You are on page 1of 20

 

 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Buku Panduan
Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan
Melalui Mata Pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral
dalam Kurikulum
 

Edaran Terhad
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Ogos 2015
 
Terbitan 2015
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan
komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan Melalui Mata Pelajaran


Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kurikulum
ISBN : 978-967-420-088-6
1. Rukunegara. 2. Educatian--Curricula. 3.Islamic religious education--Curricula.
4. Moral educatian--Curricula. I.Malaysia. Kementerian Pendidikan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
375.2

Reka bentuk keseluruhan:

Bahagian Pembangunan Kurikulum,


Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA ............................................................................................................ iv  
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ...................................................................... v  
KATA ALU- ALUAN ......................................................................................................... vi  
PENDAHULUAN ............................................................................................................... 1  
KONSEP PERPADUAN ................................................................................................... 3  
PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH .................................................................... 11  
Adab Bergaul dengan Rakan ....................................................................................... 13  
Adab Terhadap Guru ................................................................................................... 21  
Adab di Sekolah ........................................................................................................... 28  
Adab Berjiran ............................................................................................................... 35  
Adab Menghormati Tetamu ......................................................................................... 43  
PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH .............................................................. 51  
Sedekah Pemangkin Kesejahteraan ........................................................................... 53  
Adab Berjiran ............................................................................................................... 61  
Menjana Keharmonian Hidup ...................................................................................... 69  
Adab Menghormati Tetamu ......................................................................................... 75  
Adab Bercakap dalam Majlis ....................................................................................... 83  
PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH .................................................................. 91  
Berterima Kasih ........................................................................................................... 93  
Kepercayaan Kepada Tuhan ..................................................................................... 101  
Kesederhanaan ......................................................................................................... 109  
Toleransi .................................................................................................................... 117  
Kasih Sayang ............................................................................................................. 123  
PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH MENENGAH .......................................................... 133  
Berterima Kasih ......................................................................................................... 135  
Kepercayaan Kepada Tuhan ..................................................................................... 142  
Kasih Sayang ............................................................................................................. 148  
Toleransi .................................................................................................................... 155  
Kesederhanaan ......................................................................................................... 163  
PENUTUP ..................................................................................................................... 172  
JAWATANKUASA PENERBITAN ................................................................................ 173  
PANEL PENGGUBAL ................................................................................................... 174  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

RUKUN NEGARA
 
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
 
  Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  Memelihara satu cara hidup demokratik;
  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
  akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
 
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
 
 
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
  Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
  dan teknologi moden;
 
 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
 
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
 
 
  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 
  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 
  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  KESOPANAN DAN KESUSILAAN
 
   
 
 
 

  iv  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAA N
  “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
  memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
  untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
  rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
  Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
  yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
  bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
  memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
  masyarakat dan negara”
 
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
 
 
 
 
 
 
   

  v  
 
 
 

Kata Alu-Aluan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami transformasi seiring dengan
kemajuan pendidikan di peringkat global. Ini merupakan satu cabaran yang besar untuk
membina modal insan yang mampan dan berdaya saing seperti yang dihasratkan
dalam aspirasi sistem dan aspirasi murid sebagaimana dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga
Lepasan Menengah).

Bagi merealisasikan kedua-dua aspirasi tersebut, elemen perpaduan memainkan


peranan yang sangat penting bagi mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah
negara majmuk yang maju, sejahtera, makmur dan aman damai. Ini bertepatan dengan
hasrat Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat.

Justeru, buku ini dihasilkan untuk dijadikan panduan kepada semua pihak yang
berkepentingan dalam usaha membentuk jati diri murid yang kukuh dengan
menerapkan konstruk perpaduan iaitu menerima, menghormati dan mengurus
kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak
lain yang terlibat dalam menerbitkan Buku Panduan ini.

Sekian, terima kasih.

DATO' SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

 
 
 
 

  vi  
 
 
 
 
 
Kata Alu-Aluan
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya Buku Panduan
Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan Melalui Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral dalam Kurikulum telah dapat dihasilkan berdasarkan kurikulum
kedua-dua mata pelajaran untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah.

Buku panduan ini dapat memberi manfaat kepada guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran untuk memperkukuh perpaduan melalui kedua-dua mata
pelajaran ini dalam kalangan murid. Penerbitan buku panduan ini akan dapat membantu
guru dalam menerapkan elemen perpaduan dalam tajuk atau nilai yang diajar melalui
kedua-dua mata pelajaran. Ini bagi melahirkan anggota masyarakat dan warganegara
yang bersatupadu dan hormani tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan bahasa dan
boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara.

Pendekatan buku panduan ini diharapkan dapat mewujudkan suasana pembelajaran


yang menarik dan berkesan melalui aktiviti yang dicadangkan. Diharapkan guru dapat
memahami kandungan buku panduan ini dan seterusnya menggunakan sebagai
panduan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memperkukuh
perpaduan dalam masyarakat.

Bahagian Pembangunan Kurikulum merakam sekalung penghargaan dan terima kasih


di atas kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak sehingga berjaya menerbitkan
buku panduan ini.

Sekian, terima kasih.

Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL


 
 

  vii  
 
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
1

PENDAHULUAN
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyatakan bahawa
Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) berhasrat menjadikan sistem
pendidikan negara berprestasi tinggi.
Lima aspirasi sistem yang telah
ditetapkan sebagai teras keberhasilan
hasrat tersebut ialah akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Aspirasi tersebut akan dicapai melalui
beberapa inisiatif. Bagi aspirasi
perpaduan, inisiatif perkukuhan
perpaduan di sekolah akan
dilaksanakan. Inisiatif perkukuhan
perpaduan di sekolah merangkumi
beberapa aktiviti seperti kurikulum, Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
kokurikulum, sukan, dan program 2013-2025
(Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah)
Perpaduan (RIMUP).

Selain aspirasi sistem, enam aspirasi murid iaitu, pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti
nasional diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan
ekonomi dan dunia global masa hadapan. Bagi mencapai hasrat tersebut, setiap murid
hendaklah mengekalkan identiti nasional dan perpaduan dalam kepelbagaian agama,
bangsa, budaya dan bahasa di Malaysia.

Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


(Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah)

1   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
2

Sehubungan itu, inisiatif perkukuhan


perpaduan di sekolah melalui kurikulum
dilaksanakan dengan menerapkan
konstruk perpaduan dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Penerapan tersebut adalah bertujuan
untuk meningkatkan penghayatan murid
terhadap tiga konstruk utama perpaduan,
iaitu belajar untuk menerima,
menghormati dan mengurus
kepelbagaian.

Walau bagaimanapun matlamat, objektif,


Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 disiplin ilmu, kandungan, pedagogi dan
(Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah)
pentaksiran sedia ada dikekalkan bagi
kedua-dua mata pelajaran sama ada di peringkat rendah atau menengah.
Penambahbaikan ini perlu diketahui dan difahami oleh guru-guru supaya mereka dapat
menanamkan konstruk perpaduan dalam diri murid melalui pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Sehubungan itu, buku panduan ini dihasilkan untuk memberi pemahaman tentang
konsep perpaduan dan panduan serta idea kepada guru untuk merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memperkukuh
perpaduan di sekolah.

2   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
3

KONSEP PERPADUAN
 
Konsep perpaduan yang dirujuk untuk buku panduan pelaksanaan ini adalah
berdasarkan konsep perpaduan yang dikemukakan oleh Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Model Perpaduan Dalam kalangan Guru dan Murid
Sekolah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JPNIN menerangkan konsep perpaduan melalui Kitaran Interaksi (Rajah 1) yang


menunjukkan kepelbagaian dan keterangkuman sebagai dua aspek penting berkaitan
perpaduan. Kepelbagaian merujuk kepada wujudnya masyarakat yang pelbagai agama,
bangsa, budaya dan bahasa dalam sesebuah negara, manakala keterangkuman pula
bermaksud masyarakat yang pelbagai dapat saling menerima dan menghormati
perbezaan yang wujud antara mereka.

Rajah 1: Kitaran Interaksi (Sumber: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional)  

Interaksi bermula di rumah dalam kalangan ahli keluarga. Proses interaksi ini mula
berkembang apabila kanak-kanak bergaul dengan rakan sepermainan di tempat tinggal.
Interaksi lebih banyak berlaku apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan.
Perluasan interaksi turut berlaku sehinggalah mereka memasuki alam pekerjaan dan
alam persaraan.
 
Semasa di alam persekolahan iaitu di peringkat prasekolah, rendah, menengah dan
pendidikan tinggi, murid pelbagai agama dan bangsa mempunyai peluang untuk

3   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
4

berinteraksi secara lebih kerap melalui aktiviti belajar dan bermain. Dengan itu mereka
akan saling mengenali dan memahami akan wujudnya perbezaan antara mereka.
Secara tidak langsung, tahap penerimaan terhadap kepelbagaian agama, bangsa,
budaya dan bahasa mula meningkat dan mereka akan mula terangkum ke arah
perpaduan. Seterusnya, dalam alam pekerjaan perpaduan terus meningkat dengan
adanya interaksi yang berterusan antara ahli masyarakat yang pelbagai agama dan
bangsa. Amalan perpaduan ini juga dapat diteruskan selepas persaraan apabila mereka
hidup dalam masyarakat setempat.

BPPDP pula menerangkan konsep perpaduan melalui Model Perpaduan Dalam


Kalangan Guru dan Murid Sekolah seperti dalam Rajah 2 di bawah.

Rajah 2: Model Perpaduan Dalam Kalangan Guru dan Murid Sekolah


(Sumber: Laporan Kajian Tinjauan untuk Memperkukuh Perpaduan dalam Kalangan Guru dan
Murid Sekolah, BPPDP, KPM, 2014)
 
Model ini mentakrifkan perpaduan sebagai suatu hasil apabila guru dan murid pelbagai
agama dan bangsa berupaya menerima, menghormati, dan mengurus kepelbagaian
budaya, agama dan bahasa sama ada dalam interaksi mereka di sekolah mahupun di
luar sekolah. Selari dengan takrifan tersebut, maka model menunjukkan bahawa tiga
konstruk utama bagi perpaduan ialah menerima, menghormati dan mengurus
kepelbagaian. Setiap konstruk utama pula mempunyai sub-konstruk masing-masing
yang sebenarnya merupakan nilai yang perlu dipupuk bagi memperkukuh perpaduan
dalam kalangan guru dan murid sekolah.

4   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
5

Menerima kepelbagaian bermaksud guru dan murid yang berbeza agama dan bangsa
boleh bersikap terbuka, bertoleransi, percaya dan sanggup bekerjasama walaupun
berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. Menghormati kepelbagaian bermaksud
setiap guru dan murid yang berbeza agama dan bangsa mengamalkan sikap atau
tingkahlaku yang berhemah tinggi, menghargai dan prihatin terhadap agama dan
bangsa lain walaupun berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa. Manakala
mengurus kepelbagaian pula bermaksud setiap guru dan murid yang berbeza agama
dan bangsa mengamalkan sikap atau tingkahlaku yang amanah, adil dan rasional
walaupun berbeza agama, bangsa, budaya dan bahasa.

Kerangka Konsep Memperkukuh Perpaduan dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan


Moral seperti dalam Rajah 3 telah dibangunkan dengan menyepadukan unsur interaksi
dan penerimaan oleh JPNIN serta konstruk perpaduan oleh BPPDP. Usaha ke arah
menyatupadukan interaksi dan penerimaan serta konstruk perpaduan tersebut
dilaksanakan melalui kandungan, pengajaran dan pembelajaran serta penilaian bagi
kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Rajah 3: Kerangka Konsep Memperkukuh Perpaduan dalam Mata Pelajaran


Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral  

5   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
6

Konsep perpaduan dalam kandungan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral diperkembangkan melalui tajuk atau tema yang ada kaitan dengan
perpaduan. Tajuk atau tema yang diajar bukan sahaja perlu memberi tumpuan pada
kandungan tetapi hendaklah dikaitkan dengan konstruk perpaduan. Ini bermakna murid
bukan sahaja boleh menguasai kandungan dan disiplin ilmu mata pelajaran berkaitan,
tetapi murid juga diajar untuk memahami konstruk perpaduan serta menghayati dan
mengamalkannya. Dengan kata lain, konstruk perpaduan boleh dicapai melalui tajuk
atau tema yang ada kaitan dengan perpaduan tanpa menidakkan penguasaan murid
terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah menerapkan konsep perpaduan


dengan cara mempelbagaikan kaedah dan perancangan yang teliti. Pengajaran dan
pembelajaran hendaklah melibatkan lebih banyak aktiviti dan interaksi dalam kalangan
murid supaya penghayatan terhadap konstruk perpaduan iaitu menerima, menghormati
dan mengurus kepelbagaian dapat dicapai. Perancangan yang teliti dalam aspek ini
akan lebih bermakna lagi apabila murid memainkan peranan dan melibatkan diri secara
aktif untuk memperteguh perpaduan dalam kalangan murid.

Bagi memastikan konsep perpaduan dalam kurikulum dapat difahami dan dihayati oleh
murid, maka penilaian yang berterusan terhadap konsep perpaduan dalam kalangan
murid mesti dilaksanakan. Penilaian yang berterusan boleh dilakukan dalam pelbagai
bentuk sama ada penilaian formal dan tidak formal. Penilaian yang berterusan terhadap
konsep perpaduan bergantung kepada objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran
yang telah dirancang oleh guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral.

Penghayatan terhadap konsep


perpaduan melalui kurikulum boleh
dimantapkan lagi apabila murid
mengaplikasikan pemahaman
mereka terhadap konsep
perpaduan melalui aktiviti
kokurikulum, seperti aktiviti kelab
atau persatuan, sukan dan
permainan serta badan
beruniform. Murid juga boleh
mengaplikasikan konsep
perpaduan ini dalam program
RIMUP seperti aktiviti yang
melibatkan pelbagai sekolah
dalam sesebuah kawasan atau
daerah yang melibatkan sekolah-
sekolah homogen seperti sekolah
SJKC, SJKT dan SMJK.
Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah)

6   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
7

Penghayatan dan aplikasi perpaduan dalam kalangan murid boleh dipertingkatkan lagi
apabila mereka melibatkan diri dalam persekitaran komuniti melalui aktiviti
kemasyarakatan, seperti aktiviti sukan, khidmat masyarakat, sambutan perayaan,
bencana alam dan sambutan hari kemerdekaan. Kejayaan terhadap penghayatan
konsep perpaduan dalam kalangan murid boleh menjadi lebih mantap apabila pentadbir
sekolah dan guru memainkan peranan mereka untuk menimbulkan kesedaran murid
terhadap proses perpaduan melalui pelbagai aktiviti di sekolah.

Di samping itu, ibu bapa dan komuniti juga berperanan menyokong pihak sekolah
dalam menjayakan aktiviti perpaduan dalam kalangan murid. Oleh yang demikian,
apabila murid dapat menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian agama,
bangsa, budaya dan bahasa dalam kehidupan seharian mereka maka matlamat
memperteguh perpaduan dalam kalangan murid dapat dicapai.

Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


(Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah)

7   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
8

Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan Melalui Mata Pelajaran


Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

Buku panduan ini menyediakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral untuk membantu guru sekolah rendah dan
menengah untuk memperkukuh perpaduan secara terancang melalui pelbagai aktiviti
yang telah dicadangkan. Konstruk perpaduan yang hendak diterapkan dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral hendaklah merujuk kepada sukatan
pelajaran atau dokumen kurikulum yang berkaitan. Aktiviti yang dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran hendaklah tidak menyentuh sensitiviti agama, bangsa,
budaya dan bahasa. Bagi mengaplikasikan konstruk perpaduan dalam kedua-dua mata
pelajaran ini, format seperti contoh di bawah boleh digunakan.

Contoh Format Aplikasi Konstruk Perpaduan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Tajuk atau Penghayatan


Indikator Perpaduan Cadangan Aktiviti
Nilai Perpaduan
Menerima, menghormati • Memilih atau • Mengukuh
ADAB
dan mengurus mencadangkan cara sikap
BERGAUL
kepelbagaian melalui adab menyapa rakan yang menghormati,
DENGAN
bergaul dengan rakan berlainan agama, menerima dan
RAKAN
dalam masyarakat pelbagai bangsa, budaya dan mengurus
agama, bangsa, budaya bahasa. kepelbagaian
Bidang Adab dan bahasa. agama dan
• Mengisi senarai
semak bersama bangsa
Menerima Kepelbagaian
rakan tentang adab melalui
dengan:
pergaulan yang kefahaman
• Sedia menerima rakan
diamalkan bersama adab bergaul
yang berlainan agama,
rakan dalam kelas. dengan rakan.
bangsa, budaya dan
bahasa dalam
pergaulan.

 
Penerangan bagi setiap lajur adalah seperti berikut:
Tajuk atau Nilai
Pemilihan tajuk atau nilai yang telah dikenal pasti bersesuaian dengan konstruk
perpaduan yang hendak diperkukuh dalam kalangan murid.

Indikator Perpaduan
Konstruk perpaduan iaitu menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian
merupakan indikator yang mengukur pencapaian perpaduan yang hendak diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi konstruk ini dapat diterjemahkan melalui
aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid.

8   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
9

Cadangan Aktiviti
Guru boleh mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk memastikan aplikasi konstruk
perpaduan terlaksana.
Penghayatan Perpaduan
Penghayatan perpaduan akan tercapai setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berjaya dilaksanakan dan penilaian berterusan dilakukan oleh guru. Guru hendaklah
memastikan setiap murid dapat menghayati dan mengamalkan konstruk perpaduan
bukan sahaja semasa pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan
seharian mereka.

Buku panduan ini juga menyediakan contoh rancangan pengajaran harian sebagai
panduan untuk mencetus idea agar guru dapat menerapkan konstruk perpaduan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

9   BPK 2015
BUKU  PANDUAN  PELAKSANAAN  MEMPERKUKUH  PERPADUAN  
10

10   BPK 2015

You might also like