You are on page 1of 3

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang mengizinkan kami untuk menulis sedikit
sebanyak pengenalan mengenai MADRASAH TAHFIZ QURAN AL-HIKMAH.Selawat dan
Salam kami ucapkan kepada Junjungan Besar Nabi MUHAMMAD S.A.W berkat ilmu yang
disampaikan kepada kami .

1.0 PENGENALAN

Madrasah Tahfiz Quran Al-Hikmah (MTQH) telah diasaskan oleh Ustaz Mohd Hazirwan Bin
Zainudin Al-Hafiz.MTQH mula ditubuhkan pada bulan Januari tahun 2018,MTQH bertapak
di sebuah rumah sewa yang beralamat LOT 14568 JLN CERMAI OFF JLN
SANTONG,KAMPUNG BUKIT MERAH,PAKA,DUNGUN,TERENGGANU.

MTQH ini dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu,dimana ilmu adalah penting
agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang sempurna.Penubuhan MTQH ini
diadakan diatas kesedaran orang ramai bahawa kurangnya golongan penghafal Al-Quran
khasnya di daerah ini.

Di MTQH terdapat 12 orang pelajar lelaki sahaja disebabkan ruang bangunan yang
terhad,dan 4 orang kakitangan yang membantu menjayakan Tahfiz ini.Semua kakitangan
yang berkhidmat disini adalah secara sukarela atas dasar membantu agama ALLAh S.W.T
dan mengembangkan ilmu Al-Quran,walau bagaimanapun saguhati juga diberikan.

Sumber kewangan MTQH ini diperolehi daripada hasil kutipan yuran pelajar,program-
program yang dilakukan oleh MTQH,sumbangan dan zakat daripada orang ramai,dengan
hasil inilah Pihak MTQH menguruskan makan minum pelajar (RM 2,000),membayar sewa
rumah (RM 800),menguruskan hal utiliti (RM 1,000) dan saguhati kakitangan.

Sebagai Badan NGO dan Institusi pendidikkan swasta yang menawarkan Perkhidmatan
Pendidikan Agama Islam dan Hafazan Al-Quran,MTQH berusaha juga untuk mendapatkan
sokongan daripada mana-mana pihak bagi mendaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Terengganu (JHEAT).Sekarang ini masih dalam proses pendaftaran dengan
pihak JHEAT,untuk sementara waktu MTQH hanya beroperasi menggunakan Lesen SSM
sepertimana yang diarahkan oleh pihak JHEAT.

Sekian sahaja ringkasan pengenalan MADRASAH TAHFIZ QURAN AL-HIKMAH PAKA.


TARIKH 04/JANUARI/2022

KEPADA YANG BERKENAAN

MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK MEMBELI SEBUAH VAN TAHFIZ

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2. Kami pihak Madrasah Tahfiz Quran Al-Hikmah ingin memohon sumbangan dana dari
pihak tuan/puan,untuk membeli sebuah van atau tuan/puan berminat untuk mewaqafkan
sebuah van kepada Tahfiz kami dialu-alukan,bagi tujuan membawa anak-anak tahfiz ke
masjid/surau & ke majlis-majlis lain yang berkaitan dengan Tahfiz.Anggaran kos adalah
seperti berikut :-

i)van secondhand BERJUMLAH = RM 15,000

3. Segala sumbangan kewangan boleh diserahkan di (MTQH) atau disalurkan ke akaun


berikut :-

MADRASAH TAHFIZ QURAN AL HIKMAH PAKA

Nombor akaun :- 8603849075 (CIMB BANK)

:- 563082128473 (MAY BANK)

4. Pihak kami berharap agar pihak tuan/puan dapat memberi sedikit sumbangan kepada kami
agar kami dapt membeli sebuh van,semoga ALLAH S.W.T melimpahkan rezeki yang
barokah buat tuan/puan yang menginfaqkan hartanya ,Keperihatinan dan bantuan daripada
pihak tuan/puan,kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.Dan semoga ALLAH
membalas segala jasa baik tuan/puan terhadap kami.

Sekian Terima Kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA”

Yang menjalankan amanah,

.................................................................................
( MUDIR USTAZ MOHD HAZIRWAN BIN ZAINUDIN )

You might also like