You are on page 1of 9

SK SERI CEMPAKA

BANDAR SEBERANG PERAK


36800 KAMPONG GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN.
___________________________________________________________________________

KERTAS KONSEP

SAMBUTAN
HARI SUKAN NEGARA

PERINGKAT SEKOLAH
1.0       NAMA PROGRAM
Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2018. 
 
2.0 PENGENALAN
Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan
budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat
secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

  Oleh sebab itu, hasil Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2015 telah bersetuju
dengan memorandum daripada Menteri Belia dan Sukan, pelaksanaan Sambutan Hari
Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 13 Oktober 2018
(Sabtu).
 
3.0 RASIONAL
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua
bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu
inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif
didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai
sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
 
Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari
dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2018 ini, sambutan Hari
Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan
setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan
Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.
Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya
akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan
kecergasan pada hari berkenaan.
 
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan \
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar
40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan
melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu
menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.
 
4.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini para peserta akan dapat:
4.1       Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat,
4.2       Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan peserta, dan ibubapa dengan
ahli jawatankuasa penganjur,
4.3       Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta,
4.4       Membentuk peserta agar sentiasa berfikiran positif,
4.5       Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
4.4       Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing – masing,
4.5       Melahirkan nilai – nilai murni dalam diri seperti kerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
 
5.0 TARIKH         

TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 13 Oktober 2018 (Sabtu)
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka
Masa : 8.00 pagi

          
6.0 KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 6 SK Seri Cempaka.


 Ibu bapa murid.
 Guru-guru dan Staf-staf Sekolah

7.0 LOKASI

1. Padang Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI
En. Razali Bin Mohamed Nappi
(Guru Besar)
 
TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Hjh Dzafilzah Bt Mohd Daud
(Penolong Kanan Kokurikulum)
 
NAIB PENGERUSI 1
Pn. Hjh Zainun Bt Zainullah
(Penolong Kanan Pentadbiran)
 
NAIB PENGERUSI 2
En. Kamarulnizam Bin Marzuki
(Penolong Kanan Hal Ehwal murid)

NAIB PENGERUSI 3
En. Jamaluddin Bin Alias
(Yang Dipertua PIBG)
 
SETIAUSAHA SUKAN
En. Mohamad Amin Bin Man
 
NAIB SETIAUSAHA SUKAN
En. Rosli Bin Ali

BENDAHARI
Pn. Asmanizam Bt Mat Zain
 
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH

BIL AHLI NAMA BIDANG TUGAS


JAWATANKUASA
1. PENGERUSI En. Razali Bin Mohamed Nappi  Mengetuai jawatankuasa
TIM.PENGERUSI Pn. Hjh Dzafilzah Bt Mohd Daud untuk merancang dan
N. PENGERUSI 1 Pn. Hjh Zainun Bt Zainullah melaksanakan program.
En. Kamarulnizam Bin Marzuki  Bertanggungjawab untuk
N. PENGERUSI 2
memantau perjalanan
N. PENGERUSI 3 En. Jamaluddin Bin Alias program.
2. PENYELARAS En. Mohamad Amin Bin Man  Bertanggungjawab
memastikan perjalanan
program dilaksanakan
mengikut perancangan.
3. SETIAUSAHA En. Mohamad Amin Bin Man  Menyediakan dan
menyiapkan kertas kerja
program.
 Menyediakan dan
menyiapkan segala jenis
surat yang diperlukan oleh
jawatankuasa kerja untuk
perjalanan program.
 Mencatat minit mesyuarat
dan menyiapkan laporan
mesyuarat.
 Mengambil alih tugas
pengerusi atau timbalan
pengerusi sekiranya mereka
tidak dapat menghadirkan
diri.
4. BENDAHARI Pn. Asmanizam Bt Mat Zain  Bertanggungjawab untuk
membuat perjalanan akaun
program.
 Menyedikan kewangan
untuk membeli hadiah
pertandingan.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

BIL AJK KERJA NAMA BIDANG TUGAS


1. Pendaftaran 1. PN. IKLIL YAMNA BT ZULKIFLI  Menyediakan borang
2. PN. NAZATUL SHIMA BT pendaftaran program untuk
MOHAMAD semua murid, guru dan staf.
 Menyediakan meja pendaftaran
3. PN. ZI BT YONG
di bahagian belakang dewan.
4. PN. NOOR RAHIMAH BT KHUDZIR  Mengambil kehadiran peserta
program.
 Menyerahkan borang kehadiran
yang lengkap kepada
jawatankuasa dokumentasi.
2. Keselamatan/ 1. EN. MOHD SAFARI B. ABD KADIR  Memastikan guru berada
Kawalan Murid 2. EN. MOHD ZUBAIDI B. YAACOB bersama murid dan disiplin
3. PN. HJH LAILAWATI BT PANJANG murid berada dalam keadaan
AHMAD terkawal semasa program
4. PN. AMINAH BT MD SAID berlangsung.
 Memastikan murid-murid
berada di tempat yang
ditetapkan semasa program
dijalankan.
3. Flyer 1. EN. MOHAMAD AMIN BIN MAN  Mendapatkan maklumat
perjalanan program.
 Menyediakan flyer yang sesuai
dengan program.
4. Perakam Peristiwa 1. CIK INTAN HASREENA BT  Merakam gambar sepanjang
ZAINUDDIN program berlangsung.
 Menyerahkan gambar kepada
jawatankuasa dokumentasi.
5. Hadiah/Sijil 1. PN. SHAFINAZ ZURIATIE BT ABD  Berbincang dengan GPK
MUNIR Kokurikulum dan membeli
2. PN. NORIZAN BT MAT ZAIN hadiah.
3. PN. ZULAIKHA BT DARUSSALAM  Menyusun hadiah mengikut
4. PN. MAIZATULFITRI BT tentatif program.
KAMARUDDIN  Menyediakan sijil kepada
5. PN. SALMI BT SAMINGAN peserta program.
 Bertanggungjawab menyedia
dan menyimpan alas meja
hadiah dan dulang hadiah.
6. PA Sistem 1. EN.MOHD SYAMIM B. ARIFIN  Memastikan peralatan audio
2. EN. MOHD AZMI B. MA RASHID berfungsi dengan baik.
 Memasang peralatan audio
lebih awal.
 Memainkan lagu-lagu yang
bersesuaian sebagai selingan
semasa pertandingan Mewarna
dan Poster dijalankan.
 Bertanggungjawab mengambil
dan menyimpan peralatan
audio dengan selamat.
7. Makanan dan 1. PN. NORANIZAN BT BAHAUDIN  Memastikan makanan dan
Minuman 2. PN. NORAZILA BT AB RASHID minuman disediakan untuk
3. PN. ROZIHAN BT MOHD RUSHDI peserta program.
4. PN. KALSOM BT MAT  Memastikan semua murid
berada di kantin semasa rehat.
8. Pengacara Program 1. CIK ANIS MUNIRA BT ABD  Memastikan program berjalan
RAHMAN dengan lancar.
 Pengendalian program yang
menarik dan menghiburkan.
 Menyampaikan maklumat
terkini dari semasa ke semasa.
9. Senamrobik/ 1. PN.FATHIATUN BT NORHAN  Menyediakan video yang
Sukaneka/ 2. PN. AMINAH BT TAJUDDIN bersesuaian dengan program.
Permainan 3. PN. SAADIAH BT OSMAN  Menyediakan peralatan
4. PN. NOR HALIZA BT SIDEK sukaneka/ permainan sebelum
5. EN. ROSLI B. ALI program bermula.
6. EN. MOHD NASIR B. YUSOF  Mengendalikan acara
7. EN. AHMAD KAMIL B. ABD sukaneka/ permainan dengan
RAHMAN baik.

10. Hakim 1. PN.HJH DHAFILZAH BT MOHD  Menjadi hakim pertandingan


DAUD acara sukaneka, Pertandingan
2. PN. HJH ZAINUN BT ZAINULLAH Merwarna dan Melukis Poster .
3. EN. KAMARULNIZAM B.  Menyerahkan keputusan
MARZUKI sukaneka dan pertandingan
kepada pengacara program.
11. Persiapan Tempat/ 1. PN. HJH NURUL HIDAYAH BT  Menyusun kerusi di tepi dewan.
Kebersihan HARAMAINI.  Mengemas semula dan
2. CIK DINESIRY A/P INDIRAN membersihkan dewan selepas
3. PN. NAJIBAH BT AS’ARI program selesai.

12. Dokumentasi EN. MOHAMAD AMIN BIN MAN  Membuat laporan


(dokumentasi) program dengan
lengkap dan sempurna.

9.0KEWANGAN

9.1PENDAPATAN

Bil Perkara Kuantiti Amaun (RM)


1. Sumbangan PIBG
2 Peruntukan Kokurikulum (BKK)

Jumlah
9.2PERBELANJAAN

Bil. Perbelanjaan Kuantiti Amaun Peruntukan


1. Pentas senamrobik
Sukaneka
2. Tahap 1 :

Tahap 2 :
Bola Sepak

Bola Jaring

Bola Tampar

Pertandingan sempena
Hari Sukan Negara
Tahap 1 :
Pertandingan Mewarna
Tahap 2 :
Melukis Poster
3. Jamuan Pelajar Senamrobik
4. Hamper Penceramah
5. Roti Gardenia + air kotak
Jumlah
 
10.0    TENTATIF PROGRAM

7:30—8:00 Pagi — Pendaftaran


8:00—9:00 Pagi — Senamrobik
9:00—9:30 Pagi — Perasmian Pelancaran
- Permainan antara Guru
9:30—10.30 Pagi — Larian Sihat
10:30—10:45 Pagi — Rehat
10:45—12:15 Tghari — Tahap 1
- Sukaneka
- Permainan Tradisional
- Tahap 2
- Permainan
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Bola Tampar
12:30 - 1:00 Petang - Penyampaian Hadiah
- Majlis Penutup
1 : 30 Petang - Bersurai
 
                                               
11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat memanfaatkan program ini dengan
sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai
matlamatnya serta memberi impak positif kepada warga SK Seri Cempaka.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

--------------------------------------- ------------------------------------------------------
MOHAMAD AMIN BIN MAN HAJJAH DHAFILZAH BT MOHD DAUD
Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum
Sambutan Hari Sukan Negara SK Seri Cempaka
SK Seri Cempaka Bandar Seb.Perak
Bandar Seb.Perak 36800 Kampong Gajah
36800 Kampong Gajah Perak
Perak

Disahkan oleh :

---------------------------------------------
RAZALI BIN MOHAMED NAPPI
Guru Besar
SK Seri Cempaka
Bandar Seb.Perak
36800 Kampong Gajah
Perak

You might also like