You are on page 1of 3
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA ‘OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA ‘SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ‘MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 4 BLOK 2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel: +603-8884 9302 162604 PUTRAJAYA Faks : +608-8888 6680 MALAYSIA Website : nttp:iwwn.moe.gov.my! Ruj. Kami: KPM. 100-1/7/2 Jid.4 (70) Tarikh > QS Januari 2018 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, PENJUALAN DI KOPERAS!I DAN KEDAI BUKU SEKOLAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan warga sekolah dan ibu bapa dalam menyediakan barangan keperluan sekolah untuk murid-murid. Sehubungan itu, pihak koperasi dan kedai buku sekolah hendaklah menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada warga sekolah dan ibu bapa serta menawarkan harga jualan yang berpatutan dan mampu dibeli oleh ibu bapa daripada segenap lapisan masyarakat. 2. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan dimohon memaklumkan kepada semua pengetua dan guru beser untuk memastikan koperasi dan kedai buku sekolah menawarkan harga jualan barangan yang berpatutan di premis masing-masing. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hendaklah melakukan pemeriksaan dan pemantauan tentang barangan dan harga barangan yang dijual di koperasi dan kedai buku sekolah. Laporan pemeriksaan dan pemantauan hendaklah dihantar ke Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM. 3. KPM mencadangkan agar pihak koperasi dan kedai buku sekolah hendaklah mendapatkan pembekal yang menawarkan harga barangan yang lebih murah dan berpatutan. Pihak koperasi sekolah selaku ahli Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) boleh memohon senarai pembekal atau khidmat nasihat daripada pihak ANGKASA. 4. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat makluman ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuki/Datin/tuan/puan, Sekian. Terima kasih. ___ “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (HAJ! AMINUDIN BI Timbalan KetuerPEngarah Pelajaran Malaysia Sektor@perasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia sks 1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 3. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan 4, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam 5. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional 6. Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta

You might also like