You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BRICKFIELDS 2,

JALAN SULTAN ABDUL SAMAD,


50470, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH


SK BRICKFIELDS 2
KUALA LUMPUR

TAHUN 2022/2023

TARIKH :
19 – 23 SEPTEMBER 2022

ANJURAN :
UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERTAS KERJA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH
PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2022/2023

1.0 PENDAHULUAN

Penagihan najis dadah merupakan suatu penyakit kronik yang boleh menghancurkan kehidupan
sekaligus membawa kemusnahan kepada individu, masyarakat dan negara. Semua pihak digesa
memainkan peranan secara bersungguh - sungguh dalam memerangi gejala ini daripada terus
berleluasa dan bermaharajalela. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah di sekolah seluruh negara. Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap
tahun di sekolah selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Peringkat Kebangsaan.

Aspek Pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis
negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang
demikian, kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan
dalam lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, para murid
diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap
penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti
yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus
memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2.0 MATLAMAT

Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan
ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan
meletakkan sasaran “Kami Benci Dadah”. Pencegahan awal adalah bertujuan untuk melindungi
murid daripada terlibat dengan dadah sejak awal lagi. Untuk mecapai matlamat ini, seseorang
pelajar perlu mempunyai pengetahuan tentang keburukan najis dadah, mempunyai ketahanan
diri yang tinggi, sikap yang positif, mengamalkan nilai-nilai keagamaan, moral, budaya dan social
yang murni.

3.0 SASARAN

3.1 Murid Prasekolah


3.2 Murid Tahun 1 – Tahun 6
3.3 Semua guru dan kakitangan

4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut :


4.1 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi;
4.2 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah;
4.3 Memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

2
5.0 TARIKH PELAKSANAAN/ AKTIVITI YANG DIRANCANG
Tempoh pelaksanaan : 1 Minggu (19 – 23 September 2022)
Tarikh : 19 – 23 September 2022
5 Minit Anti Dadah
: 19 September 2022
Pertandingan Mewarna Prasekolah dan Tahap 1
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
: 20 September 2022
Pelancaran Minggu Anti Dadah
Ceramah Anti Dadah
Pameran
: 21 September 2022
Kuiz Anti Dadah
: 23 September 2022
Penutup Minggu Anti Dadah
Penyampaian Hadiah

6.0 JAWATANKUASA MINGGU PPDa PERINGKAT SEKOLAH

Penasihat : En Zuraimi bin Mahamud (Guru Besar)


Pengerusi : Pn Mas Zuraidah binti Masron (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : En Che Sofi bin Ramli (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn Sharipah Musalmah binti Syed Hashim (PK Ko)
Penyelaras : En Khalis Hazlami bin Zainuddin
Setiausaha : Puan Siti Nur Azera binti Azeman
AJK Siaraya : En Asrul Zarin bin Che Mat
: En Aizat Shazman bin Ghazimi
: En Ahmad Mustaqim bin Muhammad Rashid
AJK Banner : En Abd Hamid bin Abu Hassan
AJK Persiapan Pentas / Tempat : Pn Saidatul Ifah binti Mohd Zain
: Cik Nurul Husna binti Sopuan
: En Mir Haaziq bin Hasrap
: Cik Maisarah binti Ismail
: En Ammar Zikry bin Abu Samah
: En Muhammad Aniq Iqbal bin Zulfadli
AJK Makanan : Pn Nor Azlen binti Mohd Zain
: Pn Nurul Azizi binti Mohd Nasir
AJK Pertandingan : Pn Jivaneswary a/p Kuppusamy
: Pn Haryani binti Zolkifli
: Pn Dayana binti Razali
: En Nik Nur Hafiz bin Che Soh
AJK Dokumentasi : Pn Vanitha a/p Sanasaya
: Pn Manisah binti Mat Noor
AJK Hadiah/ Cenderahati : Pn Nur Amalin binti Ahmad
: Pn Shobah a/p Arumugam
: Cik Nur Aina binti Rosli
Jurugambar : En Yuvarajan a/l Devandran
: Cik Wan Nurul Ain binti Wan Shukri
Bacaan Doa : En Muhammad Izzuddin bin Zainol Abidin 3
Pengacara Majlis : Pn Noradilah binti Kani
Buku Program : Pn Rosmaini binti Che Yah
Juri Pertandingan : En Che Sofi bin Ramli
: Pn Sharipah Musalmah binti Syed Hashim
: Pn Mas Zuraidah binti Masron
7.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling

8.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS KUANTITI JUMLAH


(RM) (RM)
1 Hadiah
i. Pertandingan Mewarna
Prasekolah 5 3 15
Tahun 1 5 3 15
Tahun 2 5 3 15
Tahun 3 5 3 15

ii. Pertandingan Melukis Poster


Tahun 4 5 3 15
Tahun 5 5 3 15
Tahun 6 5 3 15

iii.Kuiz
Hamper (Berkumpulan) 35 1 35
2 Ceramah AADK
i. Cenderahati penceramah 30 1 30
ii. Jamuan VIP 5 5 25
JUMLAH KESELURUHAN 195.00

9.0 PENUTUP
Diharap aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus
berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada para murid khususnya.

4
Disemak oleh,
Disediakan oleh,

...................................................... .....................................................
(PN SITI NUR AZERA BINTI AZEMAN) (PN MAS ZURAIDAH BINTI MASRON)
Setiausaha PPDa PK Hal Ehwal Murid
SK Brickfields 2, SK Brickfields 2,
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

.....................................................
(EN ZURAIMI BIN MAHAMUD)
Guru Besar
SK Brickfields 2,
Kuala Lumpur.

5
KELULUSAN GURU BESAR

Permohonan : Diluluskan / Tidak diluluskan

Catatan :_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Tarikh :________________________________

Yang menjalankan amanah,

(ZURAIMI BIN MAHAMUD)


Guru Besar,
SK Brickfields 2,
Kuala Lumpur.

Cop Rasmi :

*potong yang tidak berkenaan

You might also like