You are on page 1of 2
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! SEKOLAH SCHOOL OPERATIONAL SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS & LEVEL 4, BLOCK £2, COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel 603-8884 9302 FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Faks = +603-8889 6680 {62604 PUTRAJAYA Websito = itp: a s2s04 pur te: hiip:zawnwmoe.govmyl Ruj. Kami : KPM.100-11/1/16 Jid. tq-( 62) Tarikh, 1S Mac 2023 ‘Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Tuan/Puan, PEMAKLUMAN BERHUBUNG PELAKSANAAN SAMBUTAN HARI GURU TAHUNAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN SEKOLAH Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 4 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menarik perhatian YBhg. Datuk/tuan/puan terhadap kenyataan media Menteri Pendidikan Malaysia pada 17 Februari 2023, berkaitan Pelaksanaan Langkah Segera ke Arah Kesejahteraan Guru yang mengehadkan sambutan Hari Guru tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja. 3. Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2023 KPM mengambil pendekatan mengekalkan pelaksanaan Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan pada tanggal 16 Mei setiap tahun, Sementara itu, sambutan Hari Guru di peringkat sekolah pula boleh disambut dan diraikan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS). Sambutan secara sederhana boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian dengan memberi penekanan kepada konsep karamah insaniah dalam kalangan murid dan ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada jasa guru. 4. Walau bagaimanapun, selaras dengan inisiatif KPM menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan guru melalui anugerah yang disampaikan di peringkat kebangsaan, jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah boleh menyambut inisiatif ini dengan menyampaikan anugerah guru di peringkat daerah dan negeri melalui majiis iimu yang bersesuaian, 2 KPM.100-11/1/16 Jid.4(62.) 5. YBhg. Datuk/tuan/puan dikehendaki mengambil tindakan untuk memaklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan bawah pentadbiran YBhg. Datuk/tuan/puan. ‘Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, fe a“ (DR. NORISAH BINTI SUHAILI) sk. 1. YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6 Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like