You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA PENYARAI,TATAU

Sungai Kakus, 97200 Tatau,


Bintulu, Sarawak.
wak
email sekolah: sekolah-8761@moe-dl.edu.my
No Telefon: 019-4898805
_____________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKNP. 100-13/1/4( )
Tarikh : 26 Januari 2023

Kepada,

Yang Berhormat Tuan Edwin Banta


Ahli Parlimen P.214 Selangau

Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.214 Selangau,


Pekan Tatau, 97200 Tatau, Bintulu.

Yang Berhormat,

Memohon Sumbangan Peruntukan Dana Untuk Tujuan Pendidikan / Aktiviti-Aktiviti


Dan Program-Program Sekolah Sepanjang Tahun Sesi 2023/2024

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Yang Berhormat, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK
Nanga Penyarai sebulat suara untuk memohon sumbangan peruntukan untuk tujuan
pendidikan / aktiviti-aktiviti dan program-program sekolah.

3. Justeru itu, pihak PIBG SK Nanga Penyarai amat berbesar hati sekiranya pihak Yang
Berhormat dapat menghulurkan sumbangan tersebut.

4. Kerjasama serta keprihatinan daripada pihak Yang Berhormat didahului dengan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

------------------------------------------------------
( JACKSON LINANG ANAK NANGGAI )
Setiausaha PIBG
SK Nanga Penyarai

sk:
1. Penasihat PIBG – Encik Ngalambong Anak Baring-Guru Besar
2. Fail PIBG

You might also like