You are on page 1of 11

TOKOH RESIS TEMPATAN

DATUK CHUAH THEAN TENG


Berasal dari Fukien, China. Berhijrah ke Malaya pada tahun 1932, menetap di Pulau Pinang sejak tahun 1936. Dikenali sebagai Bapa Lukisan Batik di Malaysia. Teng adalah generasi pertama dan pelopor kepada catan batik di Malaysia

Teng

menjadi terkenal di mata dunia pada tahun 1968, apabila lukisannya yang bertajuk Two of a Kind dipilih oleh UNICEF untuk menghiasi kad ucapan. 20 tahun kemudian, lukisannya Tell you a secret, sekali lagi terpilih oleh UNICEF. Pada tahun 1977, beliau merupakan satu-satunya artis Malaysia yang dijemput ke pameran Commonwealth Artists of Fame di England.

Pada tahun 1965, beliau menerima Diploma of Merit di pameran First International Art Exhibition di Saigon, Vietnam. Kerana sumbangannya yang besar terhadap dunia seni, beliau telah dianugerahkan pingat AMN oleh kerajaan Malaysia. Hasil seninya mendapat liputan media cetak yang amat luas tidak kira media tempatan maupun di peringkat antarabangsa.

Kecenderungan beliau ialah terhadap batik lukis yang banyak berunsurkan keindahan alam budaya masyarakat tempatan. Karya-karya batiknya menampakkan ciriciri formal seperti kesan keretakkan dan penggunaan garis luar yang padu. Kebanyakkan karya beliau dipenuhi dengan imej figura manusia yang jinjang, tinggi lampai, berisi lagi berotot. Kesan keretakkan sangat jelas diperlihatkan menyaluti permukaan karya, ianya membentuk garis-garis halus yang menyatukan keseluruhan imej agar nampak padu.

Karya seni batik Teng adalah bersifat experimentasi dan eksplorasi, yang dipelbagaikan mengikut kehendak pelukis dan pengkarya. Beliau gemar memilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian masyarakat untuk penghasilan karya batik. Tema-tema inilah yang menjadi penggerak kepada eksplorasi dan eksperimentasi formal media batik ke arah seni lukis moden.

Ciri-ciri formal batik terdiri daripada: 1. Pilihan warna-warna yang cerah, garang dan meriah serta bersifat dekoratif. 2. Kesan-kesan tidak terancang seperti kesan keretan dan kemerkahan di permukaan karya yang menghasilkan imejimej yang indah dan dramatik. Unsur-unsur ini berupaya melukiskan keindahan alam tempatan serta keharmonian hidup samada dalam pengucapan visual yang mujarad atau semi mujarad. Catan batik berkembang dalam industri seni lukis Malaysia dalam dekad 50an menerusi karya-karya Datuk Chuah Thean Teng.

Antara hasil-hasil seni karyanya:

Two of A Kind Batik 1965

SELF POTRAIT Batik

WAITING Batik

TWO WOMEN AND THE COW BATIK 1988

SEKIAN
DAN TERIMA KASIH

You might also like