You are on page 1of 3

PERISTIWA – PERISTIWA PENTING DALAM NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA

BANGSA :KARYA ABDUL LATIF TALIB

1. Peristiwa Tok Ketua meminta penjelasan daripada Pak Saidi


Tok Ketua bertindak sebagai individu yang berusaha merungkaikan masalah yang
wujud dalam kalangan masyarakat kampung. Mereka bimbang Adnan akan
terpesong akidah apabila bersekolah di sekolah Inggeris. Tok Ketua berjumpa
dengan Pak Saidi bagi mendengar penjelasannya tentang tindakannya
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris.

2. Peristiwa anggota tentera Jepun menyerang Tanah Melayu untuk


memenuhi perintah Maharaja.
Maharaja Jepun mahu membengunkan ekonomi Negara Jepun yang meleset akibat
sekatan ekonomi oleh Amerika syarikat, Britain, dan Belanda. Oleh itu beliau telah
memerintahkan Jeneral Tomoyuki Yamashita bersama anggota tenteranya
menyerang dan menakluk tanah Melayu untuk mendapatkan bahan mentah.

3. Peristiwa Pak Saidi berusaha melalui pelbagai cara bagi memenuhi


keinginan anak-anaknya.
Pak Saidi memberi pendidikan agama, seni mempertahankan diri, dan pendidikan
formal kepada ketiga-tiga orang anaknya. Beliau mengajar anak anaknya mengaji al-
Quran pada setiap malam dan menghantar mereka belajar di sekolah aliran Inggeris.
Pak Saidi mengayuh basikal untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan
Sungai Ramal pada setiap pagi.

4. Peristiwa Adnan menolong ibu bapanya.


Adnan menolong ibu bapanya di kebun getah pada waktu pagi. Manakala pada
waktu petang pula dia menolong mereka di sawah.

5. Peristiwa Adnan menjadi guru walaupun tidak berminat.


Adnan menerima tawaran sebagai guru walaupun dia tidak berminat demi rasa
tanggungjawab untuk memenuhi hasrat ibu bapa serta keluarganya. Adnan bercita-
cita untuk menjadi askar.

6. Peristiwa Adnan mengahwini Sophia.


Adnan tidak membantah apabila ibu bapanya mahu menjodohkannya dengan
Sophia, seorang guru sekolah yang merupakan anak Pak Faqih Muda sekembalinya
dari London dan setelah dia Berjaya menjawat jawatan leftenan muda.

7. Peristiwa Adnan memohon untuk menjadi askar bagi mempertahankan


negara.
Adnan meminta izin daripada ibu bapanya untuk menjadi askar. Dia berpendapat
adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk berani berjuang mempertahankan
negara daripada dijajah oleh musuh.

3
8. Peristiwa anggota Rejimen Askar Melayu berani berkorban nyawa demi
mempertahankan tanah air
Semua anggota Rejimen Askar Melayu sanggup berbuat demikian demi
mempertahankan Negara daripada jatuh ke tangan kuasa asing. Walaupun tentera
upahan Inggeris yang terdiri daripada keturunan Punjab, Gurkha, dan India telah
berundur, malah ada yang berpaling tadah, namun mereka tidak mengaku kalah
malah terus mara ke medan peperangan.

9. Peristiwa mempertahankan keamanan negara daripada serangan Jepun.


Leftenan Adnan ,Koperal Yaakob,Mamat dan Nordin ialah antara mereka
yang sanggup bermati-matian demi mempertahankan tanah air daripada
serangan Jepun. Demikian juga pahlawan-pahlawan yang terdahulu seperti
Mar Kilau, Tuk Janggut, Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela yang berani
menentang penjajah walaupun mereka serba kekurangan dari segi peralatan
senjata moden.

10. Peristiwa rekrut mengikuti latihan tentera


Adnan dan Mamat menjalani latihan ketenteraan yang keras dan penuh disiplin.
Mereka turut dilatih menggunakan senjata api, teknik mempertahankan diri dan gerak
tempur. Mereka turut mempelajari ilmu agama dan undang undang. Adnan muncul
sebagai rekrut terbaik.

11. Peristiwa Adnan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan


Bahasa Inggeris.
Sebagai seorang pelajar, Adnan menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris
yang diadakan.Dia tidak menghiraukan cemuhan Nizam dan Ah Chong yang
menyatakan dia tidak sehebat mana dan tidak layak menyertai pertandingan tersebut
tetapi akhirnya Adnan muncul sebagai juara.

12. Peristiwa Leftenan Adnan membawa keluarganya tinggal bersamanya.


Adnan membawa isteri dan anak-anaknya tinggal bersamanya selepas
ditukarkan ke pangkalan tentera Pasir Panjang, kerana keadaan yang agak
selamat.

13. Leftenan Adnan menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke


kampung demi keselamatan.
Semasa Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan terpaksa menghantar keluarganya
pulang ke kampung kerana bimbang tentera Jepun akan menyerang Singapura.
14. Jeneral Tomoyuki Yamashita bertanggungjawab sebagai ketua dalam
penyerangan Jepun ke atas Tanah Melayu.
Jeneral Tomoyuki Yamashita bertanggungjawab dalam merancang dan menyusun
strategi Jepun menakluki Tanah Melayu. Beliau telah mengerah seluruh tentera
dalam pasukannya agar melakukan serangan tanpa henti terhadap Tanah Melayu
bagi mencapai hasrat Maharaja Jepun mendapatkan bahan mentah.

4
15. Askar-askar Jepun berjuang bagi memenuhi perintah Maharaja.
Tentera Jepun memiliki rasa hormat dan tanggungjawab yang tinggi terhadap
maharaja mereka. Mereka mempunyai disiplin, ketaatan, dan semangat juang
yang tinggi serta sanggup berkorban demi maharaja mereka.

16. Leftenan Adnan berjuang mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit


Candu.
Leftenan Adnan diarahkan untuk mengawal pangkalan tentera Bukit Candu. Askar
Melayu diberi tanggungjawab yang berat untuk mempertahankan Pasir Panjang dan
Bukit Candu bagi melindungi kepentingan Inggeris di Pangkalan Alexandra.
Pangkalan ini tidak sesuai untuk anggota yang berkeluarga.Jadi Leftenan Adnan
terpaksa tinggal berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya demi tugas. Beliau
membina kubu di kawasan tersebut.

17. Leftenan Adnan membunuh Samad kerana menjadi tali barut Jepun .
Leftenan Adnan yang mengesyaki Samad sebagai tali barat Jepun meminta
Penghulu Deraman mengintip pergerakan Samad. Hasil intipan itu mendapati
bahawa Samad dan tiga orang Jepun berada di sebuah rumah kosong. Leftenan
Adnan bersama-sama askarnya terpaksa menyerang mereka. Kesemuanya
terbunuh.

18. Leftenan Adnan terus bertempur walaupun setelah kehabisan peluru


hingga ke titisan darah yang terakhir.
Walaupun semua askar Melayu telah terkorban dan yang tinggal hanya Leftenan
Adnan dan Koperal Yaakob, Leftenan Adnan tetap terus menentang tentera Jepun.
Selepas senjata api mereka kehabisan peluru, Leftenan Adnan terus bertempur
menggunakan bayonet hingga akhirnya beliau ditangkap lalu dibunuh.

19. Peristiwa membantu dalam masa latihan rekrut.


Kebanyakan rekrut baharu yang menganggotai Kompeni Percubaan Pasukan Askar
Melayu menghadapi kesukaran untuk memahami arahan kerana mereka tidak fasih
berbahasa Inggeris. Dengan bantuan Adnan dan lain-lain masalah itu berjaya diatasi.

20. Peristiwa Tauke Chong menjual basikal kepada Pak Saidi.


Tauke Chong bersedia menjual basikal baharu kepada Pak Saidi dengan
membayarnya secara ansuran bagi menggantikan basikalnya yang telah dirosakkan
oleh Nordin.

21. Peristiwa penduduk kampung menyelamatkan Sophia daripada tentera


Jepun yang mencari keluarga Leftenan Adnan.
Penduduk kampung membawa keluar Sophia daripada rumah Pak Saidi ketika tahu
askar Jepun menuju ke rumah tersebut. Keluarga Leftenan Adnan Berjaya
diselamatkan kecuali Pak Saidi yang terkorban.

You might also like