You are on page 1of 5

Catatan Minit Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

Hari : Khamis

Tarikh : 29 Mac 2023

Tempat : Makmal ICT

Masa : 2:30 petang

Ucapan YDP PIBG

1. Beliau mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran ahli Jawatankuasa PIBG


yang lain.

2. Beliau mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru dan terus


berdedikasi menjalankan tanggungjawab

3. Ucapan tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat tempat di MRSM atau
SBP

4. Beliau memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG perlu dilaksanakan sebelum Jun 2023

5. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang dilantik kerana
telah bersama-sama menjalankan tugas terutama sekali dalam program
perkhemahan yang banyak memberi dan membantu pihak sekolah melancarkan
aktiviti sekolah.

Ucapan Guru Besar

1. Beliau mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran ahli Jawatankuasa yang


hadir.

2. Beliau mengucapkan terima kasih kerana mendaftar anak-anak di SK Rokan dan


bergerak dalam lingkungan 101 orang dengan kekuatan guru seramai 11 orang.
Manakala 2 orang bakal hadir ke sekolah.
3. Beliau memaklumkan info penting untuk menarik perhatian ibu bapa bahawa SK
Rokan kini ke arah ‘Sekolah Transformasi 25’ (School Transformation 25 –TS25).
Beliau memaklumkan program ini menyasarkan kepada 3 komponen yang
melibatkan guru, pemimpin dan sokongan PIBG dan komuniti. Manakala PIBG
sebagai penggerak utama untuk mejayakan program ini.

4. Beliau memaklumkan tagline sekolah TS25 melibatkan 3T( Transformasi, Tindakan


dan Tuntas)

5. Beliau memaklumkan saranan tuan pengarah supaya menekankan konsep ABC iaitu
Anak Baik Lagi Cerdik

Pengesahan Minit yang lalu

Cadangan : Pn. Norhayati binti Abdullah

Sokangan : En. Muhairul Akmam bin

Perkara berbangkit

1. Penetapan Mesyuarat Agung PIBG sesi 2023/2024


Hari: Sabtu
Tarikh : 13 Mei 2023
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Dewan SK Rokan
Jemputan Perasmi : YB. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa

2. Surat jemputan perlu disediakan awal. Jemputan termasuk pegawai angkat sekolah

3. Pengisian masa berdasarkan tentatif program tahun lepas. Penambahan


persembahan murid semasa dif-dif jemputan bergerak ke kantin.

4. Makluman berkaitan dengan kewangan – Pn. Norhayati


Beliau memaklumkan jumlah dalam akaun lebih kurang RM 2000. Sekolah
menerima sumbangan daripada Mains untuk pembangunan murid sebanyak
RM 10 000. Sumbangan daripada Datuk Undang sebanyak RM 1000. Penggunaan
untuk Majlis Apresiasi Murid lebih kurang RM 1000.

5. Pn. Norhayati memaklumkan sebahagian ibu bapa telah menjelaskan bayaran


sumbangan PIBG dan sepatutnya bayaran dibuat setelah Mesyuarat Agung
dijalankan.

6. Cadangan Jamuan Hari Raya Sekolah akan diadakan bersama Mesyuarat Agung
PIBG. Cadangan ibu bapa / penjaga membawa portluck. Cadangan pihak PIBG
menyediakan makanan berat.

7. Cadangan supaya setiausaha dapat menyediakan senarai semak sebelum


Mesyuarat Agung dijalankan.

Laporan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Kurikulum

1. Beliau memaklumkan minggu suai kenal telah dijalankan pada minggu pertama dan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku pada minggu kedua.

2. Semua murid telah selesai membeli alat tulis dan kelengkapan sekolah. Cuma untuk
penerimaan lencana agak lambat kerana permintaan yang tinggi dan tempahan
mengambil masa untuk siap.

3. Beliau memaklumkan Tahun 1 sedang menjalani ProgramTransisi. Program yang


mengikut modul yang telah ditetapkan.

4. Makluman data murid Prasekolah seramai 15 orang, Tahun 1 seramai 19 orang,


Tahun 2 seramai 14 orang, Tahun 3 seramai 20 orang, Tahun 4 seramai 13 orang,
Tahun 5 seramai 21 orang dan Tahun 6 seramai 14 orang.

5. Beliu memaklumkan sepanjang tahun lepas masih lagi menggunakan Pentaksiran


Berdasarkan Bilik darjah. Markah telah digabungkan menjadi Tahap Penguasaan
murid. Manakala Ujian Akhir Sesi Akademik merupakan instrumen.
6. Beliau berharap agar ibu bapa dapat mengambil berat tentang solat dan aspek
mengaji kerana ramai murid tidak mengaji. Beliau memaklumkan data-data murid
berkaitan dengan iqra’ diambil dan dimasukkan ke dalam dashboard PPD.

Laporan Guru Kelas Agama Petang – Ustaz Zikri

1. Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada pihak PIBG SK Rokan

2. Beliau memohon kebenaran menumpang kewangan dalam akaun PIBG sekolah.

3. Beliau memaklumkan bilangan guru dan bilangan murid Kelas Agama Petang.iaitu 5
orang guru (4 lelaki dan seorang perempuan) yang melibatkan 4 KAFA tulen dan
seorang guru KPM. Bilangan murid Tahun 1 seramai 19 orang, Tahun 2 seramai 14
orang, Tahun 3 seramai 20 orang, Tahun 4 seramai 13 orang dan Tahun 5 seramai
21 orang.

4. Bilangan buku teks tidak mencukupi bagi Tahun 1 dan Tahun 5. Masih lagi
menunggu daripada pihak Jakim. Bagi Tahun 4 masih lagi menggunakan silibus
lama dan akan ada slilibus baru. Buku teks yang kurang akan dibuat salinan
terutama Tahun 5.

5. Isu-buku yang dibuat salinan akan gelap contoh buku teks Tahun 4.

6. Beliau memaklumkan pihak Jakim tidak membekalkan buku aktiviti dan bercadang
untuk membeli buku aktiviti sebagai buku kerja murid. Maklum balas YDP PIBG
minta senaraikan dan maklumkan dalam program.

7. Guru Agama Petang akan menyertai semua program dan takwim sekolah.

8. Kutipan yuran KAP ialah RM 55.00 untuk setahun.

9. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada pihak sekolah dan PIBG

Hal-lain Lain
1. Pihak sekolah akan mencadangkan akan mengadakan majlis hi-tea untuk Pn. Nor
Faezah dan Ustazah Reha dan jemputan untuk ahli jawatankuasa PIBG dialu-
alukan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:40 petang

You might also like