You are on page 1of 11

PENDEKATAN

dalam pengajaran
Pendekatan adalah jalan yang diambil semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ia merupakan
penentu bagaimana ilmu itu hendak disampaikan.
1) KAEDAH 2) KAEDAH
INDUKTIF DEDUKTIF

KELEBIHAN KELEBIHAN

KEKURANGAN KEKURANGAN

2
1. KAEDAH INDUKTIF

 Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar


yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan
aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian
membuat generalisasi atau kesimpulan.

(Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004)

 Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya


setelah maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Dengan
menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu menyelesaikan
masalah dengan jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam proses
kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan
ringkas.
(Hilda Taba, 1962)
1.3 Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut
J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.

Pendekatan Induktif Kemudiannya setiap


melibatkan pengumpulan maklumat ini akan
dan pentafsiran berubah kepada
maklumat-maklumat kesimpulan.
Sambungan..

• Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji


dan mengenalpasti.
1

• Seterusnya, bagaimana untuk mentafsir maklumat bagi


2 membuat generalisasi/kesimpulan.

• Guru membantu pelajar untuk menguasai konsep atau


generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang
3 diperoleh.

(J.M Kierzek dan W.Gibson , 1960)


1.4 Pembelajaran melalui pendekatan ini disamakan dengan seorang murid
mengalami proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk
memperoleh satu kesimpulan.

 Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-


contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai rujukan
kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.

 Setiap guru boleh menggunakan gambar, video ataupun hasil karya dalam
penyampaian maklumat kepada murid-murid serta galakkan mereka mengemukakan
contoh-contoh yang diketahui.

 Selain itu, soalan-soalan (yang berkaitan dengan contoh) akan disediakan untuk
membimbing murid membuat kesimpulan.

 Seterusnya, guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan


menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.

 Untuk lebih memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang


diperoleh daripada fakta ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang aktiviti
berkisar daripada contoh yang telah diberikan.
(B. Seaton, 1982)
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
PENDEKATAN INDUKTIF
KELEBIHAN KEKURANGAN
• Dapat mengasah kemahiran berfikir • Pengajaran yang dilakukan
dalam kalangan murid. mengambil masa yang panjang.

• Melibatkan penyerapan yang aktif • Bagi murid-murid yang lemah,


dalam kalangan pelajar. pendekatan ini akan menimbulkan
masalah kerana sukar bagi mereka
• Kemahiran lisan dapat disuburkan. untuk memikirkan rumus-rumus
daripada contoh-contoh ayat yang
diberikan.
• Memberi peluang kepada pelajar
membuat kesimpulan sendiri
mengenai sesuatu konsep ataupun
benda.
2) KAEDAH DEDUKTIF

Suatu pendekatan mengajar yang berdasarkan


keseluruhan konsep. Juga menggunakan proses
penaakulan yang tinggi.

Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu


pendekatan mengajar yang bermula daripada
sesuatu atau beberapa rumusan (prinsip, hukum,
teori /peraturan) yang diikuti dengan proses aplikasi
ke atas contoh-contoh yang khusus.
(Mok Soon Sang, 2003).
 Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang
bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini
merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar
bermula dengan hukum yang umum dan digunakan
dalam kes-kes tertentu.

 Kaedah deduktif merupakan kaedah mengajar yang


kompleks kerana ia memerlukan murid-murid
memperolehi kefahaman yang mendalam dan
pengetahuan yang cukup.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
PENDEKATAN DEDUKTIF
KELEBIHAN KEKURANGAN
• Memudahkan tugas guru yang mana • Pengajaran mungkin membosankan
guru mengemukakan prinsip asas, serta boleh mengongkong kreativiti
manakala murid menggunakan prinsip pelajar.
berkenaan.
• Pemikiran murid tidak tercabar untuk
• Cepat dan menjimatkan masa mengesan dan menentukan rumusan
pengajaran kerana rumusan disediakan kerana rumusan diberikan oleh guru.
dan dihuraikan terus oleh guru.
• Penglibatan murid tidak begitu aktif
• Meninggalkan kesan pembelajaran yang khususnya dalam hal menghuraikan
memuaskan kepada pelajar-pelajar rumus.
dewasa.
• Pendekatan ini tidak begitu menjamin
• Tiada risiko mendapat hasil yang salah ingatan yang berkekalan dalam
atau tidak sempurna. kalangan murid tentang rumus-rumus
yang diajarkan itu.
Thank you for your
attention!

You might also like