You are on page 1of 4

ASRAMA SMK ABDULLAH MUNSHI 2020

KERTAS KERJA CADANGAN


MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS ASRAMA
SMK ABDULLAH MUNSHI SESI 2020/2021

1.0  PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Badan Pengawas Asrama adalah satu unit organisasi yang terdiri daripada pelajar-
pelajar asrama. Badan ini akan membantu pihak pengurusan asrama sekolah dalam
menentukan dan meningkatkan disiplin pelajar ke tahap maksimum serta membantu
menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah amnya dan
asrama khususnya. Pelajar-pelajar dilantik untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan
berketrampilan.
.
1.2         Matlamat

1.2.1   Memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.


1.2.2 Memperkenalkan kepada warga asrama dan sekolah barisan pengawas asrama bagi 
sesi 2020/2021
1.2.3 Melatih pelajar menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab

1.3 Objektif

1.3.1    Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Badan Pengawas Asrama supaya


melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh
bertanggungjawab.
1.3.2 Meningkatkan tahap motivasi pelajar yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan
baik.
1.3.3 Menggalakkan pelajar-pelajar lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

1.4       Kumpulan Sasaran

1.4.1     Pengawas Asrama SMK Abdullah Munshi

1.5        Tempat
         
1.5.1 Dataran Bestari

1
ASRAMA SMK ABDULLAH MUNSHI 2020

1.6 Tarikh / Masa

1.6.1 Tarikh             :           19 Oktober 2020 (Isnin)


Masa : 7.20 pagi – 8.00 pagi

2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran I

3.0         TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran II

4.0 PENUTUP

Majlis Pentauliahan Pengawas Asrama ini diharapkan dapat meningkatkan tahap motivasi
kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik serta menggalakkan
pelajar-pelajar lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih. Semoga majlis ini
berjalan dengan lancar dan seterusnya melahirkan pemimpin yang menjalankan tugas dengan
lebih amanah dan bertanggungjawab

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………….
(MOHD HAZRUL BIN SUHAIMI) (NOR HAYATI BT AZMI)
Ketua Warden Penolong Kanan HEM
SMK Abdullah Munshi SMK Abdullah Munshi

Disahkan oleh,

……………………………….
(YON ZANARIAH BT OSMAN)
Pengetua
SMK Abdullah Munshi

2
ASRAMA SMK ABDULLAH MUNSHI 2020

Lampiran I

JAWATANKUASA MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS ASRAMA


SMK ABDULLAH MUNSHI
SESI 2020/2021

PENGERUSI
YON ZANARIAH BT OSMAN
Pengetua

TIMBALAN PENGERUSI
NOR HAYATI BT AZMI
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI I
SURIYATI BT HUSAIN
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI II
EN.SRI RAM A/L BILANGWATY
Penolong Kanan Kokurikulum

PENYELARAS
MOHD HAZRUL BIN SUHAIMI
Ketua Warden

AJK WATIKAH / AKU JANJI


CIK NOOR HAMIZAH BINTI IBRAHIM
Warden

AJK PENGACARA MAJLIS


CIK NUR FATINA KAMILI BT MOHD NOOR

AJK PENGURUS PENERIMA WATIKAH


EN.MOHD RIZUAN BIN IBRAHIM

AJK PA SISTEM DAN SIARAYA


EN MOHD HAZRI BIN ABDULLAH

AJK DISIPLIN / FOTOGRAFI


BADAN PENGAWAS SEKOLAH

3
ASRAMA SMK ABDULLAH MUNSHI 2020

Lampiran II

  

  TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah

7.30 pagi - Ucapan Pengacara Majlis

7.35 pagi- Bacaan Doa

7.40 pagi – Ucapan Pengetua

7.45 pagi – Majlis Pentauliahan

7.55 pagi – Lafaz Ikrar Aku Janji

8.00 pagi – Sesi Fotografi

You might also like