You are on page 1of 10

1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Cikgu Farha

Karangan Kepentingan Amalan Menabung


NOVEMBER 9, 2021 ● CONTOH KARANGAN, BAHASA MALAYSIA

Get to bed
Spend nights under
Global
the stars Abu Dhabi from
earlier Sale
MYR 2,893
Book now
Terms and conditions apply

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 1/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Amalan menabung perlu dipraktikkan dalam kehidupan untuk mewujudkan masyarakat


yang berjimat cermat. Huraikan kepentingan amalan menabung kepada sesebuah keluarga.

Kandungan
1. Kepentingan Amalan Menabung kepada keluarga
1.1. Sumber kewangan bagi masa hadapan
1.2. Masa kecemasan bekalan wang
1.3. Mengelakkan pembaziran
1.4. Menjadi suri teladan anak
1.5. Penutup Karangan Amalan Menabung

Kepentingan Amalan Menabung kepada keluarga


Pada era yang modenisasi ini, amalan menabung masih kurang mendapat sambutan hangat
daripada masyarakat walaupun cara menabung kini lebih efisien dan selamat berbanding
dengan cara menabung masa dahulu. Cara menabung kini yang disebutkan ialah simpanan
duit dalam akaun bank. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan dan juga
pihak bank telah mempromosikan kelebihan mengamalkan amalan menabung. Antara
manfaat yang diberikan jikalau menabung dalam bank ialah bunga sebanyak 3 peratus
setiap tahun. Persoalannya, mengapakah kerajaan sedaya upaya menyeru masyarakat yang
terutamanya mempunyai keluarga menabung?

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 2/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

💰💵 Dapatkan ganjaran wang dengan menjawab soal selidik dalam talian

Sumber kewangan bagi masa hadapan

Antara kepentingan amalan menabung kepada sesebuah keluarga ialah mempunyai sumber
kewangan bagi masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana wang merupakan segala-
segalanya dalam era globalisasi ini. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, masa
hadapan yang cerah bagi seseorang juga tidak terjamin. Contohnya, sepasang suami isteri
yang lewat melahirkan anak dan tidak mengamalkan amalan menabung akan menghadapi
masalah kewangan setelah bersara kerana perlu membiayai kos pembelajaran anak mereka
yang masih kecil lagi. Oleh itu, amalan menabung perlu dipraktikkan supaya wang tersebut
dapat digunakan bagi kegunaan masa hadapan.

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 3/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Masa kecemasan bekalan wang

Selain itu, keperluan duit semasa waktu kecemasan juga merupakan sebab amalan
menabung penting kepada sesebuah keluarga. Hal ini disebabkan manusia tidak dapat
mengesan bila mereka akan memerlukan duit yang banyak bagi menanggung sesuatu yang
tidak disangka-sangkakan seperti peribahasa malang tidak berbau. Misalnya, kebakaran,
bencana alam melanda dan kematian ahli keluarga secara tiba-tiba. Modal yang banyak
diperlukan untuk mengatasi situasi tersebut dalam masa yang singkat. Memang tidak
dinafikan bahawa amalan menabung dapat membantu semasa waktu kecemasan.

Mengelakkan pembaziran

Kepentingan amalan menabung kepada sesebuah yang berikutnya ialah dapat mengelakkan
pembaziran. Hal ini berkait rapat dengan sikap manusia yang berboros dan tidak rasional
semasa membuat pilihan. Sebagai sebuah syarikat yang bijak, mereka selalu mengeluarkan
produk yang cantik-cantik belaka supaya manusia tertarik dengan pembungkusan tersebut.
Pembeli akan segera membelikan produk tersebut tanpa berfikir panjang walaupun item
tersebut tidak begitu bagus atau diperlukan. Tamsilnya, seorang pekerja yang tidak
menabung dan berboros akan menghadapi masalah kewangan setelah berlepak dengan
kawan-kawannya di kompleks beli-belah. Tegasnya, menabung dapat mengubah sikap
berboros seseorang di samping meningkatkan jumlah simpanan seseorang.

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 4/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Menjadi suri teladan anak

Seterusnya, amalan menabung yang disemai dalam ibubapa akan dijadikan suri teladan
anak mereka. Hal ini bermaksud, jika sesebuah keluarga telah mengamalkan amalan
menabung, malah generasi yang akan datang juga mengikuti perbuatan nenek moyang
mereka. Bak kata peribahasa, bapak burik, anaknya rintik. Contohnya, anak-anak yang
setahun jagung akan diajar untuk menabung. Apabila dewasa, ideologi ini akan terus
diwariskan. Konlusinya, amalan menabung dalam keluarga dapat dikekalkan jika ibu bapa
tidak mengabaikan kepentingan menabung.

Penutup Karangan Amalan Menabung

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 5/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Kesimpulannya, amalan menabung amat penting dalam sebuah keluarga kerana menabung
mendatangkan banyak manfaat dan tiada keburukannya. Penggemblengan tenaga dan
usaha untuk memupuk amalan menabung amat diperlukan supaya lebih banyak orang
memupuk amalan baik ini. Marilah semua mulai menabung sekarang kerana perjalanan
yang beribu langkah, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

💰💵 Dapatkan ganjaran wang dengan menjawab soal selidik dalam talian

Contoh Karangan: Langkah Mengatasi Kenaikan Harga Barangan

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 6/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Search

Categories

Bahasa Malaysia
Contoh Karangan
Ekonomi
Informasi
Mikroekonomi
Pengajian Am
Sejarah
Soalan
SPM
STPM

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 7/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Top Posts

Karangan SPM: Cara Memupuk Semangat Kejiranan


Contoh karangan SPM Kebaikan bersukan terhadap pelajar
Karangan Kepentingan Amalan Menabung
Contoh Karangan Kepentingan Sektor Pertanian
Contoh Karangan Penggunaan telefon pintar
Ungkapan Menarik dan Peribahasa dalam Karangan
Contoh Karangan Keracunan Makanan - Punca dan Usaha
Karangan SPM: Memupuk Amalan Menabung

Karangan SPM: Cara mengamalkan Gaya Hidup Sihat


Contoh Karangan SPM: Kepentingan Alam Sekitar

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 8/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Recent Posts

Contoh Karangan SPM: Kesan Buruk Peperangan


Karangan SPM: Kepentingan Warisan Kebudayaan Tradisonal
Karangan SPM: Cara mengekalkan kebudayaan pelbagai kaum
Contoh Karangan SPM: Cara untuk menerap nilai integriti
Contoh Karangan Keracunan Makanan – Punca dan Usaha

Recent Comments

admin on Karangan SPM: Cara Memupuk Semangat Kejiranan


Amirul on Karangan SPM: Cara Memupuk Semangat Kejiranan
unknownuser on Contoh Karangan Kepentingan Sektor Pertanian
Najihah Diyana on Nota Ekonomi T4: Konsep Pengeluaran (Bab4)
Farha on Nota Ekonomi Tingkatan 4 : Pengenalan Kepada Ekonomi (Bab1)

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 9/10
1/12/23, 10:57 AM Karangan Kepentingan Amalan Menabung - Cikgu Farha

Email *

Website

Add Comment

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Post Comment

Copyright © 2023 - WordPress Theme by CreativeThemes

https://cikgufarha.com/kepentingan-amalan-menabung/#:~:text=Antara kepentingan amalan menabung kepada,bagi seseorang juga tidak terjamin. 10/10

You might also like