You are on page 1of 4

BIDANG: SENI HALUS

TAJUK 3 – SENI CATAN


1. Catan ialah proses menggambar dengan menggunakan media basah yang disapu ke atas pelbagai
permukaan dua dimensi (2D) seperti kanvas, kertas atau kayu.

Sejarah Perkembangan Seni Catan


1. Perkembangan seni catan dalam tajuk ini merangkumi jangka masa antara tahun 1930-an hingga 1950-an,
iaitu zaman sebelum merdeka dan awal merdeka.
2. Seni catan cat air di Malaysia dipercayai berkembang seawal tahun 1930-an.
3. Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang menjadi perintis kepada seni catan moden Malaysia.
4. Karya cat air mereka ketika itu terpengaruh dengan gaya aliran impresionisme yang menggambarkan
pemandangan alam semulajadi dan aktiviti kehidupan seharian.

PELUKIS-PELUKIS CATAN DI MALAYSIA

. Abdullah Ariff Yong Mun Sen Ibrahim Abu@A.B. Ibrahim Khaw Sia

Pokok Mengkuang, The Harvesters, 1948, Fishing Village, 1958, Bunga canna, 1940,
Bukit Mertajam, cat air cat air cat air
1950, Cat air
Karya Catan Pelukis Tempatan

1. Kemunculan pelukis-pelukis tanah air telah merancakkan lagi perkembangan seni catan di negara ini.
2. Mereka tidak mengehadkan penggunaan cat air semata-mata, sebaliknya menggunakan bahan lain
seperti cat minyak, fresko, cat tempera, cat akrilik dan media campuran.
3. Cat minyak ialah cat yang mengandungi minyak pengering (drying oil ) yang berfungsi untuk
mendapatkan kepekatan.
4. Cat akrilik pula ialah sejenis cat sintetik yang berasaskan air.

Contoh-contoh karya seni catan pelukis tempatan

Syed Ahmad Jamal, Joget, 1957, cat minyak Zakariah Noor, Membina Perahu, 1956, cat air

Tay Hooi Keat, Pengayuh Beca, Saigon,


1959, media campuran

Chuah Thean Teng, Pergi Ke Pasar, 1959, batik


LATIHAN
1. Kebanyakan pelukis awal cat air terpengaruh dengan aliran
A realisme B kubisme C impresionisme D ekspresionisme

2. Siapakah pelukis cat air yang gemar menjadikan bunga orkid sebagai tema karyanya?
A Khaw Sia B Kuo Ju Ping C Yong Mun Sen D Abdullah Ariff

3. Apakah itu cat akrilik?


A Cat yang dicampur dengan air
B Cat sintetik yang berasaskan air
C Cat daripada sumber alam semula jadi
D Cat yang dihasilkan daripada minyak
GAMBAR TAJUK 3 – SENI CATAN

GAMBAR TAJUK 3 – SENI CATAN

You might also like