You are on page 1of 1

DOA MAJLIS PERSARAAN

َّ ‫من ْا‬
‫لر ِح ْيم‬ َّ ‫ب ْس ِم هللاِ ْا‬.
ِ ‫لر ْح‬ ِ

َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِع ْين‬


ْ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأ‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬،‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬.
َّ ‫صالَة َُوال‬

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

 Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan
dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran,
ketabahan dan kekuatan kepada Cikgu Roslinah binti Sarmon yang akan bersara,
menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti,
kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan,
kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

 Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru.
Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak
pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan
ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk
kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

 Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang
halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan
juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

 Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬،‫اج َعلْ َج ْم َع َنا ه ََذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬،

‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودً ا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬


َ ‫والَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬.
َ

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي اَألخ َِر ِة َح‬ َ ‫ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬.ِ
َ
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬،‫سلَّ َم‬
َ‫العالَ ِم ْين‬ َ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى‬
َ ‫و‬.
َ

You might also like