You are on page 1of 4

PROSEDUR AGIHAN

PROSEDUR PENGURUSAN WAKALAH AGIHAN ZAKAT


NO.RUJUKAN DOKUMEN :PRO/AZ/PWAZ-04
TERBITAN / TARIKH TERBITAN :4 (13 FEBRUARI 2018)
NO. PINDAAN / TAHUN :3/2018
TARIKH KUATKUASA :1 OGOS 2018
LAMPIRAN :1-BWAZ(3/8)/01

BORANG PERMOHONAN WAKALAH AGIHAN ZAKAT

A Maklumat Pemohon Nama Pemohon : No KP atau No Pendaftaran

B Maklumat Pembayaran Tarikh Bayaran : Jumlah Bayaran : Kadar 3/8 :

C * Maklumat Penerima Zakat : Pembayaran Secara Elektronik (EFT) : PASTIKAN NAMA / NOMBOR DAN CAWANGAN AKAUN PENERIMA BENAR-BENAR TEPAT DAN BETUL

* NAMA / NOMBOR DAN KEGUNAAN LZS


NAMA PENERIMA (SAMA ADA NO KP ATAU ALAMAT DAN NO TELEFON * MAKLUMAT NILAI BANTUAN
BIL CAWANGAN AKAUN ASNAF (SUB KOD
INDIVIDU ATAU INSTITUSI) PENDAFTARAN PENERIMA BANTUAN (RM)
PENERIMA ASNAF)

JUMLAH WAKALAH AGIHAN ZAKAT 0.00

Akuan Pemohon :- Saya / kami dengan ini mengakui bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya / kami bersetuju untuk tertakluk kepada
D terma-terma dan syarat yang ditetapkan oleh LZS seperti yang dinyatakan di belakang borang ini

Tandatangan Pemohon Nama : Jawatan : Tarikh : * No Telefon dan Email :

Cop Rasmi Syarikat


(Jika Permohonan Syarikat)
* WAJIB DILENGKAPKAN
SYARAT-SYARAT & TERMA PERMOHONAN WAKALAH AGIHAN ZAKAT
Syarat - Syarat Am
1 Hanya pemohon yang membuat pembayaran zakat di LZS melebihi RM50,000.00 layak memohon.
2 Cadangan jumlah Wakalah Agihan Zakat kepada senarai penerima mestilah tidak melebihi 3/8 daripada jumlah pembayaran zakat di LZS.
3 Permohonan secara berkumpulan hanya akan diluluskan sekiranya LZS mendapat pengesahan bahawa pengarah syarikat atau syarikat berkumpulan tersebut
terdiri daripada pengarah syarikat di dalam syarikat yang sama dan/atau syarikat yang berada di dalam kumpulan syarikat yang sama.
4 Bagi permohonan secara berkumpulan, pemohon hendaklah mendapat pengesahan daripada pengarah-pengarah syarikat atau badan berkumpulan yang
mempunyai kuasa dan berkemampuan untuk menandatangani bagi pihak syarikat atau badan berkumpulan tersebut.
5 Permohonan hanya dibenarkan dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembayaran zakat.
6 Setiap permohonan perlu mempunyai surat permohonan rasmi dan menggunakan Borang Permohonan Wakalah Agihan Zakat LZS.
7 Setiap permohonan perlu disertakan dengan maklumat penerima agihan zakat yang lengkap seperti nama penuh (individu atau institusi), nombor kad
pengenalan / nombor pendaftaran institusi, alamat dan nombor telefon serta maklumat lain yang diperlukan.
8 Pemohon tidak dibenarkan membuat tuntutan bayaran semula terhadap agihan zakat yang telah dibayar oleh pemohon terlebih dahulu sebelum permohonan
dibuat kepada LZS.
9 Bagi permohonan yang diragui kategori penerima zakat iaitu yang tidak dikategorikan di dalam Fatwa Agihan Zakat Negeri Selangor atau menurut praktis LZS,
ianya hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Agihan LZS.

Tanggungjawab Pemohon
1 Pemohon yang mencadangkan Wakalah Agihan Zakat kepada senarai penerima mestilah tidak mendapat apa-apa bahagian atau keuntungan dalam agihan
zakat kepada senarai penerima yang dicadangkan.
2 Pemohon hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan di dalam Borang Permohonan Wakalah Agihan Zakat serta dokumen-dokumen
sokongan yang dilampirkan adalah benar dan tepat.
3 Pemohon hendaklah bertanggungjawab menyiasat ke atas penerima zakat yang dicadangkan dan pemohon hendaklah memastikan bahawa penerima zakat
layak dan memang memerlukan bantuan yang disalurkan.
4 Pemohon hendaklah bertanggungjawab menyampaikan pengagihan Wakalah Agihan Zakat yang dipohon kepada penerima dan bertanggungjawab
sepenuhnya atas bantuan yang disalurkan.
5 Sekiranya LZS mendapati
Pemohon mengakui adalahbahawa
individuterdapat percanggahan
yang diberi maklumat, penyelewengan
kuasa dan berkemampuan atau penipuan
untuk menandatangani dalam
bagi permohonan
pihak Agihanberkumpulan
syarikat/badan Semula Zakat, LZSmana
(yang boleh
mengambil
berkaitan). tindakan ke atas pemohon.

Tanggungjawab LZS
1 LZS hendaklah berdasarkan maklumat dan dokumen yang diberikan oleh pemohon, memproses permohonan dan mengeluarkan pembayaran bagi amaun yang
diluluskan oleh LZS sama ada ke atas nama penerima atau nama pemohon (mengikut mana-mana yang difikirkan wajar oleh LZS).
2 LZS mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan yang difikirkan wajar ke atas pemohon sekiranya pemohon didapati memberi apa-apa maklumat di dalam
permohonan yang bercanggah, menyeleweng atau menipu.
3 Bagi maksud perenggan-perenggan di atas, LZS mempunyai kuasa untuk membuat tuntutan bayaran balik dan/atau menuntut ganti rugi daripada pemohon,
sekiranya LZS mempunyai bukti bahawa terdapat percanggahan, penyelewengan atau penipuan tersebut.
4 LZS atau wakil LZS mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan pemeriksaan ke atas rekod-rekod pemohon yang berkaitan dengan permohonan ini sama ada
sebelum atau selepas agihan dilaksanakan.
5 Setiap kelulusan permohonan adalah tertakluk ke atas budi bicara LZS.
Saya / kami dengan ini bersetuju untuk tertakluk kepada terma-terma dan syarat yang ditetapkan oleh LZS
Tandatangan Pemohon Nama : Jawatan : Tarikh : * No Telefon dan Email :
Cop Rasmi Syarikat
(Jika Permohonan Syarikat)

You might also like