You are on page 1of 48

dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Tahun
Buku Aktiviti Murid
1

Kementerian Pengangkutan Malaysia


dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur
2018
KEMENTERIAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PENDIDIKAN
MALAYSIA
Penghargaan
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0159 Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
KK 363-221-0302011-5565-24-20101 sama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia
ISBN 978-967-5565-24-3 KEMENTERIAN KEMENTERIAN
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan Pertama 2018 PENDIDIKAN PENDIDIKAN
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia selaku
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018MALAYSIA
MALAYSIA pemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula
Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula,
semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, ditujukan kepada semua yang berikut:
penggambaran semula mahupun dengan cara
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Kementerian Pengangkutan Malaysia
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Malaysia (MIROS)
Penerbit Bersama: • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. • Bahagian Pembangunan Kurikulum
No. Telefon: 03-83238000 • Bahagian Buku Teks
No. Faksimile: 03-88888806 • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Laman Web: http://www.jkjr.gov.my • Lembaga Peperiksaan
Laman Web PKJR: www.pkjr.gov.my • Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
• Institut Pendidikan Guru Malaysia
• Universiti Putra Malaysia
• Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka,
• Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jalan Dewan Bahasa,
• Universiti Malaya
50460 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian)
Kementerian Dalam Negeri
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my
Polis Diraja Malaysia
Reka Letak dan Atur Huruf:
CLEAVE AMITY
Zieconcept Enterprise
Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 14 poin

Dicetak oleh:
Percetakan Inderapura Sdn. Bhd.,
No. 12 & 14, Jalan 12/118B,
Desa Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang
hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab
dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini
dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

iii
iv
AKTIVITI
KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT

1 Jenis-jenis Kenderaan Darat 1

2 Kenderaan ke Sekolah 2

3 Kenderaan Darat 3

4 Kenderaan Berat 4

5 Risiko di Jalan Raya 5

6 Situasi di Jalan Raya 6

7 Prasarana di Jalan Raya 7

8 Isyarat Keselamatan Jalan Raya 8

9 Tanda Isyarat Lalu Lintas 9

10 Fungsi Lampu Isyarat 10

11 Arah Lalu Lintas 11

12 Isyarat Peronda Lintasan Sekolah 12

13 Peraturan Melintas Jalan Raya 13

v
AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

14 Peraturan di Jalan Raya 14


KANDUNGAN

15 Patuhi Peraturan Melintas 15

16 Melintas Jalan dengan Orang Dewasa 16

17 Berjalan Seiring dengan Orang Dewasa 17

18 Risiko Semasa Melintas Jalan 18

19 Kemudahan Melintas Jalan dengan Selamatnya 19

20 Melintas di Tempat yang Selamat 20

21 Mengenal Komponen Basikal 21

22 Fungsi Komponen Basikal 22

23 Akibat Komponen Basikal yang Rosak 23

24 Mengenal Alat Penahan 24

25 Tempat Duduk Selamat 25

Glosari Keselamatan Jalan Raya 26

Lampiran 33

vi
BBM

Aktiviti 1

1. 2.

basikal motosikal

3. 4.

kereta lori

1. 2.
5. 6.

bas jentolak

7. 7.

kereta api kereta api

basikal motosikal

3. 4.

kereta lori

5. 6.

bas jentolak

7. 8

kereta api mono rel

HP PKJR: 1.1.1 1
BBM

Aktiviti 2

Sambungkan titik-titik supaya menjadi perkataan. Kemudian, gunting gambar


kenderaan pada halaman 33 dan tampalkan pada ruangan yang betul.
1. 2.

3. 4.

5.

2 HP PKJR: 1.1.1
Aktiviti 3

Berdasarkan gambar, isi tempat kosong dengan huruf yang betul.

1.

e
2.

3.
e i
m o
4.
a
5.

a
6.

i
7.

HP PKJR: 1.1.1 3
30
km/j

Aktiviti 4

Tulis nama kenderaan berdasarkan gambar.

1.

kuning.

2.

baharu.

3.

laju.

4.

berat.

5.

besar.

4 HP PKJR: 1.1.1
km/j

BBM

Aktiviti 5

Tonton klip video. Kemudian, ceritakan risiko di jalan raya berdasarkan situasi
di bawah.

1. 2.

3. 4.

HP PKJR: 2.1.1 5
BBM

Aktiviti 6

Tonton klip video. Kemudian, pilih dan tulis situasi yang betul berdasarkan
gambar.

lengang sempit
sesak lebar

1. 2.

3. 4.

6 HP PKJR: 2.1.2
Prasarana di Jalan Raya
BBM

Aktiviti 7

1.

1.Inini jejantas.
jejantas.

2.

Ini
Inilintas
lintasan pejalan kaki.

3.

3.
Ini bebendul jalan.

4.

Ini rel adang.

5.

5.
Ini laluan basikal.

HP PKJR: 2.2.1 7
Aktiviti 8

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul berdasarkan gambar.


kawasan Lampu isyarat berhenti
kanak-kanak
melintas laluan basikal hentian bas

8 HP PKJR: 2.3.1
30
km/j

BBM

Aktiviti 9

Baca ayat di bawah. Gunting gambar tanda isyarat pada halaman 35 dan
tampalkan pada ruangan yang betul.

1
Saya menunggu bas
di perhentian bas.

2
Kita bersedia untuk
berhenti.

3
Kita mesti mematuhi
peraturan lampu isyarat.

4 Penunggang basikal
menggunakan laluan
basikal.

5 Berhati-hati ketika
memandu di kawasan
kanak-kanak melintas.

HP PKJR: 2.3.1 9
km/j

Aktiviti 10

Baca ayat di bawah. Kemudian, tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan
( ) pada pernyataan yang salah.

1. Lampu isyarat mempunyai tiga warna.

2. Merah, kuning dan hijau ialah warna


lampu isyarat.

3. Kenderaan bergerak apabila lampu


merah bernyala.

4. Warna kuning ialah tanda isyarat bersedia


untuk berhenti.

5. Urutan warna lampu isyarat, iaitu kuning, hijau


dan merah adalah betul.

10 HP PKJR: 2.3.2
BBM

Aktiviti 11

Kereta itu bergerak laju dari


arah kiri.

Motosikal itu datang dari arah


belakang murid.

Kereta bergerak dari arah


hadapan murid.

Jentolak bergerak di sebelah


kanan murid.

Kenderaan menuju ke pelbagai


arah di persimpangan jalan.

HP PKJR: 2.4.1 11
BBM

Aktiviti 12

Bergerak ke tengah jalan raya sambil


1. memegang papan tanda isyarat
berhenti.

Memegang papan tanda isyarat


2. berhenti dengan berdiri tegak
di tengah jalan raya.

Menunjukkan isyarat berhenti


3. supaya pemandu memberhentikan
kenderaan.

Menunjukkan isyarat tangan kepada


pejalan kaki dan memastikan
4.
keselamatan mereka semasa
melintas jalan.

5. Bergerak kembali ke tepi jalan raya.

12 HP PKJR: 2.4.2
Aktiviti 13

n yang
ka

Tinda

be
tul
n yang
ka
Tinda

sa

X lah

HP PKJR: 3.1.1 13
30
km/j

BBM

Aktiviti 14

Baca ayat di bawah. Kemudian, gunting gambar pada halaman 37 dan


tampalkan pada ruangan yang betul.

1. Kita mestilah menggunakan jejantas


untuk melintas jalan raya.

2. Kita mestilah berhati-hati ketika


melintas di lintasan pejalan kaki.

3. Tangan kita mestilah dipimpin oleh


orang dewasa semasa melintas
jalan raya.

4. Kita mestilah melintas jalan ketika


imej orang hijau pada lampu isyarat
pejalan kaki bernyala.

14 HP PKJR: 3.1.1
km/j

BBM

Aktiviti 15

Mari mendengar dan menyanyi bersama-sama. Kemudian, sambungkan titik-titik


supaya menjadi perkataan.

Sayang Semua

HP PKJR: 3.1.1 15
BBM

Aktiviti 16

A Baca petikan tentang cara Rani dan ibunya melintas jalan raya.

Rani dan ibunya berjalan kaki ke rumah nenek.


Mereka berjalan di laluan pejalan kaki. Apabila
hendak melintas, mereka berhenti berhampiran
dengan bebendul jalan. Rani menekan butang
pada tiang lampu isyarat dan menunggu
sehingga imej orang hijau pada lampu isyarat
pejalan kaki bernyala. Ibu memimpin tangan
Rani. Kemudian, barulah mereka melintas jalan
raya dengan selamatnya.

B Lengkapkan ayat di bawah.

1. Mereka berjalan di _________________________________________________.

2. Mereka berhenti berhampiran dengan _________________________________.

3. Rani menekan butang pada tiang lampu isyarat dan menunggu sehingga

__________________________________________________________ bernyala.

4. Ibu _____________________________________________ Rani.

5. Mereka melintas __________________________________ dengan selamatnya.

16 HP PKJR: 4.1.1
BBM

Aktiviti 17

Lihat gambar di bawah. Ceritakan cara melintas jalan raya yang betul dan
yang salah.
Y A N G BE
RA

TU
CA

L
Jarjit

AN G S A
R AY

LA
CA

Aini

HP PKJR: 4.1.1 17
Aktiviti 18

Baca ayat di bawah. Kemudian, tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan
( ) pada pernyataan yang salah.

1. Saya mesti berhati-hati semasa berada


di jalan raya.

2. Saya ditemani oleh orang dewasa ketika


melintas jalan raya.

3.
Saya berlari ketika melintas jalan raya.

4. Saya menggunakan lintasan pejalan kaki


semasa melintas jalan raya.

5.
Saya melintas jalan raya seorang diri.

18 HP PKJR: 4.1.1
Kemudahan Melintas Jalan dengan Selamatnya 30
km/j

Aktiviti 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul berdasarkan gambar.

lintasan pejalan kaki jejantas imej orang hijau

1.
Abu dan kawan-kawannya
menggunakan _______________
untuk melintas jalan raya.

2. Ali dan ayahnya menunggu


sehingga ____________________
pada lampu isyarat pejalan
kaki bernyala untuk melintas
jalan raya.

3. Ayah memimpin tangan


Aminah dan Aiman
semasa menggunakan
___________________________ .

HP PKJR: 4.4.1 19
Melintas di Tempat yang Selamat
km/j

BBM

Aktiviti 20

Teliti gambar di bawah. Pilih tiga tempat melintas yang selamat dan tandakan ( )
dalam bulatan.

20 HP PKJR: 4.4.2
Mengenal Komponen Basikal
BBM

Aktiviti 21

Gunting gambar pada halaman 39 dan tampalkan pada ruangan yang betul.

HP PKJR: 5.1.1 21
BBM

Aktiviti 22

Sebutkan komponen basikal dan fungsinya.

1.

menyuluh jalan

brek
2.

menarik perhatian
orang lain

lampu
3.
memperlahankan dan
memberhentikan
basikal
tayar
4.

mengayuh basikal

loceng
5.

menggerakkan
basikal

pengayuh

22 HP PKJR: 5.1.1
Akibat Komponen Basikal yang Rosak
BBM

Aktiviti 23

Nyatakan akibat jika komponen basikal kamu rosak.

Saya tidak dapat Saya tidak dapat Saya tidak


memperlahankan menarik perhatian dapat melihat
basikal saya. orang lain. jalan pada
waktu malam.

Saya tidak
dapat mengayuh Saya perlu
basikal. menolak basikal.

HP PKJR: 5.1.1 23
Mengenal Alat Penahan
km/j

BBM

Aktiviti 24

Tonton klip video. Kemudian, teliti gambar dan ceritakan alat penahan berdasarkan
gambar di bawah.
Tali pinggang
keledar

untuk pemandu dan


penumpang
di bahagian tempat duduk
hadapan dan belakang

Alat Penahan

Tempat duduk bayi Tempat duduk kanak-kanak

untuk bayi untuk kanak-kanak


diletakkan di bahagian diletakkan di bahagian
belakang dan bertentangan belakang dan menghadap
arah dengan pemandu ke hadapan

24 HP PKJR: 6.2.1
30
km/j

BBM

Aktiviti 25

Lihat gambar di bawah. Pilih tempat duduk yang selamat bagi penumpang yang
berumur tujuh tahun dan tandakan ( ) pada petak.

penumpang
pemandu
kanan

penumpang penumpang
hadapan kiri

Tempat duduk yang selamat di dalam kereta untuk kanak-kanak


adalah di tempat duduk belakang.
Tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak masuk dan keluar
dari kenderaan adalah di pintu penumpang kiri.

HP PKJR: 6.1.3 25
km/j

Istilah Maksud

Alat penahan Alat untuk menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban
ke hadapan dalam perlanggaran atau semasa membrek kecemasan.

Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stereng atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
keledar motosikal atau basikal.

Aliran lalu lintas Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya.

Batas kebun Pembahagi jalan yang bertujuan untuk membahagi laluan jalan kepada
dua arah berlainan. Batas kebun boleh mempunyai objek seperti tiang
lampu, pokok atau tanaman rimbun.

Bebendul Bahagian tepi jalan raya yang merupakan kaki lima pembahagi jalan
atau bahu jalan yang bertemu dengan jalan raya. Bebendul biasanya
diperbuat daripada konkrit dan berfungsi sebagai tulang untuk perparitan
jalan raya yang baik. Bebendul juga berfungsi untuk meningkatkan
keselamatan, iaitu dengan memastikan pemandu kenderaan bermotor
memandu jauh dari bahu jalan, pembahagi jalan atau kaki lima.

Beg udara Beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stereng atau
papan pemuka. Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk
penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar
dari arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung
dan mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat).
Proses ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan
penumpang serta mengurangkan kecederaan serius.

Bonggol Alat penenang trafik berupa binaan yang agak tinggi sedikit daripada
permukaan jalan raya yang bertujuan untuk memaksa pemandu
memperlahankan kelajuan kenderaan, terutamanya di kawasan
perumahan atau sekolah.

Bulatan Jalan berbentuk lingkaran yang membolehkan trafik bergerak lancar


dalam satu arah.

Dikancingkan dan Mengancingkan dan mengetatkan tali keledar mengikut kesesuaian


dilaraskan pemakai bagi mengelakkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Garis median Garisan berwarna putih di jalan raya yang berfungsi sebagai pembahagi
lorong.

26
Istilah Maksud

Garisan penanda Garisan berupa tanda anak panah di atas permukaan jalan yang
jalan berfungsi sebagai penunjuk arah lalu lintas.

Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.
kenderaan Biasanya dipaparkan di papan tanda atau badan kenderaan berat.

Imej orang hijau Simbol berupa orang berwarna hijau yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki hanya boleh melintas apabila imej orang hijau
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala dan trafik telah berhenti.

Imej orang merah Simbol berupa orang berwarna merah yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki dilarang melintas apabila imej orang merah
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala.

Isyarat tangan Gerakan tangan bagi menunjukkan isyarat tertentu oleh anggota polis
polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas di jalan raya.
Jaket pemantul Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.
cahaya
Jalan bandaran Jalan yang terdapat dalam kawasan bandar. Jalan ini menghubungkan
bandar kecil dengan bandar kecil yang lain.

Jalan kampung Jalan yang terdapat di kawasan kampung.

Jalan negeri Jalan yang menghubungkan dua buah negeri yang dibina melalui
pembiayaan kerajaan negeri.

Jalan persekutuan Jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama antara negeri.
Contoh: jalan yang menghubungkan Kuantan dengan Kota Bharu.

Jejambat Jambatan jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang
jalan lain.

Jejantas Jambatan untuk pejalan kaki melintas jalan, biasanya dibina di atas
jalan raya yang sibuk.

Jentera Kenderaan berat.

Jentera berantai Kenderaan berat yang beroda rantai. Contoh: kereta perisai dan jentolak.

Jentera beroda Kenderaan berat beroda besar. Contoh: jentera kaut dan traktor.

27
Istilah Maksud

Kancing Logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung
yang dipasang pada tali keledar untuk keselamatan.

Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat sesuatu pada waktu malam atau waktu kurang
pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya.

Kenderaan awam Kenderaan yang disediakan untuk kemudahan orang ramai.

Kenderaan berat Kenderaan bermotor yang beratnya bersamaan dengan muatan melebihi
lima tan seperti bas, lori dan sebagainya.

Kenderaan berel Kenderaan pengangkutan bergerabak yang bergerak di atas rel dengan
menggunakan kuasa elektrik atau ditarik oleh kepala gerabak. Contoh:
LRT, ERL dan kereta api.

Kenderaan darat Kenderaan yang bergerak di darat.


Kenderaan Kenderaan yang dimiliki oleh individu atau milik sendiri.
persendirian
Kesesakan trafik Keadaan yang disebabkan oleh kenderaan yang sangat banyak di jalan
raya dan menyebabkan pergerakan trafik kurang lancar.

Ketidakbolehlihatan Kesukaran pengguna jalan raya melihat sesuatu dengan jelasnya


disebabkan faktor cuaca atau masa.

Komponen Bahagian kenderaan yang boleh menjadikan kenderaan lengkap atau


kenderaan sempurna.

Laluan kongsi Laluan yang boleh digunakan secara bersama-sama oleh penunggang
basikal dan pejalan kaki.

Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan pejalan kaki.

Laluan sikal Laluan pada sebahagian daripada jalan raya yang dikhaskan untuk
kegunaan kenderaan beroda dua.

Lampu isyarat Alat penunjuk bagi menandakan aturan dan masa yang selamat untuk
melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok ke kanan
atau ke kiri atau membuat pusingan U.

Lampu isyarat Lampu isyarat yang mempunyai imej orang hijau dan imej orang merah
pejalan kaki yang digunakan oleh pejalan kaki sebagai isyarat melintas jalan.

28
Istilah Maksud

Lawan arah trafik Arah pergerakan pejalan kaki atau kenderaan tertentu yang berlawanan
dengan pergerakan arus semasa.
Lebuh raya Jalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar
dengan bandar lain.
Lintasan pejalan Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
kaki melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat pejalan kaki melintas
dengan selamatnya.
Lintasan pejalan Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat pejalan kaki.
kaki berisyarat
Lintasan sekolah Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat kanak-kanak sekolah
melintas dengan selamatnya. Lazimnya, lintasan ini dikawal oleh petugas
atau peronda lintasan sekolah.
Lopak Lekuk yang berair.

Momentum Daya yang mendorong pergerakan sesuatu.

Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.

Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.


Parkir Tempat yang dikhususkan untuk meletakkan kenderaan.
Pelaras tempat Sejenis tempat duduk kanak-kanak yang boleh dilaraskan mengikut
duduk kesesuaian dan saiz badan untuk keselamatan kanak-kanak di dalam
kenderaan.

Pelekat pemantul Alat yang digunakan untuk membalikkan cahaya kepada pemandu
cahaya kenderaan lain pada waktu malam.

Pembahagi jalan Ruang pemisah antara dua aliran trafik yang bertentangan di bahagian
tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan terdiri daripada
tembok konkrit, rel adang ataupun ruang tanah kosong yang lapang.

Pembonceng Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal.


Penanda jalan Simbol-simbol trafik yang terdapat pada permukaan jalan raya yang
mesti dipatuhi untuk mengawal, memberikan amaran, dan panduan
kepada pengguna jalan raya.

29
Istilah Maksud

Pencahayaan Pengenaan cahaya langsung ke arah objek yang perlu diterangi.

Pengawal trafik Orang yang bertugas mengawal selia aliran lalu lintas supaya bergerak
lancar dan selamat.

Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti
motosikal dan basikal.

Perabot jalan raya Objek atau kelengkapan yang dipasang di jalan raya untuk tujuan
tertentu. Contoh: batas kebun, pasu bunga dan pulau pelindung.

Peraturan jalan Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna


raya jalan raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.

Perhentian bas Tempat yang dikhaskan untuk bas berhenti bagi mengambil atau
menurunkan penumpang.

Peronda lintasan Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
sekolah memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberikan kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan
bagi membolehkan murid melintas.

Prasarana jalan Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang terdapat di jalan
raya raya. Contoh: lampu jalan, terowong dan lintasan pejalan kaki.

Pulau pelindung/ Kawasan simpanan di tengah-tengah jalan raya. Lazimnya dibina


Pelindung pejalan di kawasan jalan raya yang lebar atau tiada lampu isyarat untuk
kaki membolehkan pejalan kaki berhenti sebelum melintas jalan.

Rel adang Rel keluli atau kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan pemandu
daripada terbabas.

Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku.

Sensor undur Alat pengesan untuk mengesan sebarang objek yang berdekatan
supaya pemandu berwaspada sewaktu mengundurkan kenderaan.

Simpang Jalan yang melencong, bercabang atau berpisah dari jalan yang lurus.

30
Istilah Maksud

Standard Panduan yang menggariskan ciri keselamatan yang diguna pakai untuk
keselamatan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Tali pinggang Alat penahan yang terdapat di bahagian tengah tempat duduk belakang
ikatan pinggang kenderaan. Alat ini dipasang di pinggang dan boleh diketatkan atau
dilonggarkan mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Tali pinggang Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
keledar untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran
atau pemberhentian secara mengejut.

Tempat isyarat Simbol atau lambang yang terdapat di jalan raya termasuklah semua
lalu lintas isyarat, tiang isyarat amaran, tiang tunjuk arah, garisan atau peranti
lain bagi arahan atau petunjuk kepada pemandu dan pengguna jalan
raya. Tanda isyarat ini berfungsi sebagai isyarat keselamatan jalan raya
kepada pemandu dan pengguna jalan raya untuk memberikan panduan
dan peringatan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk bayi di dalam kenderaan yang
bayi berfungsi melindungi bayi daripada terhumban ke hadapan sekiranya
berlaku hentakan atau perlanggaran. Tempat duduk bayi perlu
dipasangkan dengan kemasnya di bahagian kerusi penumpang belakang.

Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk kanak-kanak berfungsi


kanak-kanak untuk melindungi kanak-kanak daripada terhumban ke hadapan. Alat
keselamatan berbentuk seperti kerusi ini perlu dipasangkan dengan
kemasnya di tempat duduk penumpang belakang.

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng
motosikal dan basikal.

Undang-undang Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya
jalan raya yang telah diputuskan melalui parlimen. Perlanggaran terhadap
undang-undang jalan raya boleh dikenakan saman.

Waktu puncak Waktu lalu lintas yang paling sibuk.

31
Lampiran

Aktiviti 2

33
Lampiran

Aktiviti 9

35
Lampiran

Aktiviti 14

37
brek

lampu

loceng

roda

pengayuh

39

You might also like