You are on page 1of 18
GARIS PANDUAN SKIM CAKNA: KEMUDAHAN PEMBIAYAAN UNTUK SYARIKAT PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN KONTRAK KERAJAAN PERSEKUTUAN OLEH INSTITUSI PERBANKAN (Berkuat kuasa 1 Februari 2021) 4. Pendahuluan 1.1 Skim CAKNA diperkenalkan bertujuan untuk membantu kedudukan aliran tunai syarikat dan vendor (‘syarikat”) yang mendapat kontrak Kerajaan Persekutuan (‘Prinsipal") termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui penjualan invois yang telah dikemukakan' kepada institusi perbankan, sebelum syarikat tersebut mendapat bayaran daripada pihak Kerajaan untuk kontrak yang dijalankan, Skim CAKNA merupakan suatu skim pendanaan yang melibatkan jualan atau pemindahan hak invois (‘invoice/ receivable sale or transfer") dan bukan satu fasiliti pembiayaan? (‘financing facility’) yang ditawarkan oleh institusi perbankan. 1.2 Skim CAKNA menawarkan kadar diskaun yang kompetitif dan margin kecairan (“liquidity margin’) yang tinggi kepada syarikat. Selain itu, pihak Kerajaan juga boleh memanfaatkan kemudahan sedia ada dalam institusi perbankan seperti proses pemeriksaan anti pengubahan wang haram (anti- money laundering) ke atas syarikat terlibat 4.3 Sebagai permulaan, Skim CAKNA ini akan dilaksanakan secara projek rintis, bermula 1 Februari 2021 sebelum diperluaskan untuk melibatkan Agensi yang lain. Projek rintis melibatkan: Bank: (a) RHB Islamic Bank; (b) Maybank Islamic Bank; (c)_CIMB Islamic Bank; dan (d)_ MBSB Bank. Agensi: (a) Agensi Kesihatan Malaysia (KKM); (b) _ Agensi Pendidikan Malaysia (KPM), (c)_ Agensi Pengajian Tinggi Malaysia (KPT); dan (@)__ Agensi Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). 1.4 Di bawah projek rintis Skim CAKNA, syarikat yang mempunyai kontrak baharu dan/atau sedia ada dengan Agensi yang telah dikenal pasti, boleh ‘ sInvois yang dikemukakan" dalam dokumen ini merujuk kepada invois yang dikeluarkan berdasarkan pesanan penghantaran (‘Delivery Order’) yang telah diperakui oleh pihak Agensi 2 Walau bagaimanapun, bagi memudahkan kefahaman pelbagal pihak berkepentingan, perkataan “pembiayaan” digunakan bagi menggambarkan fasil yang diberikan di bawah Skim ini 1 15 Fasiliti 2A 2.2. 2.3. 24. memanfaatkan fasiliti pembiayaan yang ditawarkan oleh mana-mana bank terlibat, ‘Agensi Kewangan dan Bank Negara Malaysia akan mengkaji keperiuan tambahan bank dan Agensi yang terlibat untuk Skim ini daripada semasa ke semasa. Pembiayaan berdasarkan Invois Fasiliti pembiayaan ini ditawarkan kepada semua syarikat yang mendapat kontrak Kerajaan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan (“supply and services”) sedia ada dan/atau baharu yang ditawarkan pada tahun 2021. Kemudahan di bawah Skim CAKNA ini merupakan satu sumber pembiayaan alternatif kepada syarikat untuk mendapatkan modal pusingan lebih awal bagi invois yang dikemukakan, tanpa perlu menunggu pembayaran oleh Kerajaan. Di bawah skim ini, syarikat layak untuk mendapatkan fasiliti sehingga 100% daripada nilai invois yang dikemukakan kepada Kerajaan (selepas ditolak kadar caj semasa oleh pihak bank). Bagi mendapatkan kemudahan ini, syarikat tersebut hendaklah memenuhi syarat dan terma berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) atau kontrak yang dikuat kuasakan oleh pihak Kerajaan. Bagi syarikat yang memilih Skim CAKNA ini, ringkasan mekanisme dan elemen pembiayaan adalah seperti berikut: 2.4.1. Syarikat yang mendapat kontrak Kerajaan mempunyai pilihan untuk mendapatkan pembiayaan daripada Skim CAKNA. Melalui fasiliti ini, syarikat boleh mendapatkan bayaran awal dengan memindahkan hak ke atas bayaran daripada invois yang telah dikemukakan kepada Kerajaan kepada bank melalui Surat Ikatan Penyerahan Hak (‘Deed of Assignment” - DOA). 2.4.2 Bayaran tunai awal kepada syarikat akan diberikan oleh bank sehingga 100% daripada nilai invois dengan kenaan caj kadar semasa yang dipersetujui antara syarikat dan pihak bank. 2.4.3 Pembayaran daripada pihak bank kepada syarikat akan dibuat secara berperingkat. 2.4.4 Bayaran bagi tuntutan kemajuan bekalan atau perkhidmatan oleh syarikat akan dibuat oleh Agensi secara terus kepada pihak bank. 2.4.5 Bank akan melaksanakan penyelarasan semula ke atas pembayaran yang diterima daripada Agensi dan sebarang lebihan daripada baki pembiayaan (selepas mengambil kira caj semasa bank) akan disalurkan kepada syarikat selaras dengan terma dan syarat dalam DOA serta perjanjian fasiliti pembiayaan Mekanisme Pelaksanaan Mekanisme pelaksanaan bagi syarikat yang berminat untuk memanfaatkan kemudahan di bawah Skim ini adalah seperti berikut: 3.1. 3.2. 3.3. 3.4, Pengeluaran Kelulusan SST 3.44 3.1.2. ‘Agensi hendaklah mengeluarkan SST berdasarkan format di bawah PP/PK4.2 dan menyertakan maklumat berkaitan Skim CAKNA seperti di Lampiran 1 termasuk dan DOA (Lampiran 2) untuk makluman dan tindakan lanjut syarikat. Syarikat yang mempunyai kontrak Kerajaan sedia ada dan ingin memanfaatkan kemudahan ini, boleh juga mendapatkan DOA daripada pihak Agensi. Permohonan Skim CAKNA oleh Syarikat 3.2.4 3.2.2. 3.2.3. Selepas menerima SST daripada Kerajaan, syarikat yang berminat untuk mendapatkan fasiliti Skim CAKNA hendaklah berhubung terus dengan mana-mana bank terlibat di cawangan berdekatan atau kaedah lain yang ditetapkan oleh pihak bank berkenaan. Dalam membuat pemilihan bank, syarikat boleh mengambilkira beberapa faktor seperti kadar margin kecairan, kadar diskaun dan efisiensi dalam memproses permohonan. Syarikat juga perlu mengemukakan salinan asal SST serta DOA yang telah ditandatanganinya kepada pihak bank yang dipilih Proses Kelulusan Skim CAKNA oleh Bank 3.3.1. 3.3.2. Setelah menerima permohonan Skim CAKNA daripada syarikat, bank akan memproses permohonan tersebut dalam masa sehingga sepuluh (10) hari bekerja daripada tarikh dokumen lengkap diterima. Jika permohonan diluluskan, bank akan mengeluarkan surat tawaran fasilifi (“letter of offer’) Skim CAKNA kepada syarikat dan menandatangani DOA untuk diajukan kepada Agensi, beserta surat pemberitahuan (‘notification letter’) atau helaian istilah (‘term sheet’) yang mana berkenaan. Setelah surat tawaran atau pemberitahuan disetuju terima oleh syarikat, bank akan menyediakan dokumen perjanjian untuk dilengkapkan oleh syarikat. Penyerahan Dokumen oleh Syarikat kepada Agensi 3.4.4 Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen kepada Agensi seperti berikut: (a) SST yang telah ditandatangani balas; (b) Surat tawaran fasiliti oleh bank; dan 3 3.5. 3.6. 3.4.2. 3.4.3, (c) DOA yang telah lengkap ditandatangani oleh syarikat dan bank. Sekiranya dipersetujui, Agensi hendaklah menandatangani DOA yang dikemukakan dalam masa tiga (3) hari bekerja serta diserahkan kepada pihak bank untuk menyelesaikan proses berkaitan penyeteman dan lain-lain. Agensi juga diminta untuk memuat naik maklumat tersebut ke dalam’ sistem ePerolehan dengan menggunakan platform pemfaktoran. Agensi hendaklah mewujudkan meja bantuan (“help desk’)? atau pegawai bertanggungjawab serta menyediakan prosedur operasi standard yang berkaitan untuk membantu (a) Pengesahan kesahihan SST yang dikemukakan_ syarikat (seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3.3); dan (b) Memaklumkan kelulusan invois kepada pihak bank dalam masa dua (2) hari bekerja selepas kelulusan diberikan. Pembiayaan oleh Bank 3.5.1. 3.5.2. Setelah permohonan fasilit oleh syarikat diluluskan, pihak bank akan menyediakan pembiayaan kepada syarikat sehingga 100% daripada nilai invois yang telah dikemukakan kepada Kerajaan selepas mengambil kira caj semasa bank. Pihak bank akan membuat pembayaran terus kepada syarikat berdasarkan nilal invois dan akan dilakukan secara berfasa bagi pembiayaan kurang daripada 100% nilai invois. Bagi kontrak Kerajaan yang bermasa atau berkala, syarikat tidak boleh menukar pengaturan sedia ada yang telah dipersetujul bersama pihak bank setelah DOA diluluskan seperti menarik balik penjualan dan pemindahan hak beberapa invois kerja yang telah disenaraikan dalam DOA. Pembayaran kepada Syarikat 3.6.1 3.6.2 3.6.3. Syarikat_ bertanggungjawab untuk membuat tuntutan bayaran pembekalan atau perkhidmatan dengan mengemukakan dokumen lengkap kepada Agensi. Bayaran bagi tuntutan pembekalan atau perkhidmatan oleh syarikat akan dibuat secara terus oleh Agensi kepada bank. Bagi setiap bayaran kemajuan yang dibuat, Agensi_hendaklah memaklumkan kepada pihak bank melalui e-mel (disertakan di Lampiran 3) bersama maklumat kontrak/SST, nama syarikat, 3 Sama ada berpusat atau di lokasi-lokasi Agensi yang dikenal pasti (dan dimaklumkan kepada pihak bank). 4 nombor invois dan jumlah pembayaran dalam tempoh (1) hari bekerja selepas pembayaran tersebut dibuat. 3.7. Pemantauan oleh pihak Bank 3.7.1. Agensi hendaklah memberikan akses kepada pihak bank peserta atau wakil yang sah untuk membuat lawatan ke tapak kerja bagi pemantauan pelaksanaan kontrak dengan mengeluarkan surat kebenaran seperti yang disertakan di Lampiran 4 (untuk diisi pada bila-bila masa mengikut keperluan). Ringkasan aliran kerja di bawah Skim CAKNA untuk rujukan lanjut Agensi adalah seperti di Lampiran 5. 4, Entiti Yang Boleh Dihubungi 4.4 Agensi yang memerlukan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan Skim CAKNA ini boleh menghubungi entiti berkaitan seperti berikut: Bahagian Perolehan [Telefon: 03-8882 4476/ 3283/ Kerajaan, Agensi Kewangan 3225/4281/3287 E-mel: dasar.bpk@treasury.gov.my Bank Negara Malaysia [Telefon: 1-300-88-5465 (berkaitan Skim CAKNA —|E-mel:—_ cakna@bnm.gov.my secara umum) : RHB Islamic Bank Berhad | Telefon: 03-0280 5977 E-mel: cakna@rhbgroup.com Maybank Islamic Berhad Telefon: 1-300 88 6688 E-mel: _mgcc@maybank.com.m) CIMB Islamic Bank Berhad _| Telefon: 03-2635 1460 / 03-2261 9858 E-mel: _yiatliang.ong@cimb.com / jaclyn.chiam@cimb.com MBSB Bank Berhad Telefon: 03-2096 3004 / 03-2096 3233 | E-mel:clientcoverage@mbsbbank.com | 5. Tarikh Kuat Kuasa 5.1 Skim ini berkuat kuasa mulai 1 Februari 2021 LAMPIRAN Lampiran 4 MAKLUMAT _BERKAITAN _KEMUDAHAN __SKIM___CAKNA: _KEMUDAHAN PEMBIAYAAN UNTUK SYARIKAT PEROLEHAN. BEKALAN DAN PERKHIDMATAN KONTRAK KERAJAAN PERSEKUTUAN OLEH INSTITUSI PERBANKAN 1. Kerajaan memperkenal Skim CAKNA untuk membantu kedudukan aliran tunai syarikat termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui penjualan invois yang telah diperakui kepada institusi perbankan, sebelum syarikat tersebut mendapat bayaran daripada pihak Kerajaan untuk kontrak yang dijalankan. 2. Skim CAKNA merupakan suatu skim pendanaan yang melibatkan jualan atau pemindahan hak invois (“invoice/ receivable sale or transfer’) dan bukan satu fasiliti pembiayaan (“financing facility’) yang ditawarkan oleh institusi perbankan. 3. Skim CAKNA menawarkan kadar diskaun yang kompetitif dan margin kecairan (‘liquidity margin’) yang tinggi kepada syarikat. 4. Sebagai permulaan, Skim CAKNA ini akan dilaksanakan secara projek rintis, bagi tempoh 4 Januari hingga 31 Disember 2021 sebelum diperluaskan kepada semua Agensi. Projek rintis melibatkan: Bank: i. RHB Islamic Bank; ji, Maybank Islamic Bank; iii, CIMB Islamic Bank; dan iv. MBSB Bank. Agensi: i. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); ji, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); ii, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT); dan iv. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) 5. Fasiliti pembiayaan ini ditawarkan kepada semua syarikat yang mendapat kontrak Kerajaan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan (“supply and services") sedia ada dan/atau baharu yang ditawarkan pada tahun 2021. 6. Kemudahan di bawah Skim CAKNA ini merupakan satu sumber pembiayaan alternatif kepada syarikat untuk mendapatkan modal pusingan lebih awal bagi invois yang telah diperakui, tanpa perlu menunggu pembayaran oleh Kerajaan. 7. Di bawah skim ini, syarikat layak untuk mendapatkan fasilii sehingga 100% daripada nilai invois yang telah diperakui oleh Kerajaan (selepas ditolak kadar caj semasa oleh pihak bank). Melalui fasilti ini, syarikat boleh mendapatkan bayaran awal dengan memindahkan hak ke atas bayaran daripada invois yang telah diperakui oleh Kerajaan kepada bank peserta melalui Surat Ikatan Penyerahan Hak (“Deed of Assignment” — DOA). 7 Pembayaran daripada pihak bank kepada syarikat akan dibuat secara berperingkat. Bayaran bagi tuntutan kemajuan bekalan atau perkhidmatan oleh syarikat akan dibuat oleh Agensi secara terus kepada pihak bank. JIKA SYARIKAT BERHASRAT UNTUK MENDAPATKAN PEMBIAYAAN SKIM CAKNA, MAKA SYARIKAT HENDAKLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN MANA-MANA PIHAK BANK TERLIBAT DI CAWANGAN BERDEKATAN ATAU KAEDAH LAIN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK BANK. Lampiran 2 DERAF SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK (SKIM CAKNA) SURAT IKATAN SERAH HAK (selepas daripada ini disebut “Surat tkatan’] ini diperbuat pada tarikh yang dinyatakan dalam bahagian 1, JADUAL kepada Surat Ikatan ini DIANTARA Pihak-pihak yang nama dan butir-butimya dinyatakan dalam bahagian 2, JADUAL kepada Surat Ikatan ini [kemudian daripada ini disebut "Penyerah Hak"] sebagai pihak Pertama; DAN Pihak-pihak yang nama dan butir-butimya dinyatakan dalam bahagian 3, JADUAL kepada Surat Ikatan ini [kemudian daripada ini disebut "Pemberi Kontrak"] sebagai pihak Kedua; DAN Pihak-pihak yang nama dan butir-butimya dinyatakan dalam bahagian 4, JADUAL kepada Surat Ikatan ini (kemudian daripada ini disebut "Bank”] sebagai pihak Ketiga, BAHAWASANYA Penyerah Hak telah ditawarkan kontrak oleh Pemberi Kontrak suatu kontrak yang buti-butimya dinyatakan dalam bahagian 5, JADUAL Surat Ikatan ini (selepas daripada ini disebut *Kontrak Tersebut’] yang bernilai dalam jumiah seperti mana yang dinyatakan dalam bahagian 6, JADUAL kepada Surat Ikatan ini dan nilai sepenuhnya akan dibayar oleh Pemberi Kontrak setelah Kontrak tersebut dilaksanakan dengan memuaskan, DAN BAHAWASANYA Penyerah Hak telah memohon kepada BANK suatu fasilt untuk membolehkan Penyerah Hak melaksanakan Kontrak Tersebut dan BANK telah bersetuju untuk mendana invois tertangguh daripada Kontrak Tersebut secara tanpa rekursa tertakluk kepada terma-terma dan syarat- syarat yang termaktub di dalam dokumen-dokumen fasilti yang dimasuki oleh Penyerah Hak bersama BANK. MAKA SURAT IKATAN INI ADALAH MENYAKSIKAN seperti yang berikut: A. AKU JANJI DARIPADA PENYERAH HAK 4. Sebagai balasan bagi BANK atas budi bicara mutiaknya mendahulukan dari semasa ke semasa kepada dan/atau bagi pihak Penyerah Hak berbagal-bagal jumlah wang bagi tujuan pelaksanaan Kontrak tersebut [selepas daripada ini disebut "Fasiliti Tersebut"} (a) (b) Penyerah Hak, sebagal pemilk bermanfaat dengan suka rela dan mutlaknya dan tidak bersyarat serta tanpa boleh batal menyerah hak secara tanpa rekursa kepada BANK segala wang, kepentingan dan hak yang sekarang atau selepas ini kena dibayar dan akan dibayar kepada Penyerah Hak oleh Pemberi Kontrak di bawah Kontrak Tersebut termasuk apa-apa jumiah tambahan daripada apa-apa kerja tambahan dan/atau pindaan di bawah Kontrak dan apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada Penyerah Hak berkaitan dengan Kontrak tersebut sama ada berbentuk tuntutan, award atau penghakiman yang dibuat atau diberikan berkaitan dengan Kontrak tersebut termasuk hak perlaksanaan Penyerah Kontrak ("Hasil Kontrak’) tertakluk kepada tanggungan Penyerah Hak terkandung dalam Kontrak Tersebut. Penyerah Hak dengan ini berwaad dan memberi pengakuan bahawa Penyerah Hak akan menyempurnakan dan melaksanakan semua kewajipan dan tanggungan dan mematuhi segala syarat dan peruntukan terkandung dalam Kontrak Tersebut dan akan melepaskan tanggungan BANK daripada apa-apa kerugian kerosakan kos atau tuntutan (termasuk fi atas dasar peguamcara dan anakguam) yang dialami oleh BANK disebabkan oleh kemungkiran Penyerah Hak ke atas peruntukan Fasal ini. 2. Semua peruntukan di dalam Perjanjian Fasilt tersebut, sama ada diulang di dalam ini atau tidak, digabungkan ke dalam dan membentuk sebahagian daripada Surat Ikatan ini dan semua representasi, waranti dan kovenan yang dibuat di dalam dokumen Fasilt tersebut oleh Penyerah Hak hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat oleh Penyerah Hak di dalam dokumen ini dan rujukan bagi Penyerah Hak di dalam dokumen Fasiltitersebut hendaklah dibaca seolah-olah peruntukan ini merujuk pada Penyerah Hak. Tertakluk pada perubahan atau variasi sedemikian yang perlu untuk menjadikan peruntukan dokumen Fasilit tersebut selaras dengan peruntukan Surat Ikatan ini, sekiranya wujud apa- ‘apa percanggahan atau perselisihan antara peruntukan dokumen Fasilii tersebut dengan apa-apa peruntukan dalam Surat Ikatan ini, maka peruntukan Surat Ikatan ini hendakiah mengatasi bagi tujuan pentafsiran dan penguatkuasaan Surat Ikatan ini 3. Penyerah Hak dengan ini membuat representasi dan waran kepada BANK seperti yang berikut:- (a) (b) (a) Penyerah Hak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk menguatkuasakan, menyerahkan dan metaksanakan terma Surat Ikatan ini; Bahawa Kontrak tersebut membentuk kewalipan yang sah di sisi undang-undang, sah dan mengikat Penyerah Hak dan semua kebenaran, tindakan, syarat dan/atau perkara yang dikehendaki atau dinasihati dilakukan untuk atau berkaitan dengan pelaksanaan, penyerahan, kemajuan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan Penyerahan Hak ini telah berlaku sewajarnya dengan pematuhan ketat semua undang-undang dan peraturan terpakai; Bahawa Hasil Kontrak adalah bona fide dan tidak terikat kepada apa apa penyerahan hak, gadaian dan/atau sekatan; dan Bahawa Pemberi Kontrak tidak mempunyai sebarang hak untuk menolak selesai atau menuntut balas terhadap Penyerah Hak berkaitan dengan Hasil Kontrak 10 Penyerah Hak dengan ini memperakukan bahawa BANK telah memasuki Surat Ikatan ini berasaskan dan dengan bergantung penuh pada representasi dan waranti di atas dan Penyerah Hak bersetuju berjanji, mengaku janji dan mengesahkan bahawa setiap representasi dan waranti yang terkandung dalam Fasal 3 ini hendakiah kekal dan terus berkuat kuasa sepenuhnya Selepas penguatkuasaan Surat Ikatan ini dan Penyerah Hak dengan ini mewarankan kepada BANK bahawa representasi dan warantidiatas adalah benar dan betul dan dipatuhi sepenuhnya pada seliap tarikh hasil Fasilt tersebut disediakan untuk Penyerah Hak sehinggalah jumlah yang genap masanya untuk dibayar menurut dokumen ini telah dibayar dan selagi Fasilit tersebut iekal tersedia atau apa-apa wang yang diberikan oleh BANK kepada Penyerah Hak menurut Fasilii tersebut kekal tertunggak menurut Fasilti tersebut seolah-olah divlang kemusiannya dengan merujuk keadaan yang sedia ada ketika itu 4. dike sekiranya tidak ada wang atau kepentingan yang diterima atau kena diterima oleh BANK di bawah serah hak yang disebut di bawah Fasal 1 di atas (‘Penyerahhakkan’), atau wang yang sebenarnya diterima oleh BANK tidak melunaskan Fasilt tersebut, atau berlaku apa apa kemungkiran dalam pembayaran terhadap Fasilit tersebut atau terma-terma di dalam Surat Ikatan ini oleh Penyorah Hak, Penyerah Hak bersetuju bahawa lanya membentuk peristiwa Kemungkiran di bawah Fasilt tersebut dan BANK berhak untuk melaksanakan semua atau mana-mana hak dan kuasanya termasuk yang mana kesemua wang atau baki yang belum bayar hendaklah dibayar dengan serta-merta oleh Pemberi Kontrak dengan cara apa pun 5. Penyerah Hak dengan ini tanpa boleh batal melantik BANK PESERTA atau mana-mana orang ‘atau badan korporat yang dilantik oleh BANK PESERTA sebagai peguam Penyerah Hak dan atas nama Penyerah Hak atau nama peguam atau sebaliknya dan bagi Penyerah Hak untuk membolehkan BANK PESERTA untuk melakukan tindakan apa jua pun dan melaksanakan semua dokumen dan instrumen yang apa jua pun bagi melindungi atau sebaliknya menyempurnakan kepentingan BANK PESERTA dalam Penyerahhakkan ini, untuk mengeluarkan notis kepada Pemberi Kontrak atau pinak pihak lain berkenaan Hasil Kontrak, menuntut, menyaman dan mendapatkan balik dan melaksanakan semua tindakan undang undang bagi tuntutan mana-mana bahagian Hasil Kontrak di bawah Penyerahhakkan ini keouali jika terdapat kecuaian, penipuan, peninggalan yang disengaja [tidak terbatas kepada peninggalan yang disengajakan berpunca dari rasuah / pelanggaran undang-undang], bahawa pihak Bank berhak untuk meletakkan Penyerah Hak sebagai pihak yg dipertanggungjawabkan dan untuk memberikan resit yang sah akan wang yang diterima dan metakukan tindakan, perkara dan hal sebagaimana sepenuhnya dan dengan berkesan sebagaimana yang boleh diiakukan oleh Penyerah Hak sendiri jika Penyerah Hak sendiri mempunyai kuasa sebagaimana wakil untuk menggantikan dan melantik satu atau lebin ramat wakil di bawahnya bagi semua dan mana-mana tujuan yang disebutkan sebelum ini sebagaimana yang difikirkannya balk dan sesuai. DAN Penyerah Hak dengan ini tanpa boleh batal bersetuju, memberikan kebenaran dan mengaku janji bahawa pada sepanjang masa kemudian dari ini untuk meratifikasi dan mengesahkan apa jua pun yang sah di sisi undang-undang yang dilakukan atau menyebabkan dilakukan oleh wakil yang dimaksudkan atau wakilnya dalam dan berkaitan dengan Surat Ikatan ini dan bahawa surat kuasa wakil yang iberikan kepada BANK PESERTA atau wakilnya hendaklah boleh

You might also like