You are on page 1of 17

TUGASAN INDIVIDU

GGGD5022 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

NAMA: NURUL AIDA BINTI MOHD GHAZALI

NOMBOR MATRIC: P123910

PENSYARAH: DR. WAN MUNA RUZANNA WAN MOHAMMAD

TAJUK TUGASAN:

A) PENULISAN ILMIAH BERKAITAN KEMAHIRAN SOSIAL


B) KRITIKAN JURNAL
C) ULASAN BUKU
A) PENULISAN ILMIAH BERKAITAN KEMAHIRAN SOSIAL

Pengaruh Rakan Sebaya Dalam Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu Dalam Kalangan
Pelajar-Pelajar India di Malaysia

NURUL AIDA BINTI MOHD GHAZALI

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaruh rakan sebaya dalam kemahiran bertutur
bahasa Melayu dalam kalangan pelajar India.

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdapat pelbagai bangsa dan etnik
yang saling hidup harmoni seperti Melayu, Cina dan India. Malaysia juga terdiri daripada
suku kaum Orang Asli iaitu Temiar, Jakun, Semang dan Mah Meri di Semenanjung
Malaysia dan Kadazan, Dusun, Melayu Brunei, Bajau, Bugis di Sabah. Sarawak pula
terdiri daripada bangsa seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Kenyah dan sebagainya. Masing-
masing menggunakan bahasa masing-masing dalam melakukan aktiviti harian mereka.
Bahasa memainkan peranan penting sebagai alat berkomunikasi antara individu.
Di dalam Fasal 152 Perlembagaan Malaysia, jelas menyatakan bahawa bahasa rasmi di
Malaysia ialah bahasa Melayu. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan
bahasa Melayu sebagai asas pembinaan dan kebudyaan negara, Akta Bahasa 1957 telah
menguatkan kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Fungi
bahasa Melayu sebagai alat perpaduan melalui pendidikan dan sebagai bahasa pengantar
sepenuhnya dari peringkat pengajian dasar sehingga peringkat pengajian tinggi terus
dilaksana sehingga ke hari ini.
Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti kemahiran bertutur bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar India di Malaysia dan pengaruh rakan sebaya
dalam pertuturan seharian.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, penggunaan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa pengantar khususnya di dalam sistem Pendidikan menjadi hasrat kerajaan
untuk menjayakannya. Di dalam Akta 1996 telah menyatakan kemajuan negara dari segi
ekonomi, sosial, rohani, moral dan etika perlu dicapai melalui satu sistem pendidikan
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kebolehan mendengar adalah kebolehan mengenal bunyi-bunyi
dengan tepat dan kemudiannya mengaitkan apa yang didengar dengan masyarakat dan
persekitarannya. Seseorang yang mampu menyebut dan bertutur dengan baik mempunyai
kemahiran untuk menguasai sesuatu bahasa.
Murid-murid perlu menguasai kemahiran berbahasa seperti kemahiran lisan,
kemahiran membaca, kemahiran menulis seperti yang terkandung di dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KPM 2003). Dalam memenuhi hasrat
kerajaan untuk mewujudkan Pendidikan berkualiti untuk semua, kemahiran berbahasa ini
perlu ditekankan oleh pendidik. Zamri (2021) menyatakan bahawa isu bahasa tidak
pernah lekang bermula dari laporan Fenn Wu (1951) sehinggalah wujudna Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 (KPM 2006) dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 (KPM 2013). Hal ini jelas menunjukkan kerajaan tidak pernah
mengabaikan usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Kajian Nora’Azian dan Fadzilah (2018) mendapati dalam pertuturan sesuatu
kaum gangguan bahasa ibunda merupakan faktor yang menyebabkan murid bukan
penutur natif melakukan kesalahan dalam pembelajaran kemahiran bahasa. Gangguan
bahasa menyebabkan tahap kemahiran bertutur murid bukan penutur natif berada pada
tahap kurang memuaskan. Kajian yang dijalankan oleh Dayang Sufikawani dan Wan
Muna Ruzanna (2017) menyatakan murid-murid bukan penutur natif menghadapi
masalah dalam menyebut huruf ‘r’ dalam sesi pembelajaran bahasa Melayu. Murid-murid
India menghadapi masalah menggunakan vokal-vokal atau konsonan-konsonan tertentu
bahasa Melayu yang bagi mereka merupakan agak terasing.
Jimain (2012) menyatakan faktor persekitaran sosial terutama rakan sebaya
memainkan peranan yang cukup penting dalam pembentukan jati diri individu. Bahkan,
murid lebih banyak membuat perhubungan sosial dengan rakan di luar persekitaran
keluarga (Zakari et al, 2012). Azhar (2006) menyatakan rakan sebaya sememangnya
merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan
pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan
rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak
dalam kalangan mereka.
Oleh yang demikian, kajian ini perlu dijalankan untuk meneliti kemahiran
bertutur bahasa Melayu dalam kalangan pelajar India di dalam perbualan seharian mereka
dan menilai pengaruh rakan sebaya dalam dalam kemahiran bertutur bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar India.

OBJEKTIF

Objektif dalam kajian ini ialah untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut dalam
kalangan murid India:
1. Meneliti kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan pelajar India di dalam
perbualan harian
2. Menilai pengaruh rakan sebaya dalam pertuturan bahasa Melayu di kalangan pelajar
India.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan pembacaan dari kajian-kajian yang telah
dijalankan oleh penyelidik terdahulu. Satu kajian yang dijalankan oleh Noor Muslieah Mustafa
Kamal et. el. (2022) untuk mengenalpasti penglibatan murid dalam pentaksiran rakan sebaya
dengan menggunakan soal selidik yang dijawab oleh respondan berdasarkan kejujuran mereka
dalam memberikan pendapat terhadap penghayatan akhlak individu yang dinilai dalam kalangan
rakan-rakan mereka. Kajian yang dijalankan merupakan kajian kuantitatif dengan berbentuk
tinjauan. Seramai 388 respondan telah dipilih dari murid-murid dalam tingkatan 4 yang belajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan di sepuluh pejabat pelajaran daerah (PPD) dalam negeri
Selangor. Konstruk akhlak yang dibina sendiri oleh penyelidik telah melalui proses kesahan dan
kebolehpercayaan melepasi nlai pekali alpha >80.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Haizah Bukari dan Norazana Awang Kechik
(2022) menggunakan kaedah kualitatif iaitu menumpukan kepada penulisan kajian berdasarkan
teori asas dan teori yang dipilih. Pengkaji memilih murid-murid berbangsa India seramai enam
orang. Dalam kajian ini, senarai semak pemerhatian berstruktur telah digunakan. Pemerhatian
berstruktur ini menggunakan senarai semak yang telah dibina berdasarkan aspek-aspek dan
kriteria yang hendak diperhati. Instrumen temu bual separa berstruktur juga digunakan dalam
kajian ini. Pengkaji juga menggunakan telefon pintar untuk merakam video yang akan
menerangkan semua aktiviti yang berlaku semasa temu bual ini dijalankan. Data temu bual
dalam bentuk verbatim kemudian dianalisis dan dijadikan dalam bentuk transkrip.

DAPATAN KAJIAN
Daripada kajian yang dijalankan oleh Noor Muslieah Mustafa Kamat et. al (2022) menunjukkan
penglibatan murid dalam pentaksiran rakan sebaya adalah minimum. Ini kerana guru tidak
memberi peluang kepada murid dalam melakukan pentaksiran rakan sebaya dari segi lisan
mahupun bertulis.
Daripada kajian yang dijalankan oleh Haizah Bukari dan Norazana Awang Kechik (2022)
pula, mendapati murid yang mempunyai latar belakang keluarga, sosioekonomi yang sederhana
dan tahap intelektual yang rendah mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap pengaruh
bahasa ibunda dalam kemahiran bertutur bahasa Melayu. Murid-murid ini didapati kurang
bertutur menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Apabila kurang bertutur
menggunakan bahasa tersebut mereka mengalami kurang kosa kata dan menghadapi masalah
dari segi sebutan.

RUJUKAN
Azhar Ahmad. 2006. Stratergi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan
Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis PHD. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Dayang Sufikawani Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. 2017. Pengaruh Sosial dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
7(1), 78-84
Haizah Bukari & Norazana Awang Kechik. 2022. Pengaruh Bahasa Ibunda Terhadap
Kemahiran Bertutur Dalam Kalangan Murid India di Sebuah Sekolah Rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 12(01) 63-71
Jimain Safar. 2012. Pembinaan Akhlak Berasaskan Rakan Sebaya Sekolah Menengah. Tesis
PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia
Noor Muslieah Mustafa Kamal, Zaharah Hussin, Abdul Muhsien Sulaiman. 2022. Pendekatan
Heutagogi: Persepsi Murid Terhadap Pentaksiran Rakan Sebaya. Al Hikmah. 14(1), 3-
18. Jabatan Asas dan Pendidikan, Universiti Malaya.
Nor’Azian Nahar & Fadzilah. 2018. Tahap Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu
dalam Kalangan Penutur Bukan Penutur Natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 8(1),
74-83.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noraniah Yusuf 2012. Faktor Persekitaran Sosial dan
Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari: An International Journal
(Special Edition): 155-172
Zamri Mahamod. 2021. Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Cetakan Keempat. Bangi:
Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
B) KRITIKAN JURNAL
Tajuk Jurnal: Masalah Dihadapi Oleh Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Pendekatan
Terbeza Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.
Sumber Jurnal: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(01),50-62
Penyelidik: Ain Nur Atika Agus, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

1. Gambaran keseluruhan penulisan jurnal


Jurnal ini berkisar tentang kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam PdP
secara atas talian. Bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(KPM 2013) bahawa semua murid berhak mendapat Pendidikan yang terbaik dan peluang
untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) meskipun murid tidak dapat hadir ke
sekolah. Tambahan pula penularan COVID-19 yang melanda negara telah sedikit sebanyak
mengubah corak PdP dari pembelajaran dua hala dan bersemuka kepada pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR). PdPR ini dilaksanakan sekiranya murid tidak dapat hadir ke
sekolah dalam tempoh tertentu akibat bencana atau sebab-sebab lain dengan kelulusan
pendaftar negeri. Akibat daripada penularan COVID-19, pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Penutupan tersebut melibatkan sektor pendidikan, namun guru masih perlu terus menerus
mendidik murid untuk menguasai Bahasa Melayu meskipun harus melaksanakan PdPR
menggunakan pendekatan terbeza.
Dalam situasi norma baru, guru-guru Bahasa Melayu menyatakan sukar mencari stratergi
yang bersesuaian untuk melaksanakan PdPR. Ini disebabkan oleh setiap murid memiliki
tahap pengetahuan dan penguasaan yang berbeza. Pelaksanaan pedagogi terbeza telah
dimulakan sejak 2018, namun masih terdapat sekolah yang tidak melaksanakannya. Ini
disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pendekatan terbeza dan sikap sebilangan
guru yang sudah biasa mengamalkan kaedah tradisional. Oleh itu, guru perlu sentiasa
menambah pengetahuan tentang pendekatan terbeza supaya murid tidak hilang tumpuan dan
minat semasa PdPR dijalankan.
Penulis tidak menyatakan dengan jelas akan skop dan objektif kajian di dalam penulisan
ini. Penulis hanya menyatakan satu objektif sahaja iaitu kajian ini adalah bertujuan untuk
meneroka dan menganalisis masalah yang dihadapi oleh lima orang guru Bahasa Melayu di
lima buah sekolah menengah di daerah Kemamam, Terengganu. Skop kajian dalam
penulisan ini adalah terlampau meluas dan sukar untuk penulis rumuskan di akhir kajian.
Lokasi yang dipilih adalah hanya tertumpu di daerah Kemamam, Terengganu. Oleh itu, sukar
untuk penulis rumuskan mewakili keseluruhan guru-guru Bahasa Melayu di Malaysia.
2. Penggunaan teori atau model dalam jurnal
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual separa berstruktur untuk
meneroka masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan
pendekatan terbeza PdP secara dalam talian. Seramai lima orang guru Malaysia dipilih secara
rawak bertujuan untuk ditemu bual bagi mendapatkan data kajian. Pelaksanaan temu bual ini
dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi google meet dan perbualan melalui
telifon. Data temu bual yang diperolehi di terjemahkan ke dalam bentuk verbatim. Data
verbatim tersebut kemudiannya dianalisis secara manual dengan melabelkan kod-kod yang
tertentu dan bersesuaian dengan respondan yang terlibat. Seramai dua orang guru pakar
Bahasa Melayu dilantik untuk mengesahkan sama ada tema-tema yang ditemui sesuai atau
sebaliknya.
Penulis tidak merujuk pengkaji terdahulu dalam menggunakan kaedah ini. Tiada sumber
rujukan yang dinyatakan oleh penulis dalam menentukan kaedah yang digunapakai. Penulis
menggunakan kaedah temu bual bersama lima orang guru-guru Bahasa Melayu. Hasil kajian
yang dikeluarkan adalah amat terbatas dan tidak meliputi keseluruhan guru-guru Bahasa
Melayu di Malaysia dan pelajar-pelajar yang berbilang kaum dan taraf hidup. Penulis
menggunakan aplikasi google meet dan perbualan melalui telefon dalam mengumpul data.
Dengan menggunakan aplikasi ini, penulis dapat menjimatkan kos dan masa tanpa perlu ke
lapangan. Walaubagaimanapun, penulis tidak mendapat gambaran secara jelas tentang
suasana di sekolah itu mahupun fasiliti yang ada di sekolah tersebut. Penulis seharusnya
menjalankan lawatan ke sekolah terbabit bagi mendapatkan gambaran secara keseluruhan.
Kajian yang dijalankan hanya tertumpu kepada lima buah sekolah di daerah Kemamam,
Terengganu. Kawasan yang dijalankan terletak jauh dari ibu kota Terengganu. Penulis tidak
menyatakan sebab kawasan tersebut dipilih. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan
gambaran yang jelas berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa
Melayu dalam menjalankan PdPR, kawasan kajian haruslah meluas meliputi desa dan kota.
Ini kerana kemungkinan daerah yang dipilih terdiri daripada keluarga petani ataupun nelayan.
Hasil kajian tidak mengambarkan keseluruhan pelajar-pelajar Bahasa Melayu di Malaysia.

3. Penyampaian data kajian dalam jurnal


Penulis menemui hasil dari analisis data, enam tema utama berkaitan masalah yang dihadapi
oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza sepanjang mengajar
PdPR. Enam tema tersebut adalah i) masalah berkaitan guru, ii) masalah berkaitan murid, iii)
masalah berkaitan alat bantu mengajar (ABM), iv) masalah berkaitan bahan bantu mengajar
(BBM), v) masalah berkaitan kurikulum dan pentadbiran dan vi) masalah berkaitan ibu bapa.
Tema-tema yang dinyatakan telah dipecahkan kepada sub-subtema.
Hasil kajian ini dijadikan dalam bentuk jadual dan dipecahkan kepada tema dan sub-
subtema. Penulis tidak menggunakan sebarang rajah dalam mengintepretasikan hasil kajian.
Sebagai contoh, penulis boleh menggunakan pie chart untuk menilai peratusan masalah-
masalah terbabit dalam membandingkan antara tema dan sub-subtema. Hasil kajian ini telah
menjawab hipotesis awal yang dinyatakan oleh penulis iaitu untuk meneroka dan
menganalisis masalah yang dihadapi oleh lima orang guru Bahasa Melayu di lima buah
sekolah menengah di daerah Kemamam, Terengganu. Hasil kajian ini dirumuskan bahawa
tiga masalah utama dalam menyampaikan PdPR iaitu i) masalah berkaitan bahan bantu
mengajar (BBM), ii) masalah berkaitan kurikulum dan pentadbiran dan iii) masalah berkaitan
ibu bapa.

4. cadangan/ implikasi/ kepentingan kajian dalam jurnal.


Penulis menyatakan berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati guru-guru Bahasa Melayu
menghadapi masalah terhadap pelaksanaan pendekatan terbeza dalam PdPR. Antara masalah
yang wujud adalah berkaitan guru, murid, pentadbiran, ABM, BBM dan ibu-bapa. Masalah
yang wujud ini sedikit sebanyak menjejaskan proses pelaksanaan pendekatan terbeza yang
hendak diterapan dalam PdP terutamanya dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Data yang
dikumpul oleh penulis digunakan untuk menyokong rumusan tersebut. Walaubagaimanapun,
penulisan ini terdapat banyak kekurangan. Penulis tidak menyatakan implikasi dan cadangan
penambahbaikan yang boleh dijadikan panduan. Penulis juga tidak menyatakan sebarang
cadangan kajian lanjutan akan dilakukan.
Tajuk Jurnal: Pengaruh Bahasa Ibunda Terhadap Kemahiran Bertutur dalam Kalangan Murid
India di Sebuah Sekolah Bandar
Sumber Jurnal: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(01),63-71
Penyelidik: Haizah Bukari & Norazana Awang Kechik, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

1) Gambaran keseluruhan penulisan jurnal


Kajian ini dijalankan bertujuan melihat pengaruh bahasa ibunda dan ciri-ciri komunikasi
terhadap kemahiran bertutur dalam kalangan murid india di sebuah sekolah rendah di daerah
Sitiawan, Perak, Darul Ridzuan. Kumpulan sasaran terdiri daripada enam (6) orang murid India
tahun tiga (3). Prosedur pengumpulan data yang digunakan ialah senarai semak pemerhatian dan
rakaman audio sewaktu temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesalahan utama dikenal
pasti sewaktu berkomunikasi ialah penukaran kod Bahasa, penambahan partikal ‘lah’ pada akhir
ayat, pembentukan ayat dalam bahasa ibunda mereka, pengguguran sendi nama dalam ayat
Bahasa Melayu, penggantian fonem vokal daripada Tamil ke Bahasa Melayu dan pengulangan
ayat sewaktu berkomunikasi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur
dalam kalangan murid India, iaitu gangguan persekitaran dan gangguan bahasa ibunda. Oleh itu,
murid-murid India perlu didedahkan dengan kemahiran bertutur secara tidak formal dalam
kehidupan seharian, galakan daripada guru untuk melibatkan diri dengan interaksi secara
langsung dalam aktiviti seharian dan menggalakkan murid bertutur menggunakan Bahasa
Melayu di luar kelas.
Penulis menyatakan secara telus di dalam jurnal ini tentang permasalahan dan objektif
kajian yang ingin dicapai. Ini memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan jurnal.
Penulis menerangkan tentang kepentingan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar selaras dengan Akta Pendidikan 1996 yang perlu dicapai melalui satu
sistem pendidikan kebangsaan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KPM 2003)
menggariskan tiga kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah
rendah. Kemahiran tersebut adalah kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. Penulis menggunakan rujukan dari Zamri Mahamod (2021) dalam Psikolinguistik dan
Pengajaran Bahasa yang menyatakan bahawa isu bahasa tidak pernah lekang bermula daripada
laporan Fenn Wu (1951) hinggalah wujudnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010
(KPM 2006) dan Pelan Pendidikan Malaysia 2013-225 (KPM 2013). Hal ini menunjukkan
kerajaan tidak permah mengabaikan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini.
Penulis turut menyenaraikan objektif bagi kajian ini iaitu i) meneroka pengaruh bahasa ibunda
terhadap kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid India dan ii) menganalisis
kesalahan bahasa murid-murid India ketika bertutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (B2)
2) penggunaan teori atau model dalam jurnal.
Penulis mengunakan kaedah kualitatif dalam mencapai objektif dan matlamatnya. Penulis
menumpukan kepada penulisan kajian bedasarkan teori asas dan menerapkan data kajian
berdasarkan teori yang dipilih. Penulis memilih sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SJKT)
yang terletak di kawasan bandar. Penulis merujuk kepada Cresswll, J.W. (2008) dalam
Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative
Research dan memilih lokasi ini berdasarkan kriteria ‘multicase single site’ iaitu satu tempat
yang mempunyai dua perkara atau masalah yang ingin dikaji.
Penulis memilih 6 orang peserta kajian berketurunan India Tahap 1 di SJKT daerah
Manjung, berumur Sembilan tahun, peserta dipilih berdasarkan latar belakang, latar
sosioekonomi dan tahap intelektual murid. Pengkaji mendapati tahap penguasaan kemahiran
bertutur mereka masih di tahap yang baik, sederhana dan lemah. Peserta juga mempelajari
bahasa ibunda iaitu bahasa Tamil di sekolah. Secara tidak lansung akan mempengaruhi
pertuturan apabila beralih kepada pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.
Penulis menggunakan kajian Arulnathan (2013) Analisis kesilapan dalam pembelajaran
Bahasa Melayu sebagai B2 oleh murid India dalam menyediakan senarai semak pemerhatian
berstruktur dan dibina berdasarkan aspek-aspek dan kriteria yang hendak diperhati. Pemerhatian
dilakukan ketika pengkaji sedang mengajar. Namun begitu, pengkaji tidak dapat menjadi
pemerhati setiap masa kerana perlu berhubung sepenuhnya dengan proses PdP. Oleh itu,
pengkaji perlu membuat catatan refleksi sebelum memindahkan maklumat yang diperoleh dalam
senarai semak pemerhatian selepas sesi persekolahan.
Pengkaji juga menggunakan instrument temu bual separa berstruktur. Protokol temu bual
ini dibina mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan objektif kajan. Instrument kajian
menggunakan kaedah temu bual merupakan instrumen yang penting dan mempunyai kesahan
yang tinggi kerana pengkaji dapat memperoleh maklumat terus daripada peserta kajian. Pengkaji
juga menggunakan telefon pintar sebagai instrumen kajian. Hasil rakaman tersebut boleh
dianalisis oleh pengkaji untuk tujuan kajiannya. Rakaman video akan menerangkan semua
aktiviti yang berlaku dan boleh diulang tayang secara kerap untuk mendapatkan maklumat yang
jelas. Data temu bual tersebut dijadikan dalam bentuk verbatim dan dianalisis untuk dijadikan
transkrip.
Penulis juga menggunakan kaedah pemerhatian di dalam kelas bagi tujuan senarai semak.
Semasa pemerhatian, pengkaji membuat beberapa catatan penting ketika PdP sedang berlansung
di dalam kelas. Hal ini memudahkan pengkaji untuk tidak terlepas pandang maklumat yang ingin
diperoleh. Selepas sesi PdP, pengkaji akan memindahkan catatan maklumat tersebut di dalam
senarai semak pemerhatian. Pengkaji turut membuat proses penyaringan data. Proses ini
bertujuan untuk mengurangkan data dengan memilih dan mengasingkan data yang kurang
relevan. Proses ini melibatkan aktiviti meringkaskan, memilih dan Menyusun data dalam bentuk
tertentu untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantu proses membuat keputusan.
Teknik penganalisan data temubual yang pengkaji gunakan ialah melalui transkrip audio suara
kepada teks. Pengkaji menggunakan telefon pintar untuk merakam setiap temu bual bersama
peserta. Sebanyak tujuh soalan dikemukakan kepada peserta.
Kesimpulannya, pengkaji menyatakan secara jelas setiap langkah yang digunakan dalam
penghasilan kaedah kajian ini. Pengkaji turut merujuk kepada kajian terdahulu dalam merangka
kaedah kajian ini. Pengkaji turut menggunakan senarai semak pemerhatian bagi memastikan data
yang diterima benar dan tepat. Seterusnya, pengkaji turut menggunakan telefon pintar sebagai
instrumen kajian kerana instrumen ini boleh diulang tayang supaya tiada maklumat yang
tertinggal.

3) Penyampaian data kajian dalam jurnal


Pengkaji mendapati murid yang mempunyai latar belakang keluarga, sosioekonomi yang
sederhana dan tahap intelektual yang lemah mempunyai kecenderungan yang tinggi kepada
pengaruh bahasa ibunda dalam kemahiran bertutur Bahasa Melayu. Contohnya, murid kaum
India didapati seringkali menambah partikel ‘lah’ pada akhir ayat atau hujung unjuran atau ayat
penyata. Murid kaum India juga sering melakukan kesalahan frasa nama diletakkan di tengah
atau akhir hayat ketika bertutur, melakukan kesalahan pengguguran sendi nama dalam ayat
bahasa melayu dan kesalahan penggantian fonem vokal daripada bahasa Tamil ke bahasa
Melayu.
Pengkaji menggunakan jadual dalam mengolah hasil kajian ini. Penggunaan jadual
adalah bersesuaian kerana dapat menekankan maklumat yang ingin diketengahkan di dalam
jurnal ini. Hasil dari kajian ini telah menjawab objektif kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji.
Secara keseluruhan, pergaulan seharian sesama mereka menyebabkan tiada fungsi bahasa
Melayu bagi mereka. Pengkaji turut membandingkan dapatan kajian yang mereka perolehi
adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Dayang Sufikawany dan Wan Muna Ruzunna
(2017) serta Chew Fong Peng dan Abdul Jalil (2008).

4) cadangan/implikasi/kepentingan kajian dalam jurnal


Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan untuk meluaskan kajian ini iaitu kajian pada
masa akan datang perlu diperluas kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina bagi melihat situasi yang sama berlaku di sekolah-sekolah tersebut. Pengkaji
juga turut mencadangkan supaya pada masa akan datang penyelidik tidak hanya tertumpu kepada
aspek pertuturan murid tetapi menyelidik dari aspek morfologi dan sintaksis. Murid perlu
didedahkan dengan kemahiran bertutur secara tidak formal dalam kehidupan eharian dan murid
bukan penutur natif perlu dibiasakan dengan bertutur menggunakan bahasa Melayu secara
informal di sekolah mahupun di rumah.
Tajuk Jurnal: Pengilaian Pelaksanan Kurikulum Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan
Sumber Jurnal: Jurnal Pendidikan Malaysia 44(2)(2019):41-52
Penyelidik: Chew Fong Peng & Sivabalan Tanggayah

1) Gambaran keseluruhan penulisan jurnal


Di Sekolah Kebangsaan, bahasa Tamil adalah satu mata pelajaran elektif yang menjadi pilihan
murid-murid untuk dipelajari dan bukanlah mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat UPSR.
Justeru penilaian bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan hanya boleh dibuat menerusi peperiksaan
yang diadakan pada peringkat sekolah atau digelar pentaksiran berasaskan sekolah. Oleh itu,
kajian kuantitatif ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan berdasarkan tiga dimensi, iaitu input, proses dan produk. Seramai 93 orang murid
daripada enam buah Sekolah Kebangsaan di daerah Gombak, Selangor yang menjalani program
bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan telah terlibat dalam kajian. Soal selidik dan ujian telah
digunakan sebagai instrument. Dimensi penilaian input menunjukkan aspek kesesuaian buku teks
diberi penilaian tahap tinggi, dimensi penilaian produk menunjukkan aspek pengajaran guru
diberi penilaian tahap tinggi, manakaa dimensi penilaian produk menunjukkan tahap pencapaian
murid adalah berada pada tahap yang sederhana dan memuaskan. Didapati juga bahawa faktor
jantina, pendapatan keluarga dan penggunaan bahasa murid-murid di rumah didapati tidak
mempengaruhi tahap pencapaian bahasa Tamil murid-murid kajian. Dapatan mengimplikasikan
bahawa buku teks boleh ditambah baik dengan merujuk kepada kemahiran-kemahiran yang perlu
dipelajari dan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi memudahkan murid-murid menguasai bahasa secara
optimum.
Pengkaji menyatakan secara jelas akan tujuan dan objektif yang ingin dikaji. Pembaca
dapat memahami akan tujuan utama perlunya penilaian bahasa Tamil diadakan semula. Apabila
membaca jurnal ini, para pembaca dapat pelbagai info tentang cabaran dalam pengajaran bahasa
Tamil di Sekolah Kebangsaan. Ini penting untuk memastikan sistem pendidikan yang baik dapat
diwujudkan. Oleh itu, kurikulum yang telah dilaksanakan perlulaj dinilai semula sama ada
objektif yang telah digariskan telah tercapai.

2) Penggunaan teori atau model dalam jurnal


Pengkaji menggunakan model CIPP oleh Stufflebeam et. al (1971) dalam menjalankan
penyelidikan ini. CIPP merujuk kepada konteks, input dan produk. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan dimensi input iaitu kesesuaian isi kandungan buku teks, dimensi proses iaitu
proses pengajaran guru dan dimensi produk ujian pencapaian dalam menambah baik pelaksanaan
BTSK peringkat sekolah rendah. Pengkaji menggunakan model ini kerana bersesuaian dengan
fokus kajian pengkaji iaitu untuk menambah baik pelaksanaan program BTSK. Pengkaji juga
turut merujuk kepada kajian-kajian lepas seperti Chew dan Yong (2013), Fadly (2013),
Mohammad Aliabakri dan Marzieh (2013) mengaplikasikan model CIPP untuk menilai
kurikulum subjek bahasa Cina di sekolah-sekolah menegah negeri Selangor, kurikulum bahasa
Inggeris di sekolah Junior High School (SMP) di Riau, Indonesia dan program Sarjana Sastera
pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (TEFL) di Universiti Ilam,
Iran.
Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan ujian.
Enam buah Sekolah Kebangsaan telah dipilih secara rawak daripada 53 buah sekolah yang
berada di daerah Gombak. Sampel kajian telah dipilih menggunakan teknik persampelan
kelompak. Respondan kajian terdiri daripada semua murid tahun enam yang sedang mempelajari
bahasa Tamil di sekolah-sekolah yang dipilih. Jumlah peserta adalah seramai 93 orang yang
terdiri daripada Melayu (1), Cina (2), India (87), lain-lain (3). Ini menunjukkan pengkaji telah
memilih respondan yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengikuti pembelajaran bahasa
Tamil.
Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik murid dan ujian pencapaian
bahasa Tamil. Instrument soal selidik telah dibentuk berdasarkan soal selidik kajian terdahulu
khususnya kajian pelaksanaan kurikulum oleh Gunasegaran (2014). Soalan-soalan dalam
instrumen yang dibina berdasarkan objektif kurikulum matapelajaran bahasa Tamil tahun 6 yang
telah ditetapkan. Soalan tersebut merangkumi simpulan bahasa, peribahasa, perumpamaan,
imbuhan dan kata berganda.
Pengkaji telah menjalankan ujian rintis di dua buah sekolah yang melibatkan 30 orang
pelajar. Kebolehpercayaan yang didapati menunjukkan nilai 0.781 Cronbach’s Alpha
keseluruhan. Pengkaji merujuk kepada Bon dan Fox (2015), nilai Cronbach’s Alpha melebihi
0.70 menunjukkan instrument yang digunakan itu baik dan boleh diterima. Oleh itu pengkaji
menyatakan kajian ini adalah kekal dan boleh diteruskan dalam kajian yang sebenar.

3) Penyampaian data kajian dalam jurnal


Pengkaji menggunakan nilai purata dan peratusan dalam menyatakan data yang diperolehi
seperti bagi analisis penilaian kandungan buku teks yang mewakili dimensi input. Sebanyak
78.5% bersetuju buku teks menggunakan grafik, gambar dan perkataan warna warni yang
menarik minat dan perhatian murid-murid untuk belajar. Pengkaji juga membandingkan hasil
kajian yang diperoleh dengan kajian terdahulu iaitu kajian Mat Rasid Ishak (2014) dalam Kajian
Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) dan mendapati dapatan kajian
ini adalah bertentangan dengannya. Dalam kajian Mat Rasid Ishak menyatakan bahawa isi
kandungan pelajaran PEKA adalah kurang berkesan dan diberi penilaian negative. Ini
disebabkan ada kemahiran yang tidak difahami disebabkan istilah yang digunakan. Hasil kajian
ini menyatakan secara purata nilai min 3.88 dan sp 1.16. iaitu kandungan buku teks
mengandungi kesesuaian dalam membantu pelaksanaan kurikulum Bahasa Tamil di Sekolah
Kebangsaan.

4) Cadangan/implikasi/kepentingan kajian dalam jurnal


Pengkaji menyimpulkan bahawa faktor jantina, pendapatan keluarga dan penggunaan bahasa
murid-murid di rumah tidak mempengaruhi tahap pencapaian bahasa Tamil murid-murid kajian.
Implikasi kajia ini menunjukkan bahawa buku teks merupakan aset penting dalam kejayaan
kurikulum. Pengkaji memberi cadangan supaya isi kandungan buku teks Bahasa Tamil perlu
dikaji semula dengan meneliti kepada kesesuaian dan kuantiti kemahiran yang diperlukan untuk
murid-murid Tahun 6 supaya dapat membantu guru-guru mengoptimumkan penggunn bahasa
Tamil disamping murid-murid turut selesa dengan kemahiran yang dipelajari. Pengkaji juga
menyatakan penambahbaikkan pada proses pengajaran guru dengan menyediakan pedagogi yang
berkesan dapat mencapat matlamat pendidikan.
C) ULASAN BUKU
Alis Puteh, PROFESION KEGURUAN Peranan Etika Kerja Dalam Mendisiplinkan
Pelajar. Universti Utara Malaysia Sintok,2016, 112 halaman. ISBN 978-967-0876-58-0

Pengulas: Nurul Aida Binti Mohd Ghazali


P123910@siswa.ukm.edu.my

Dalam bab 1, buku ini memfokuskan kepada konsep dan ciri-ciri profesion. Profesion perguruan
merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan peranan, tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti
guru. Dalam bab ini juga membincangkan peranan etika kerja dalam bidang perguruan,
hubungan karakter guru dengan moral pelajar, teori ‘modeling; dan sunah dalam islam. Guru
berperanan penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral pelajar agar menjadi insan yang
cemerlang dan mampu bergaul dengan masyarakat setempat. Dalam bab ini turut menerangkan
tentang etika kerja guru iaitu satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu
bapa, diri, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Oleh itu, guru harus menjalankan tugas tanpa
melanggar etika kerja ini. Dalam mendidik pelajar, guru harus menjadi role model atau idola
dengan menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar seperti dalam berpakaian, pertuturan dan
menunjukkan tingkah laku yang mulia. Dalam bab ini juga menerangkan teori peragaan
(modelling) barat iaitu Pendidikan moral, dialog, amalan dan pengesahan.

Bab 2 menceritakan tentang konsep dan kepentingan etika dalam profesion keguruan
serta beberapa usaha yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk menerangkan
kepentingan etika kepada para guru dan seterusnya untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti.
Antara usaha yang dibuat ialah memperkenalkan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kod Etika Profesion Keguruan Malasia, Tonggak 12, Tatasusila Profesion Keguruan, Peraturan
dan Undang-Undang dan Standard Guru Malaysia. Penulis menyatakan sekiranya semua guru
memiliki nilai dan etika yang tinggi, masalah seperti pengajaran dan pembelajaran yang tidak
berkesan, ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya tidak akan timbul dan
akan lahir budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti dan berkualiti.
Dalam bab 3 menceritakan tentang kepentingan perwatakan guru dalam mengubah
tingkah laku pelajar. Guru merupakan kunci kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan yang
merangkumi tanggungjawab dalam menyediakan persekitaran kelas yang kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran, memupuk sifat kepimpinan, membina hubungan dengan murid
dan menjadi teladan kepada mereka. Perbincangan dilakukan berdasarkan kesan kepimpinan
guru, hubungan guru dan murid, tingkah laku dan imej guru dan guru sebagai teladan kepada
murid. Penulis menyatakan, kajian yang dijalankan oleh Mohd Ismail (2006), guru memang
boleh membawa perubahan kearah tingkah laku yang baik kepada pelajar sekiranya guru
memainkan peranan dengan berkesan. Guru merupakan kunci kepada pengurusan bilik darjah
dengan menjadi orang dewasa terpennting dalam bilik darah. Dengan pengurusan bilik darjah
yang berkesan, akademik dan kemahiran mengajar, hubungan interpersonal, imej dan reputasi
dapat diuruskan dengan baik. Guru yang mempunyai kepimpinan yang baik dapat memupuk
sikap bantu-membantu ibu bapa dan meyakinkan mereka bahawa guru dapat memberi perhatian
dan mendidik anak mereka dengan baik.

Dalam bab 4 memberi penekanan kepada hubungan tingkah laku murid-murid seperti
masalah disiplin dan bagaimana guru perlu menanganinya. Masalah disiplin murid masa kini
amatlah kompleks sikapnya. Ini kerana ada pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Antara
faktor tersebut ialah pembelajaran dan pengajaran yang kurang berkesan, cara didikan ibu bapa,
masalah kecelaruan rumah tangga, pengurusan sekolah yang kurang mantap dan sebagainya.
Dari tahun 2003-2007, terdapat beberapa masalah disiplin yang meningkat dalam sekolah.
Antaranya kes ponteng sekolah, kes buli, kes kelucahan dan kes jenayah. Justeru itu dalam
menanganinya masalah ini, guru harus lebih berusaha untuk memahami sikap dan peribadi
murid, merangka pembelajaran yang seronok dan sesuai dan berkomunikasi dengan baik antara
mereka. Penulis turut menyenaraikan faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid antaranya:
i) perkembangan tumbesaran murid, ii) kekecewaan dan hampa dengan pembelajaran, iii) latar
belakang keluarga yang bermasalah, iv) pengaruh rakan sebaya, v) personaliti murid itu sendiri,
vi) guru yang mempunyai masalah peribadi. Penulis mencadangkan kaedah 5C dalam mengurus
tingkah laku murid iaitu: i) care, ii) commitment, iii) cooperation, iv) consensus dan v) creativity

Bab 5 menghuraikan beberapa syarat yang perlu dimiliki oleh guru dalam usaha
memenuhi keperluan murid. Selain itu, bab ini menceritakan Model Tingkah Laku Rasullullah
SAW. Model ini mempunyai akhlak Rasullullah yang boleh dicontohi oleh para guru. Antara
syarat yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah; i) mengetahui peranan, tanggungjawab dan
tugas mereka sebagai seorang pengajar, ii) mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap
pelajarnya, iii) bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan, iv) mempunyai
sikap ingin membantu dan menolong orang lain, v) mempunyai sikap mengambil berat terhadap
orang lain. Penulis menyatakan guru-guru haruslah memahami dan menghayati akhlak-akhlak
mulia Rasullullah SAW dalam menjadikan panduan dan ikhtibar. Antar akhlak baginda ialah; i)
tawaduk dan merendah diri, ii) mampu menahan kemarahan, iii) suka memberi nasihat dan
menjawab kemusykilan, iv) membantu meringankan bebanan orang lain, v) merintis dan
menunjukkan jalan kebaikan.

You might also like