You are on page 1of 1

Muhammad Izzat Bin Abdul Rashid

No. 15 Jalan Tiga Taman Simpang Permai,


02700 Simpang Ampat,
Perlis.

__________________________________________________________________________________

Tuan Pengarah
Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs),
Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas,
Kangar, Perlis 6.4.2023

Tuan,

SURAT PERMOHONAN MAAF KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERLIS

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Saya Muhammad Izzat bin Abdul Rashid pemilik Facebook Izzat Al-Berlisi ingin membuat
permohonan maaf di atas kenyataan yang dikeluarkan di Facebook saya pada tarikh 30.3.2023.

3. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan maklumat yang saya perolehi daripada pihak penyokong
MATIN yang mengatakan pihak JAIPs akan membuat serbuan ke atas kuliah Ustaz Wadi Anuar yang
akan berlangsung pada malam tersebut (30.3.2023) dan diberikan gambar 3 laporan polis yang
dibuat kepada Ustaz Wadi Anuar.

4. Saya juga telah memadam kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara
terbuka di akaun Facebook saya Izzat Al-Berlisi pada tarikh 31.3.2023. Saya berasa kesal dengan
kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

5. Saya berharap agar pihak Tuan berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya.
Saya juga tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Saya merayu kepada pihak Tuan agar memberi
keizinan semula kepada saya untuk mengimami solat terawih demi mengembirakan hati ibu saya
dan menunaikan hasrat jemaah Masjid Putra Simpang Ampat serta permohonan guru KAFA
diluluskan . Saya berjanji kepada pihak Tuan untuk sentiasa menyokong pembawakan Perlis ke arah
masyarakat yang dididik dengan ilmu agama yang sahih dan menjunjung titah Tuanku Raja Perlis.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,

………………………………………………….
(MUHAMMAD IZZAT BIN ABDUL RASHID)

You might also like