You are on page 1of 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Persepsi Guru Pengajian Perniagaan Tingkatan Enam Terhadap


Pembelajaran Berasaskan Masalah
(Perception of Form Six Business Studies Teachers towards Problem
-Based Learning)
Janet Jequiline Jolly Tinjol1*, Christina Andin1, Jeromie Jolly2
1
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Malaysia
2
Jabatan, Institut Perguruan Malaysia, Keningau, Malaysia

*Pengarang Koresponden: janegory@gmail.com

Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pengajaran tradisional kurang memberikan tumpuan yang cukup dalam


mengembangkan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, kaedah Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu kaedah yang diyakini dapat
mengembangkan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Kajian ini bertujuan untuk meneroka
persepsi guru Pengajian Perniagaan (PP) tingkatan enam terhadap kaedah PBM. Kajian
kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan dua guru PP tingkatan enam yang dipilih secara
bertujuan sebagai peserta kajian di sebuah pusat tingkatan enam negeri Sabah. Guru telah
melaksanakan kaedah PBM selama lapan minggu terhadap 17 pelajar PP tingkatan enam
yang berada di semester dua pengajian. Data dikumpulkan melalui temu bual separa
berstruktur dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berbantukan perisian
Nvivo12. Dapatan keseluruhan kajian mendapati persepsi guru terhadap PBM membentuk
dua tema utama iaitu persepsi positif dan persepsi negatif. Persepsi positif guru terhadap PBM
menjurus kepada meningkatkan kemahiran pembelajaran pelajar, menambah baik teknik
pembelajaran pelajar dan pengajaran guru. Manakala persepsi negatif guru menjurus kepada
masalah dalam konteks pembelajaran, masalah sikap pelajar dan masalah pelaksanaan PBM.
Kesimpulannya, kajian ini memberi implikasi pedagogi dengan mengambil kira aspek
kekuatan dan cabaran guru untuk melaksanakan PBM dengan lebih efektif dalam
mengembangkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 pelajar.

Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Masalah, Persepsi, Guru Pengajian Perniagaan,


Tingkatan Enam

Abstract: Conventional teaching lacks sufficient focus in developing 21st-century learning


skills. Therefore, the Problem-Based Learning (PBL) method is one of the methods that is
believed to develop 21st-century learning skills. This study aimed to explore the perceptions
on the PBL method of Sixth Form teachers who are currently teaching Business Studies. This
case study involved two Business Studies teachers who were purposefully selected as
participants in this study. These teachers have implemented the PBM method for eight weeks
onto 17 Sixth Form Business Studies students who were in their second semester of study. Data
were collected through semi-structured interviews and analyzed using the Nvivo12 software-
assisted content analysis method. The overall findings of the study revealed that teachers'
perceptions of PBL resulted in two main themes, namely positive perceptions and negative
perceptions. The teachers' positive perceptions of PBL lead to improving students' learning
skills, improving student learning techniques and teachers' teaching. On the other hand, the
negative perceptions of teachers focused on the problems in the context of learning, problems

201
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

of students’ attitudes and problems of PBM implementation. In conclusion, this study provides
pedagogical implications that take into account aspects of teachers 'strengths and challenges
to implement PBM more effectively in developing students' 21st-century learning skills.
.
Keywords: Problem Based Learning, Perception, Business Studies Teachers, Sixth Form
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pada era globalisasi ini, institusi pendidikan berdepan dengan perubahan persekitaran umum
perniagaan. Hal ini disebabkan keadaan pasaran global yang semakin berkembang, sistem
ekonomi yang terbuka dan bebas, sistem politik yang bersifat demokratik serta revolusi dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi (Hallinger & Snidvongs, 2008). Oleh itu, pelajar
perniagaan berdepan dengan cabaran baharu apabila tamat belajar kelak. Cabaran ini
termasuklah peningkatan terhadap persaingan global, keperluan terhadap kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis dalam tenaga kerja, bekerjasama serta pembelajaran sepanjang hayat
(Mohammad Ayub Khan, 2015). Hal ini menunjukkan pelajar perniagaan perlu bersedia
dengan kemahiran untuk menyahut cabaran tersebut.
Sehubungan itu, terdapat keperluan guru dan pelajar Pengajian Perniagaan (PP) tingkatan enam
untuk beralih kepada kaedah pengajaran yang bersifat aktif. Salah satu kaedah yang pengajaran
dan pembelajaran aktif ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). PBM merupakan salah
satu kaedah pengajaran yang bukan sahaja menumpukan terhadap isi kandungan pembelajaran
malahan dapat membentuk kemahiran pelajar untuk dijadikan persediaan kepada pelajar
memasuki alam pekerjaan kelak (Mohamad Termizi Borhan, 2012). Selain itu, PBM juga
dilihat sebagai satu kaedah yang berkesan dalam Pdpc kerana menjadikan pembelajaran pelajar
bersifat aktif (Abraham et al., 2016; Mohammed Tahir Ansari et al., 2015). Mohd Nazir Zabit
et al. (2016) turut menyatakan PBM perlu diaplikasikan dalam bidang perniagaan bagi
membantu membentuk kemahiran pelajar. Ini adalah kerana masalah yang dibina merupakan
masalah dunia yang sebenar yang membawa pelajar untuk belajar dalam masalah sebenar yang
berlaku di sekeliling mereka.
2. Ulasan Kajian Lepas
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Menurut Barrows dan Tamblyn (1980), PBM ditakrifkan sebagai hasil pembelajaran di mana
proses belajar ke arah pemahaman atau penyelesaian masalah. Analisis masalah merupakan
satu langkah penting di mana pelajar dapat mengingat semula sesuatu topik, dan konteks yang
telah dipelajari (Norman & Schmidt, 2016; Schmidt, 1983). Kaedah PBM dibangunkan untuk
menggalakkan dan membantu pelajar untuk melihat peranan masa depan terhadap kesesuaian
pembelajaran dengan masalah sebenar berlaku dalam kehidupan seharian. Masalah dalam
PBM dapat mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar seterusnya menunjukkan kepada
pelajar akan kepentingan tanggungjawab terhadap sikap profesional. Hal ini menunjukkan
proses PBM melibatkan pelajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam keadaan
sebenar dan dijadikan penanda aras dalam pembelajaran (De Graaf & Kolmo, 2003; Abdullah
et al., 2019). Masalah yang dibentuk ialah masalah sebenar dan tidak berstruktur yang
dihadapi pelajar dan disesuaikan dengan objektif pembelajaran dan bertujuan untuk membantu
pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran pembelajaran untuk menyelesaikan masalah
tersebut (Wee, 2004) Di samping itu, melalui pelaksanaan PBM pelajar juga akan mengenal
pasti apa yang telah dketahui, perlu pelajar ketahui, bagaimana dan di mana pelajar
memperoleh maklumat yang akan membantu dalam menyelesaikan masalah yang diberikan
(Xippolitos & McMillan, 2019). Guru juga membantu membina tahap keyakinan pelajar untuk

202
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

berdepan dengan masalah yang diberikan dan meningkatkan tahap kefahaman pelajar (Torp &
Sage, 1998). Sehubungan itu, peranan guru ialah membantu pembelajaran pelajar dengan
menyokong, membimbing, membina persekitaran pembelajaran yang kondusif dan memantau
proses pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi guru PP tingkatan
enam terhadap pelaksanaan PBM.
Persepsi Guru Terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah
Kajian lepas menunjukkan PBM membentuk kemahiran berfikir aras tinggi dan meningkatkan
motivasi pelajar (Che Nidzam Che Ahmad et al., 2018), meningkatkan kemahiran berfikir
secara kritis serta pencapaian akademik pelajar (Aliyu, 2019; Siti Mastura Baharudin &
Jamalludin Harun, 2014). Ini menunjukkan PBM dapat merangsang kemahiran berfikir secara
kritis pelajar terhadap jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah terhadap isu
pembelajaran yang dikemukakan.
Seterusnya, PBM memberi faedah dalam memperbaiki kemahiran generik seperti penyelesaian
masalah dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) (Pasandín & Pérez,2020; Baharom &
Palaniandy, 2013). Kajian menyatakan guru melihat kemampuan kemahiran PTK pelajar
apabila pelajar belajar sendiri dengan meminimumkan interaksi antara pelajar dengan guru.
Selain itu, PBM turut meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif, penyelesaian masalah,
kerja berkumpulan dan self-respect (Syadiyah Abdul Shukor, 2017). Oleh sebab itu, proses
PBM yang merentasi pelbagai aspek, proses penyelesaian masalah, sumber atau maklumat
daripada bidang lain mungkin diperlukan.
Namun, kajian Williams & Paltridge (2017) mendapati perubahan pengajaran guru kepada
PBM memerlukan masa untuk melaksanakannya. Guru yang baru mengenal PBM perlu
diberikan peluang untuk mengembangkan profesional dalam membantu mereka membuat
refleksi untuk memahami maksud yang pemudahcaraan dalam pembelajaran. Persepsi negatif
guru turut diteroka melalui kajian O Doherty et al., (2018) yang menyatakan guru berdepan
dengan cabaran mengurus dinamik kumpulan, mengembangkan keyakinan dalam mengajar
dengan pengalaman dan kesediaan untuk belajar daripada rakan sebaya hingga meningkatkan
amalan pembelajaran yang berkesan. Hal ini turut dijelaskan oleh Assen et al., (2016) yang
menyatakan pelaksanaan PBM memerlukan rangka kerja yang sesuai untuk pembelajaran
pelajar. Kajian Aliyu (2019) dan Dunsmuir et al., (2017) turut mendapati guru berdepan dengan
cabaran semasa melaksanakan PBM kerana memerlukan perancangan yang teliti selain
kekerapan masa yang perlu dilaksanakan oleh guru. Aspek kesukaran guru turut dinyatakan
dalam kajian Cwynar (2020) terutama dalam mereka bentuk masalah yang bersifat authentic
kerana menuntut kepakaran guru. digunakan dalam melaksanakan tugas selain mengajar.
Berdasarkan tinjauan kajian-kajian lepas didapati pelaksanaan PBM menimbulkan persepsi
positif dan negatif oleh guru. Persepsi positif ini muncul kerana guru yakin dengan pelaksanaan
PBM berupaya meningkatkan kemahiran pembelajaran pelajar di samping meningkatkan
pencapaian akademik pelajar terhadap pembelajaran pelajar. Manakala persepsi negatif guru
timbul disebabkan guru berdepan cabaran semasa melaksanakan PBM terutama yang
melibatkan masa, sikap pelajar dan bebanan tugas guru itu sendiri.
3. Metodologi
Reka bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes deskriptif. Kajian kes sesuai
digunakan kerana dapat membantu pengkaji memahami sesuatu fenomena dengan lebih
mendalam (Yin, 2009). Fenomena dalam kajian ini melibatkan penerokaan persepsi guru PP
tingkatan enam terhadap kaedah PBM semasa melaksanakan di dalam bilik darjah.

203
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Peserta Kajian
Peserta kajian terdiri daripada dua orang guru PP tingkatan enam yang dipilih secara bertujuan
di sebuah Pusat Tingkatan Enam Negeri Sabah. Miles dan Huberman (1994) menjelaskan
kajian kualitatif perlu fokus secara mendalam kepada bilangan peserta kajian yang kecil dan
dipilih secara bertujuan bagi memperoleh maklumat yang mendalam.
Kaedah Penganalisisan Data
Data temu bual telah ditranskripsikan dan dianalisis dengan menggunakan teknik analisis
kandungan berbantukan perisian Nvivo 12. Teknik ini memerlukan pengkaji melakukan proses
interpretasi teks terhadap data-data kajian (Bengtsson, 2016). Oleh itu, analisis data dalam
kajian ini melibatkan empat peringkat iaitu penyaringan data (Decontexualisation), membina
Kod (Reconcontexualisation), mengkategorikan (Categorisation) dan melaporkan
(Compilation).
4. Perbincangan Dan Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan dua tema terbentuk mengenai persepsi guru PP tingkatan enam
terhadap pelaksanaan PBM. Persepsi ini merangkumi persepsi positif dan persepsi negatif.
Persepsi Positif guru terhadap PBM
Persepsi positif guru PP tingkatan enam ketika melaksanakan kaedah PBM merangkumi tiga
kategori iaitu membentuk kemahiran pembelajaran, menambah baik pembelajaran pelajar dan
pengajaran guru.
Membentuk Kemahiran Pembelajaran Pelajar
Pembentukan kemahiran pembelajaran pelajar merangkumi tiga sub kategori iaitu
meningkatkan kemahiran pembelajaran kolaboratif (PK), pembelajaran terarah kendiri (PTK)
dan membentuk kemahiran lain.
Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Kolaboratif
Dapatan kajian menunjukkan guru berpersepsi positif terhadap pelaksanaan PBM kerana
membentuk kemahiran pembelajaran pelajar. Antara kemahiran utama yang terbentuk ialah
kemahiran PK. Pembentukan kemahiran PK termasuklah membentuk sikap bekerjasama. Hal
ini diakui Guru 1 dengan menyatakan “kerjasama dia bagus”, serta Guru 2 “kemahiran
kerjasama, kolaboratif”. Pada masa yang sama, Guru 2 turut menyatakan pembentukan
kemahiran PK dalam PBM dapat membina hubungan sosial. Hal ini diakui oleh guru dengan
menyatakan “sebab mungkin pelajar dibahagikan kumpulan mengikut aras, yang mungkin
mereka ni tidak terganggu dengan perkara-perkara sampingan lain, pada awalnya tu memang
weird lah sebab masing-masing macam malu lagi kan. Tetapi lama-lama mereka dapat
membiasakan diri lah”. Selain itu, Guru 2 turut mengakui kemahiran PK melalui PBM
ditingkatkan apabila terdapat penglibatan pelajar dalam kerja berkumpulan dengan
menyatakan “kita boleh nampak yang PBM ni memang banyak menggalakkan penglibatan
pelajar”. Hal ini sekaligus menggalakkan pelajar bersaing secara sihat dalam pembelajaran.
Perkara ini digambarkan oleh guru 1 dengan menyatakan “biasanya kita boleh nampak, kalau
macam saya nampak pelajar saya ni okeylah, ada juga unsur bersaing tu..”. Walaupun terdapat
unsur persaingan, Guru 2 berpendapat “kalau yang satu orang ni kurang sikit huraian dia.. rakan
lain akan tolong”. Hal ini menunjukkan pelajar mengamalkan sikap saling membantu
terutamanya dalam memastikan huraian terhadap isi pembelajaran mencukupi. Peningkatan
kemahiran PK secara langsung dapat meningkatkan motivasi pelajar dan ini diakui oleh Guru
2 dengan menyatakan “meningkatkan motivasi pelajar, bila ada pelajar satu bercakap, yang
seorang lagi akan rasa motivasi juga untuk bagi tau apa yang dia faham’.

204
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Terarah Kendiri


Persepsi positif guru juga menunjukkan pelaksanaan kaedah PBM membantu meningkatkan
kemahiran PTK pelajar. Guru 1 menyatakan bahawa PBM mengubah kemahiran belajar pelajar
ke arah yang lebih baik. Hal ini dibuktikan apabila guru menerangkan “yang saya dapat kesan
melalui perbandingan dengan kaedah sebelum ini, itu lebih terikat pelajar dengan suasana kelas
biasa, pelajar cari fakta dia bentangkan, selesai.. lepas tu dia balik buat nota. Kaedah yang ini
(PBM) pelajar terlibat dengan aktiviti bukan perbincangan biasa .. ah dia perbincangan dalam
menyelesaikan dalam sesuatu isu... maknanya mereka ada isu untuk diselesaikan”. Hal ini turut
diakui oleh Guru 2 yang berpendapat PBM membantu memperbaiki kemahiran belajar
terutamanya dalam memahami konsep perniagaan yang dipelajari dengan menyatakan “tapi
segi memahami tu, kaedah ini sangat membantu lah”. Guru 1 dan Guru 2 juga turut berpendapat
autonomi pembelajaran yang diberikan kepada pelajar menjadikan pembelajaran lebih
bermakna ”ahh...mereka diberi kebebasan untuk create sesuatu dalam kelas”. Autonomi ini
menjadikan pelajar seronok dengan pembelajaran masing-masing. Hal ini diakui oleh Guru 1
dengan menyatakan “dia lebih enjoy dan diberi kebebasan dalam pembelajaran”. Rentetan
dengan autonomi yang diberikan, Guru 2 menyatakan “pelajar sepenuhnya dapat
mengendalikan sesi perbincangan dan guru hanya memudahcara sejalah”. Seterusnya, PBM
juga membantu membina kemahiran menaakul pelajar. Guru 2 menyatakan “bincang konsep
untuk memahami secara asas untuk memahami apa maksud konsep yang dibincangkan itu..
lepas tu baru pelajar boleh forward kepada penyelesaian masalah. Guru 1 turut berpersepsi
PBM meningkatkan kemahiran PTK kerana menggalakkan pelajar lebih berdikari “jadi dia tak
hanya bergantung kepada kawan membentang atau pun guru yang memberi penerangan saja”.
Guru juga turut mengakui pelajar juga semakin bertanggungjawab terhadap pembelajaran
sendiri. Hal Ini disokong oleh Guru 2 yang berpendapat “PBM turut menjadikan pelajar untuk
lebih bertanggungjawab”. Tanggungjawab pelajar semakin baik kerana guru tidak lagi
berperanan sebagai pemberi maklumat yang aktif kerana melalui PBM pelajar
bertanggungjawab sepenuhnya dengan pembelajaran masing-masing.

Membentuk Kemahiran Lain


Persepsi positif guru menunjukan pelaksanaan PBM juga membentuk kemahiran-kemahiran
lain seperti kemahiran komunikasi. Hal ini diakui oleh Guru 2 dengan menyatakan” kemahiran
berkomunikasi, bercakap”. Selain itu, PBM juga membentuk kemahiran berfikir aras tinggi
pelajar. Hal ini diterangkan oleh Guru 2 dengan menyatakan“kalau kita nampak PBM ni dia
membentuk kemahiran berfikir aras tinggi kan.. jadi biasanya bila kita menggunakan PBM
pelajar akan menggunakan pemikiran yang agak mendalamlah”. Seterusnya, pelaksanaan PBM
juga membentuk kemahiran kreatif dan kritis pelajar apabila Guru 2 menyatakan “berfikiran
kreatif, kritis... PBM berkesan bila kita bagi banyak penyoalan kepada pelajar, kalau kita hanya
menggunakan satu situasi tanpa memberikan soalan yang khusus kepada pelajar, mungkin dia
akan keliru”. Kepelbagaian aras soalan dalam PBM seterusnya membantu pelajar mengaitkan
fakta dengan isu sekaligus mendorong pelajar untuk mahir menyelesaikan masalah”. Perkara
ini diakui oleh Guru 1 dengan menyatakan “dari segi menyelesaikan, iaitu mencari fakta dan
isu tu dia dapat selesaikan”. Kemahiran lain yang dapat dibentuk oleh pelajar ialah kemahiran
mengurus pembelajaran. Kemahiran ini lebih mudah terbentuk kerana terdapat penggunaan
carta FILA semasa pelaksanaan PBM. Ini diperihalkan oleh guru dengan menyatakan “carta
FILA ni banyak membantu pelajar, pelajar dapat memahami isu lah, daripada masalah yang
timbul tu pelajar dapat point isu-isu penting.. jadi isu itu akan jadi fakta..dan dibahagian huraian
tu dia akan buat penerangan lah tentang apa isu yang dia jumpa”.

205
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Menambah baik Pembelajaran Pelajar


Dapatan kajian juga menunjukkan PBM membantu menambah baik pembelajaran pelajar. Hal
ini kerana PBM sesuai dengan tahap pelajar seperti yang diterangkan oleh Guru 2 “sebenarnya
kalau mengikut kesesuaian dengan tahap tingkatan enam ni, PBM sangat berkesan kalau
dilaksanakan berterusan, pelajar melibatkan diri secara serius”. Seterusnya, Guru 2 turut
mengakui penilaian yang dilaksanakan dalam PBM membantu mengubah sikap pelajar
terhadap pembelajaran. Hal ini kerana pelajar cuba untuk menonjol agar mendapat markah
yang baik “lagi satu kita akan bagi borang penilaian antara ahli kumpulan, jadi pelajar akan
cuba menonjolkan diri”. Guru 2 turut menyatakan “kalau dengan kumpulan lain tu, ah memang
nampak juga lah persaingan, sebab kita buat penilaian kan, bila ada penilaian tu mungkin
pelajar akan cuba buat sehabis yang baik lah.. lagi satu kita akan bagi borang penilaian antara
ahli kumpulan, jadi pelajar akan cuba menonjolkan diri lah..supaya durang akan dapat penilaian
yang bagus, kalau tidak ahh nanti saya dapat markah yang kureng”. Guru 1 turut menambah
“saya ada tanya juga pendapat pelajar, dan mereka berminat dan saya nampak kaedah ini kalau
digunakan dan pelajar berminat dengan akademik, dia dapatlah”. Ini bermaksud minat pelajar
semakin meningkat ketika pelaksanaan PBM dalam bilik darjah.

Menambah baik Pengajaran Guru


Persepsi positif guru terhadap pelaksanaan PBM juga menunjukkan guru dapat menambah baik
pengajaran masing-masing. Guru 2 mengakui “kalau kaedah tradisional, banyak penglibatan
guru, guru yang banyak bercakap, memberi fakta’. Oleh yang demikian, Guru 1 berpendapat
kaedah PBM menambah baik kaedah pengajaran beliau kerana ia bersesuaian dengan isi
kandungan mata pelajaran PP dengan menyatakan “saya berpendapat PBM ini bagus kerana
kita bagi satu masalah yang real untuk dibincangkan, jadi pelajar boleh menggunakan masalah
itu dengan teori yang ada dalam buku tu”. Selain itu pelaksanaan PBM turut mendorong guru
untuk mengaitkan teori dengan realiti sebenar perniagaan . Hal ini diterangkan oleh Guru 1
dengan menyatakan “kalau kita bincang tentang nama seseorang, kita sebut nama seja pelajar
tak akan dapat gambaran, itu sebab saya cuba cari gambar supaya pelajar dapat tahu dengan
jelas, jadi ini membentuk pengalaman sebenar dalam kelas lah.. bukan di luar sahaja”.

Persepsi Negatif Guru


Persepsi negatif guru mengenai pelaksanaan PBM melibatkan tiga kategori iaitu masalah
dalam konteks pembelajaran, masalah sikap pelajar dan masalah pelaksanaan PBM di dalam
bilik darjah.

Masalah Konteks Pembelajaran


Masalah dalam konteks pembelajaran merujuk kepada dua sub kategori iaitu masalah proses
pembelajaran pelajar dan masalah mendapatkan sumber pembelajaran.

Masalah Proses Pembelajaran Pelajar


Guru berpendapat pelajar berdepan dengan masalah untuk memproses fakta yang banyak
semasa pelaksanaan PBM. Guru 2 menyatakan “guru ni kadang-kadang bila kita menghurai
ni terlampau banyak, jadi pelajar ni dia tidak boleh proses semua tu sekaligus”. Selain itu,
pendapat Guru 1 yang menyatakan “saya rasa mereka lebih menumpukan kepada ahh fakta
sahaja, mereka tak develop, tak kembangkan sesuatu idea, mungkin untuk tujuan peperiksaan
je lah kan, bukan tujuan pengetahuan am begitu” menunjukkan pelajar mempunyai masalah
dalam proses pembelajaran. Guru 1 turut menambah “masalah lain ialah daripada segi
pemahaman konsep, kita boleh nampak cara pemikiran mereka tu agak berbeza sedikit kerana
aras pembelajaran yang berbeza”. Guru 2 berpendapat perbezaan aras pelajar dalam bilik darjah
menyebabkan tidak semua dapat memahami konsep yang dipelajari melalui kaedah PBM.

206
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Selain itu, guru mendapati terdapat pelajar yang keliru dengan konsep-konsep perniagaan
semasa PBM dilaksanakan. Hal ini diutarakan oleh Guru 2 dengan menyatakan “sebab
perniagaan ni sarat dengan fakta bah, jadi pelajar ni kadang- kadang bukan dia tidak faham tapi
daripada segi kekeliruan konsep tersebut”. Selain itu, Guru 1 berpendapat kerja kumpulan
dalam PBM menyebabkan terdapat pelajar yang tidak melibatkan diri sepenuhnya. Hal ini
dibuktikan apabila Guru 1 menyatakan “seperti yang saya sebut tadi lah, bila kita buat
kumpulan, ahh kadang- kadang yang bergerak ni dua tiga orang pelajar sahaja, yang lain
kadang ambil sikap sambil lewa, tak mahu terlibat dengan perbincangan ahh, ada yang bentang
tu cuma seorang ja”. Kesannya, Guru 2 menyatakan pelajar yang pasif tidak dapat memperoleh
pengetahuan yang optimum “maksudnya bila dia ambil peranan yang sedikit, of course lah dia
akan mendapat sikit ja info kan, ahh itulah kekangan dia”.

Masalah Mendapatkan Sumber Pembelajaran


Masalah dalam memilih sumber pembelajaran semasa pelaksanaan PBM merupakan salah satu
persepsi negatif guru dalam konteks pembelajaran. Guru 2 menyatakan “pelajar hanya memilih
buku rujukan yang ringkas dan senang difahami”. Selain itu, Guru 2 berpendapat terdapat juga
pelajar yang hanya mementingkan huraian utama dan menyebabkan mereka memilih bahan
rujukan yang ringkas “biasanya, yang ringkas- ringkas lah, sebab kalau buku rujukan Oxford
ni dia banyak huraian, tapi sebenarnya banyak huraian ini membantu untuk memahami konsep..
cuma pelajar lebih suka buku yang ringkas”. Guru 2 juga turut berpendapat kebanyakan pelajar
hanya bergantung pada satu sumber dengan menyatakan “ada masalah sumber, sebab dia tak
mahu cari sumber lain, dia hanya baca buku teks untuk tujuan peperiksaan”. Pelaksanaan PBM
yang memerlukan akses internet untuk mencari maklumat tambahan menyebabkan pelajar
berdepan dengan masalah kerana akses internet yang terhad di sekolah. Hal ini diakui oleh
Guru 2 dengan menyatakan “Ya tu lah daripada segi mencari sumber, tapi mungkin disebabkan
oleh halangan internet, walaupun sekolah menggunakan Unifi, tapi agak slow kalau terlalu
ramai yang akses”.

Masalah Pelajar
Persepsi negatif guru terhadap masalah pelajar semasa melaksanakan kaedah PBM ialah sikap
pelajar yang tidak minat terhadap pembelajaran. Analisis temu bual guru menyatakan pelajar
kurang meneroka konsep baharu kerana segelintir pelajar tidak minat membaca. Guru 2 turut
menambah bahawa pelajar hanya mahu membaca buku yang mudah dan berkaitan dengan
kehidupan mereka. Hal ini memberi cabaran kepada guru untuk menggalakkan pelajar
meneroka konsep baharu menggunakan PBM seperti yang dijelaskan melalui keadaan berikut:
“mm lebih kepada konsep baru lah bagi durang seperti budaya silo, kadar lantik henti, salah
satu sebabnya ni.. pelajar tidak minat membaca, kalau membaca pun benda yang tidak berapa
heavy, jadi bagi pelajar mungkin kepimpinan ni agak heavy sebab mungkin tiada kaitan dengan
life mereka”. Sikap pelajar yang sambil lewa dan suka bertangguh dalam melaksanakan tugasan
turut memberi tanggapan negatif guru dalam melaksanakan PBM. Hal ini diterangkan oleh
Guru 1 ” cuma mungkin yang kita dapat kesan hari tu, kalau kita suruh buat slide pun kadang-
kadang suka bertangguh, daripada segi sikap lah. Pelajar juga kurang memberi fokus semasa
PBM dilaksanakan. Hal ini dibuktikan apabila Guru 2 menyatakan “kadang-kadang mungkin
salah satu ahh, mungkin fokus, kita boleh nampak fokus pelajar, sebab kadang-kadang ada
sesetengah pelajar bila pelajar lain membuat perbincangan mereka tidak memberi kerjasama”.
Guru 1 menambah lagi “kalau diberi tugasan, belum tentu lagi terima atau pun tidak, banyak
bergantung dengan fokus mereka’. Hal ini kerana guru berpendapat pelaksanaan PBM
memerlukan fokus daripada pelajar. Tambahan lagi, Guru 2 turut menjelaskan “selalunya
sebab berbual dengan rakan sebelah lah, tu yang menyebabkan dia hilang fokus tu”. Pelajar
juga bagi guru “mereka tiada sikap untuk mendalami sesuatu isu”. Guru 1 turut menambah

207
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

selain masalah fokus, PBM juga agak sukar dilaksanakan untuk pelajar yang kurang minat
terhadap akademik. Hal ini kerana guru berpendapat “kalau tak berminat dengan akademik
susah pelajar untuk create dia punya minat untuk berbincang”.

Masalah Pelaksanaan PBM dalam Bilik Darjah


Masalah pelaksanaan merujuk kepada batasan masa dalam melaksanakan PBM. Hal ini kerana
Guru 1 beranggapan pelaksanaan PBM mengambil masa yang panjang iaitu dengan
menyatakan “kekangan masa tu memang ada, sebab yang kita buat tu, teknik dia.. satu masa
untuk perbincangan, satu masa untuk pembentangan. Jadi dari situ kita terpaksa gabungkan
ahhh.. dua masa yang berlainan tu untuk dua tajuk.. satu masa tu kita kena buat dua
tajuk…biasanya satu masa 80 minit…80 minit .. biasa kita guna 40 minit jadi kita kena ambil
isi kandungan tu mencakupi 80 minit, jadi kita ajar 40 minit 2 tajuk dan 40 minit 2 tajuk, supaya
kita dapat guna masa tu”. Kekangan masa ini juga memberi kesan kepada rancangan
pengajaran guru yang menyatakan “berdepan dengan daripada segi masa, dengan kekangan
masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran, cabaran untuk menghabiskan sehingga bulan
April, awal April sebab sudah dalam April tu ada trial.. mungkin itulah limitasi”. Oleh itu,
Guru 1 berpendapat faktor masa dalam PBM perlu dirancang dengan menyatakan “dia sesuai
digunakan cuma mungkin daripada segi masa, kalau kita mau laksanakan kita terpaksa cut cut
masa tu, atau gabung satu kali topik tu baru pembentangan”. Guru 1 menambah lagi
pelaksanaan PBM perlu mengambil kira beberapa aspek dengan menyatakan “tapi memang
agak memerlukan sedikit masa lah untuk berfikir dan mencari …kena sesuaikan dengan
objektif lagi, adakah pelajar nanti faham, sama ada modul yang kita bagi tu sesuai .. adakah
nanti tidak lari dari apa yang dibincangkan ah begitu dalam merancang dan melaksanakan
kaedah ini sepenuhnya”.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan guru PP berpersepsi positif dan negatif
terhadap pelaksanaan PBM. Persepsi positif guru PP terhadap PBM disokong oleh Chung et
al.(2016) dalam kajiannya terhadap pelajar kolej vokasional yang mengambil subjek
perniagaan di Taiwan. Semasa pelaksanaan PBM guru mendapati bahawa pelajar memperoleh
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan. Ini selaras dengan dapatan kajian kerana kemahiran
seperti menganalisis dan mempersembahkan hasil dapatan kajian, berfikiran kritis,
bekerjasama antara individu untuk mengumpulkan maklumat, berkongsi pendapat dan
membuat rancangan terhadap penyelesaian masalah (Chung et al., 2016). Dapatan ini juga
disokong oleh Awoke Wondie et al., (2020) dan Sadia Deep et al., (2020) yang menyimpulkan
bahawa PBM sebagai pendekatan pengajaran yang mempunyai peranan penting dalam
pengembangan kemahiran insaniah di kalangan pelajar pelbagai disiplin termasuk TVET.
Berikutnya, persepsi positif guru PP terhadap PBM yang menambah baik pembelajaran pelajar
selari dengan dapatan Cwynar (2020) yang melihat faedah PBM melebihi tahap pencapaian
akademik dan penguasaan isi kandungan. Namun dapatan O Doherty et al., (2018)
bertentangan dengan dapatan ini di mana guru berdepan dengan cabaran mengurus dinamik
kumpulan, pengembangan keyakinan dalam mengajar dengan pengalaman dan kesediaan
untuk belajar daripada rakan sebaya hingga meningkatkan amalan pembelajaran yang
berkesan. Persepsi positif guru PP terhadap penambahbaikan pengajaran guru, selari dengan
dapatan Chung et al., 2016 yang menyatakan PBM sebagai model pendidikan yang
mencerminkan realiti tempat kerja dan kehidupan seharian pelajar. Ia bertindak sebagai
kerangka kurikulum dan panduan bagi guru.

Seterusnya, dapatan kajian mengenai persepsi negatif guru PP terhadap pelaksanaan PBM
dalam masalah konteks pembelajaran bertentangan dengan dapatan Dunsmuir et al. (2017)
yang menyatakan pelaksanaan PBM dalam mencari pengetahuan kandungan terletak pada

208
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pelajar dan bukannya guru. Selain itu, sikap pelajar semasa PBM yang kurang minat membaca,
sambil lewa, kurang fokus, tidak minat pada akademik dan tidak mendalami sesuatu
pembelajaran antara cabaran yang guru hadapi semasa melaksanakan PBM. Namun kajian ini
bertentangan dengan dapatan Joseph (2016) yang menyatakan penggunaan sumber dalam PBM
mendorong pelajar mendapatkan sumber yang pelbagai disebabkan kemahiran PTK menjadi
lebih baik melalui pelaksanaan PBM. Seterusnya, batasan masa semasa melaksanakan PBM
oleh guru PP turut disokong oleh Aliyu (2019) & Dunsmuir et al., (2017) yang berpendapat
pelaksanaan PBM mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan terutama yang
melibatkan aspek perancangan dan pelaksanaan. Kesimpulannya, kajian ini memberi implikasi
pedagogi terhadap subjek PP tingkatan enam dalam pelaksanaan PBM. Hal ini kerana ia
mengambil kira aspek kekuatan dan cabaran guru untuk melaksanakan PBM dengan lebih
efektif dalam mengembangkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 pelajar.

Rujukan

Abdullah, J., Mohd-Isa, W. N., & Samsudin, M. A. (2019). Virtual reality to improve group
work skill and self-directed learning in problem-based learning narratives. Virtual
Reality, 23(4), 461–471.
Abraham, R. R., Hassan, S., Ahlam Damanhuri, M. U., & Salehuddin, N. R. (2016).
Exploring Students’ Self-Directed Learning in Problem-Based Learning. Education
in Medicine Journal, 8(1).
Aliyu, M. M. (2019). Tutors’ Experiences and Perceptions of a Problem-based Learning
Approach in an ESL Writing Classroom. ASIAN TEFL Journal of Language
Teaching and Applied Linguistics, 4(2), 71.
Assen, J. H. E., Meijers, F., Otting, H., & Poell, R. F. (2016). Teacher interventions in a
problem-based hospitality management programme. Journal of Hospitality, Leisure,
Sport & Tourism Education, 19, 30–40.
Awoke Wondie, Tegbar Yigzaw, & Solomon Worku. (2020). Effectiveness and Key Success
Factors for Implementation of Problem-Based Learning in Debre Tabor University:
A Mixed Methods Study. Ethiopian Journal of Health Sciences, 30(5).
Bengtsson, M. (2016). How To Plan And Perform A Qualitative Study Using Content
Analysis. Nursingplus Open, 7.
Che Nidzam Che Ahmad, Asmayati Yahaya, & Nur Fadhila Baharudin. (2018). The Effect Of
Hots-Pbl Module On High Order Thinking Skills And Motivation Among Form Two
Students. 4.
Chung, P., Yeh, R. C., & Chen, Y.-C. (2016). Influence Of Problem-Based Learning Strategy
On Enhancing Student’s Industrial Oriented Competences Learned: An Action
Research On Learning Weblog Analysis. International Journal Of Technology And
Design Education, 26(2), 285–307.
Cwynar, E. M. (2020). The Effects Of Problem-Based Learning On The Academic
Achievement Of Elementary Students And Teacher Perception. 120.
Dunsmuir, S., Frederickson, N., & Lang, J. (2017). Meeting Current Challenges in School
Psychology Training: The Role of Problem-Based Learning. School Psychology
Review, 46(4), 395–407.
Hallinger, P., & Snidvongs, K. (2008). Educating Leaders: Is There Anything to Learn from
Business Management? Educational Management Administration & Leadership,
36(1), 9–31.
Mohamad Termizi Borhan. (2012). Problem Based Learning (PBL) in Malaysian Higher
Education: A Review of Research on Learners´ Experience and Issues of
Implementations. 6.

209
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 201-210, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Mohammad Ayub Khan. (2015). Diverse Issues Facing the Business Management Education:
A Conceptual Journey. International Journal of Information and Education
Technology, 5(4), 287–291.
Mohammed Tahir Ansari, Santibuana Abd Rahman, Vishal Bhagwan Badgujar, Farheen
Sami, & Mohd Syafiq Abdullah. (2015). Problem Based Learning (PBL): A Novel
and Effective Tool of Teaching and Learning. Indian Journal of Pharmaceutical
Education and Research, 49(4), 258–265.
Mohd Nazir Zabit, Tirzah Zubeidah Zachariah, & Eleni Karagiannidou. (2016). The Analysis
of Benefits, Importance and Effectiveness of Problem-Based Learning (PBL) in
Business Education. 12.
Norman, G. R., & Schmidt, H. G. (2016). Revisiting ‘Effectiveness of problem-based
learning curricula: Theory, practice and paper darts’. Medical Education, 50(8),
793–797.
O Doherty, D., Mc Keague, H., Harney, S., Browne, G., & McGrath, D. (2018). What can we
learn from problem-based learning tutors at a graduate entry medical school? A
mixed method approach. BMC Medical Education, 18(1).
Pasandín, A. M. R., & Pérez, I. P. (2020). Developing theory from practice: A case study in
civil engineering airport design problem‐based learning. Computer Applications in
Engineering Education, cae.22364.
Sadia Deep, A. A., Nazia Suleman, M. Z. A., & Nazar, Hi. S. A. R. (2020). The Problem-
Based Learning Approach towards Developing Soft Skills: A Systematic Review.
27.
Schmidt, H. G. (1983). Problem-based learning: Rationale and description. Medical
Education, 17(1), 11–16.
Siti Mastura Baharudin & Jamalludin Harun. (2014). Enhancing Student’s Level of Critical
Thinking through Interaction in Problem Based Learning and Computer Supported
Collaborative Learning Environment. 5.
Syadiyah Abdul Shukor. (2017). Integration of Naqli and Aqli Elements in Problem Based
Learning (PBL). Education Journal, 6(6), 164
Wee, K. N. L. (2004). A problem-based learning approach in entrepreneurship education:
Promoting authentic entrepreneurial learning. International Journal of Technology
Management, 28(7/8), 685.
Williams, J. C., & Paltridge, D. J. (2017). What We Think We Know About the Tutor in
Problem-Based Learning. Health Professions Education, 3(1), 26–31.
Xippolitos, L. A., & McMillan, M. (2019). PBL: Pedagogy, Partnership and Information
Literacy. Journal of Problem-Based Learning, 6(1), 1–2.
Yin, R. K. (2009). Case study research: Design and methods (4th ed). Sage Publications.

210
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like