You are on page 1of 1

SK CONVENT FATHER BARRE,

JALAN KOLAM AIR,


08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH DARULAMAN.
TEL/FAX : 044218873.
EMEL: Skconvent.ppdkmy@gmail.com

Rujukan Kami: Bil( )dlm.SKCFB ( )


Tarikh : 4 JANUARI 2006

Tuan Guru Besar,


SK Convent Father Barre,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darulaman.

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB DOKTOR MUDA

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Kelab Doktor Muda SK


Convent Father Barre telah diwujudkan pada 1 Januari 2006 yang lalu dengan tujuan untuk
memperkasakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka
dapat meningkatkan taraf kesihatan dan rakan-rakan mereka.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan
memohon kebenaran tuan untuk menubuhankan Kelab tersebut berasaskan Peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh
21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan,


senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan
kepada permohonan ini.

5. Jasa baik dan kebenaran tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan
disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

........................................
Guru Penasihat
Kelab Doktor Muda

You might also like