswazah DG44,
SMK USJ 23, Subang Jaya,
Selangor.

You might also like