You are on page 1of 1

Rujukan Kami : APB(SA)0058/2017/TR

Tarikh : 15 Mac 2017

NAZIR
MASJID AL-HIDAYAH
JALAN SS3/44
TAMAN UNIVERSITI,
47300 PETALING JAYA
SELANGOR

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MEMBUKA BOOTH JUALAN AMAL, TABUNG SYRIA DAN


MENGISI SLOT KULIAH MAGHRIB DAN ISU BUMI SYAM

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Aman Palestin Berhad (sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan) adalah sebuah
organisasi yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam
projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khususnya untuk rakyat Palestin. Badan ini telah
didaftarkan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat berhad
menurut jaminan pada 3Januari 2006.

3. Sehubungan itu, pihak kami berhasrat untuk membuka booth jualan amal, meletakkan tabung
Syria sekitar kawasan masjid dan mengisi slot Kuliah Maghrib untuk berkongsi dengan para jemaah
mengenai isu terkini di Bumi Syam. Perincian seperti berikut :

Tempat : Masjid Al-Hidayah, SS 3


Tarikh : 28 MAc 2017/mengikut kekosongan jadual kuliah masjid
Masa : Selepas Maghrib
Khatib/Tazkirah : Ust Mohd Farhan

Justeruitu, pihak Aman Palestin amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi ruang kepada
pihak kami dan bersama menjayakan usaha murni ini. Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas,
sila hubungi En. Muhd Taqiyuddin 011-20631901 atau 03 55105867.

Sekian Terima Kasih,

Yang Benar,

............
(MUHD FARHAN BIN MUHD FADHIL)
Pengurus
Aman Palestin Berhad (719871-K)
Cawangan Shah Alam

You might also like