You are on page 1of 1

Ruj Kami : SDHTG/100-7/7/2/006

Tarikh : 23 Mac 2023


Kepada:
Pengurus Besar,
Zakat Pulau Pinang
No. 4, Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENYALURKAN KEMBALI SEBAHAGIAN WANG ZAKAT
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas untuk perhatian pihak tuan.
2. Dimaklumkan pihak pengurusan SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor selaku wakil
kutipan zakat yang telah dilantik oleh pihak Zakat Pulau Pinang ingin memohon kembali
sebahagian wang kutipan zakat yang telah pihak kami peroleh sepanjang bulan Januari sehingga
Mac 2023.

3. Bersama dengan ini dilampirkan senarai maklumat pembayaran zakat melalui pihak kami
beserta dengan borang akad persetujuan daripada pembayar zakat untuk rujukan pihak tuan.

4. Kami berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan.
Di atas kerjasama pihak tuan yang diberikan, kami mengucapkan jutaan terima kasih.
Sekian.
“MELAHIRKAN ULAMA PEWARIS NABI”
Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………………
(NUR AIZZAT BINTI NOORDIN)
Ahli Lembaga Pengurusan,
SRITI Darul Hadis Pulau Pinang.

You might also like