You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAMARAN JAYA

42000, PELABUHAN KLANG


SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN


GURU DAN KAKITANGAN BIL 6/2019
(PERANCANGAN PROGRAM BKGK 2019)

Tarikh : 12.03.2019 (Selasa)


Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran : 1. Pn. Norihan bt Shuib (Pengerusi bersama)


2. En. Mohd Nur Arif Farihin bin Mohd Rasid (Pengerusi BKGK)
3. Cik Azimah binti Abdul Ghani
4. En. Mohd Ikhwan Haiqal bin Ismail
5. Pn. Yosliyana bt Mohd Yasin
6. Pn. Hjh. Zuraidah bt Hussin
7. En. Sahrul Hafizi bin Azmi
8. En. Muhammad Syafiq bin Mohd Yusof
9. Pn. Norazlina binti Jamil
10. Pn. Siti Wahidah binti Yaacob
11. En. Kalai Selvan a/l Periasamy
12. Pn. Norzuriana binti Zulkifli
13. Pn. Hanisah bt shamsudin
14. Cik Niveetha a/p Mookan
15. Pn. Huron ‘Iin bt Ali ( Pencatat )

Tidak Hadir : 1. Cik Maizatulnifira bt Aripin

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah. Pengerusi


mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan mengalu-alukan
kedatangan mereka. Beliau berharap semoga perjalanan mesyuarat ini berjalan
dengan lancar.

1.2 Pengerusi mengharapkan agar semua guru sama-sama menyumbangkan idea,


kerjasama dan membuat penambahbaikan dari tahun sebelumnya bagi
meningkatkan kualiti setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan BKGK.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan : Pn. Hjh. Zuraidah bt Hussin


Sokongan : Pn. Yosliyana bt Mohd Yasin

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Post Mortem Jamuan Hi Tea 2018

3.1.1 En. Sahrul Hafizi menyatakan bahawa tempat jamuan tidak kondusif
dan mencadangkan diadakan di tempat yang lebih baik.

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Perancangan Aktiviti BKGK bagi tahun 2019

4.1.1 Hari Guru akan disambut awal iaitu pada 18 April 2019 disebab tarikh
sebenar ialah pada bulan Ramadhan.
4.1.2 En. Hafizi mencadangkan agar BKGK mengadakan program Team
Building yang melibatkan semua guru dan dikira sebagai LADAP
sekolah. Cadangan dipersetujui semua Ahli Jawatankuasa BKGK.
Tarikh dan masa akan dibincangkan kemudian.
4.1.3 Pn. Azlina memberi cadangan supaya diadakan program lawatan
dalam negara dan dipersetujui semua Ahli Jawatankuasa BKGK
4.1.4 Pn. Huron ‘iin mencadangkan AJK Kelab tahun ini mengadakan Hari
Keluarga SKPJ. Tempat yang dicadangkan ialah di Q’Nut Chalet
(Pantai Kuala Linggi, Melaka). Cadangan akan dibincangkan
kemudian.
4.1.5 Jualan air minuman guru 2019 akan diuruskan oleh En. Syafiq dan Pn.
Zuraidah bagi sesi pagi. Bagi sesi persekolahan petang pula akan
diuruskan oleh En. Kalai dan En. Hafizi. Kesemua hasil jualan akan
diserahkan kepada Pn. Hanisah.
4.1.6 Majlis Persaraan:
1) En. Maical ( 3 Julai 2019)
2) En. Ismail (1 Ogos 2019)
4.1.7 Rujuk Lampiran.
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Hadiah Hari Lahir Ahli

5.1.1 Hadiah Hari Lahir Ahli akan disampaikan setiap bulan dan diadakan
bersama dengan jamuan dalam Program Penyayang anjuran Unit
Bimbingan Dan Kaunseling SKPJ.
6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang dengan ucapan terima kasih oleh
Tuan pengerusi majlis kepada semua guru-guru yang hadir.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

------------------------------- ---------------------------
(HURON ‘IIN BT ALI) (EN. MOHD NUR ARIF
S/U BKGK 2018/2019 FARIHIN BIN MOHD RASID)
Pengerusi BKGK 2018/2019

Disahkan Oleh,

--------------------------
(PN. NORIHAN BT SHUIB)
Pengerusi Bersama BKGK 2018/2019

You might also like