You are on page 1of 3

UTM.J.06.04.00/13.20/6 Jld.

4( )
26 Julai 2022

Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar)


UTM Johor Bahru

Assalamualaikum wr. wbt…

Yg. Bhg. Prof,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UTM KE KEJOHANAN


SUKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SUKIPT) 2022.

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Universiti Teknologi Malaysia akan menyertai Kejohanan SUKIPT 2022
yang akan diadakan pada 15 hingga 21 Ogos 2022 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim, Perak.

3. Sehubungan dengan itu saya ingin menjemput Yg. Bhg. Prof. bagi menyempurnakan Majlis
Penyerahan Bendera Kontinjen UTM ke kejohanan SUKIPT 2022 pada butiran seperti berikut :

Tarikh – 9 Ogos 2022 (selasa)


Masa – 12.00 tengahari
Tempat – Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor

4. Bersama-sama ini juga dilampirkan Tentatif Majlis untuk makluman Yg. Bhg. Prof. Diatas sokongan
dan kerjasama yang diberikan oleh Yg. Bhg. Prof. saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”

Saya yang menjalankan amanah,

HJ ARMADI BIN AHMAD


Pengarah
Pusat Kecemerlangan Sukan
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
b.p. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
 36582
Tentatif Majlis Penyerahan Bendera
Kontinjen UTM Ke Kejohanan
Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT), 2022

Tarikh – 9 Ogos 2022 (selasa)

Tempat – Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor

Masa :
12.00 tengahari
 Ketibaan Atlet, Pegawai

12.15 tengahari
 Ketibaan TNC (HEP)

12.20 tengahari
 Nyanyian lagu Negaraku
 Bacaan Doa
 Ucapan Aluan Pengarah Sukan
 Ucapan Dan Amanat TNC (HEP)
 Penyerahan Bendera Kontinjen
 Bacaan Ikrar Atlet
 Nyanyian Lagu Keunggulan Terbilang
 Sesi Bergambar

1.30 petang
 Jamuan Makan Tengahari
 Majlis Bersurai

You might also like