You are on page 1of 3

YBhg En.

Mazri Bin Mahmood


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad,
Lot 2-3, Jalan Cempaka SD 12/1,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur. 14 Jun 2023

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SURAU TAMAN LESTARI IUS, SERI
ISKANDAR, PERAK BAGI KEGIATAN PEMBINAAN

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Surau Taman Lestari IUS mengalami kekurangan dana dari segi
pembinaan fasiliti yang masih belum lengkap iaitu pintu dan tingkap. Ketika ini, kami masih
kekurangan dana bagi pembinaan pintu dan tingkap ini. Kerja-kerja pembinaan telah tertangguh buat
seketika ini.

3. Pihak Pembangunan Surau Taman Lestari IUS, telah berbincang dan meneliti kos-kos
pembinaan dan pemasangan tersebut dan dengan itu memutuskan bahawa sejumlah RM3874.00
(termasuk upah pemasangan) diperlukan bagi menampung kos tersebut. Di sini juga saya lampirkan
sebut harga bagi kos pembinaan beserta bukti keadaan surau semasa dan lakaran pembinaan surau
Lestari IUS.

4. Sehubungan itu, pihak Surau Lestari IUS ingin memohon jasa baik pihak tuan agar sudi
menghulurkan bantuan dana yang di perlukan sekaligus memberi kemudahan dan keselesaan kepada
Jemaah yang hadir ke Surau Taman Lestari IUS. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun yang tertera di
bawah dan jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kontak seperti di bawah.

Bank : Bank Islam


Nama Pemegang Akaun : Jawatankuasa Pembangunan Surau Taman Lestari IUS
No. Akaun : 08086010041974

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Surau


Raja Ibrahim Raja Mohamad / 0124580598

Jawatankuasa Pengurusan Dana Dan Kutipan Derma


Mohamad Salmi / 0124623161

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam usaha pembinaan surau ini amat kami hargai
dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

__________________________
Raja Ibrahim Raja Mohamad
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Surau
Lampiran

You might also like