You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MARAN

2
26500 MARAN, PAHANG

KERTAS KERJA PROGRAM


TARGET SPM 2022
NAMA PROGRAM :
PROGRAM BICARA CEMERLANG & ANAK EMAS 2022
---------------------------------------

PENGENALAN :
Di antara program Transformasi Sekolah untuk meningkatkan kemenjadian murid
adalah dengan melahirkan modal insan unggul melalui komitmen komuniti yang padu.
Dalam hasrat bagi mencapai misi kemenjadian murid, penglibatan ibu bapa, komuniti
dan pihak berkepentingan adalah perlu diperkukuhkan. Oleh itu, program ini diadakan
untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti terhadap pengajaran dan
pembelajaran para murid di sekolah.
Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif menggabungkan kerjasama
ibubapa dan penjaga memantau pencapaian akademik anak-anak mereka melalui
program khas iaitu program penetapan target SPM akan memberikan suntikan
semangat serta keyakinan diri menanamkan rasa tanggungjawab anak-anak terhadap
pencapaian kecemerlangan diri dan akademik mereka.

MATLAMAT :
Kerta kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk membincangkan potensi-potensi
murid yang dikenal pasti sebagai pelajar kelompok potensi, sederhana dan cemerlang
bersama dengan guru-guru dan ibu bapa murid.

OBJEKTIF :
Menzahirkan dan membincangkan pencapaian pelajar terbaik peperiksaan
kepada Ibu bapa dan pelajar.
Membentuk karektor yang sesuai dalam diri pelajar sebagai persediaan dan
motivasi untuk menduduki SPM.
Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru, ibu bapa dan murid
selaras dengan keperluan semasa.
Menggalakkan penglibatan ibu bapa, guru dan komuniti masyarakat dalam
mencapai kejayaan pelajar.

PELAKSANAAN :
TARIKH : 29 Julai 2022 ( Jumaat )
MASA : 7.40 AM-12.10 PM
TEMPAT : Dewan Bicara Ilmu SMK Maran 2
SASARAN : 60 ORANG CALON SPM 2022

PERSONALIA :
PIBG
Pentadbir
Guru Kaunseling
Ibu bapa dan pelajar SPM

PENGISIAN PROGRAM :
RUJUK TENTATIF.
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGERUSI : EN. MOHD ARIFFIN BIN HJ AB. RAHMAN (PENGETUA)
TIMB. PENGERUSI : PN. HJH ROZIAH BT AWANG (GPK PENT.)
: PN. SAADAH BT AWANG HITAM (GPK HEM)
: EN. MOHD NIZAM BIN HASHIM (GPK KOKO)
PENYELARAS : PN. UMI KELSUM BT CHE RUS (GBKSM)

AHLI JAWATANKUASA:
PENGERUSI MAJLIS : PN. JAMATUL AKIDAH BT MAT ALI
BACAAN DOA : UST. SHAHARUDDIN BIN MUHAMMAD
AKU JANJI : CIK. NOR SYHEEDA BT MOHAMAD
PENDAFTARAN : PN. WAN FAIZA BT MOHAMAD SIFUL
PERSEDIAAN TEMPAT : EN. MOHD AZHAR BIN MOHD YUSOF
FOTOGRAFI : PN. SITI NORAISAH BT GHAZALI
SIARAYA : EN. ABDUL HAIY BIN SOEKAREP
PAMPLET : PN. ROZITA BT WAHAB
JAMUAN MAKAN : CIK. NOORHAFIAH BT JUSOH
JEMPUTAN : PN. NOOR AZLIZA BT SOBBRI

KOS/SUMBER : RM2170.00 (PIBG)

CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BI KEWANGAN JUMLA BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


L H (RM) (RM) (RM)
1) PIBG 2170.00 1) Mineral 4 kotak 15.00 60.00
Water
2) Hands out 60 set 5.00 300.00
dan alat tulis
3) Cenderamat 2 PCS 100.00 100.00
a VIP
4) Jamuan 70 pcs 8.00 560.00
Makan
5) Banner 1 pcs 150.00 150.00

6) Penceramah 2 orang 1000.00 1000.00


2) Jumlah 2170.00 5) Jumlah 2170.00
TENTATIF PROGRAM :

Masa Aktiviti Sasaran Tempat Tindakan

7.40 – Solat Hajat Dan Majlis Semua Surau Ust. Shaharuddin B


8.15 Bacaan Yaassin Pelajar Sekolah Muhammad
Pagi SMK En. Syed Roslie
Maran 2
8.30 – Ceramah Motivasi Semua Dewan Bicara Pn. Umi Kelsum Bt Che
10.30 Pelajar Ilmu Rus
Pagi SMK Penceramah jemputan
Maran 2
10.30 – Rehat
11.00 (Kehadiran ibubapa penjaga tingkatan 5)
Pagi
11.00 – Program Penetapan 60 Orang Dewan Bicara Pn. Umi Kelsum Bt Che
12.00 Target SPM 2022 Calon Ilmu Rus
T.Hari -Ucapan Aluan Pengerusi SPM 2022 Cik Nor Syaheeda Bt
Majlis. Mohamad
-Bacaan Doa
-Amanat Tuan Pengetua
-Amanat Ydp Pibg
-Bacaan Ikrar Aku Janji
-Bersurai.
12.00 Bersurai
T.Hari

PENUTUP:
Sesungguhnya, kecemerlangan murid yang diimpikan akan membuahkan hasil jika
sekiranya semua pihak memainkan peranan yang efisien. Oleh itu, diharapkan agar
program ini akan memberikan impak yang amat besar kepada semua pihak khususnya
pelajar terlibat.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………... ………………………………………………..
UMI KELSUM BT CHE RUS MOHD ARIFFIN B HJ AB RAHMAN, SAP.
GURU KAUNSELING PENGETUA
SMK MARAN 2 SMK MARAN 2

You might also like