You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

KEJOHANAN SOFBOL
JEMPUTAN UiTM 2011

8-10 APRIL 2011

DISEDIAKAN OLEH:

PENYELARAS SOFBOL
SITI SYUHAILI MOHD NAWAWI

PUSAT SUKAN
UiTM MALAYSIA
KEJOHANAN SOFBOL JEMPUTAN UiTM 2011

1.0 PENGENALAN

Sukan Sofbol telah mendapat tempat di kalangan pelajar-pelajar IPTA di seluruh


Malaysia baik pun kelab dan negara.Permainan sofbol merupakan antara permainan
yang sedang meningkat di Malaysia pada masa kini. Permainan ini jarang dimainkan
oleh rakyat di negara ini. Namun begitu, terdapat ramai pemain berbakat yang boleh kita
lihat di kejohanan-kejohanan sofbol yang jarang diadakan di negara ini. Oleh itu pihak
UiTM mengambil inesiatif untuk menganjurkan kejohanan ini untuk tahun ke tiga
berturut-turut dalam mengembangkan bakat pelajar dan di tambah pula dengan
sambutan yang tinggi oleh pengiat sukan ini yang amat menggalakan dan
sememangnya setiap pasukan sentiasa ternanti-nanti menyertai kejohanan ini

2.0 NAMA KEJOHANAN

Kejohanan Sofbol Jemputan UiTM 2011

3.0 TARIKH & TEMPAT

Kejohanan ini akan diadakan pada 8-10 April 2011 bertempat di Padang Perindu dan
Kompleks Sukan, UiTM Malaysia, Shah Alam.

4.0 PENGANJURAN & PENGELOLA

Pusat Sukan UiTM Malaysia, Shah Alam di atas kerjasama Persatuan Sofbol Malaysia
( PSM ).

5.0 OBJEKTIF

5.1 Sebagai pendedahan kepada Pasukan Sofbol UiTM menjelang Sukan MASUM
2011.
5.2 Memperkenalkan UiTM di dalam bidang permainan sofbol.
5.3 Memberi peluang kepada pemain-pemain sofbol di negara ini untuk mengasah
bakat dan menunjukkan kebolehan mereka.
5.4 Mempertingkatkan mutu permainan sofbol di negara ini.
5.5 Mengekalkan kemenangan buat kali ke 5 berturut-turut
6.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Kategori yang dipertandingkan ialah Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita.

7.0 PENYERTAAN

7.1 Terbuka kepada 8 pasukan IPT di lembah kelang.


7.2 Penyertaan adalah terhad iaitu Terbuka Lelaki = 8 pasukan dan Terbuka Wanita
= 8 pasukan.

8.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2011.

9.0 PENDAFTARAN

9.1 Yuran Pendaftaran setiap pasukan adalah sebanyak RM 200.00 (tidak termasuk
bayaran penginapan) dan hendaklah diserahkan kepada Urusetia Kejohanan
semasa taklimat Pengurus Pasukan.
9.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar tidak melebihi 15 orang pemain,1 orang
jurulatih dan 1 orang pengurus di dalam Borang Pendaftaran Pasukan.
9.3 Borang Pendaftaran Pasukan hendaklah diserahkan kepada Urusetia Kejohanan
semasa taklimat Pengurus Pasukan. ( disertakan dengan salinan kad
pengenalan setiap pemain )
9.4 Borang Pendaftaran Perlawanan pula hendaklah diserahkan kepada Urusetia
Perlawanan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
9.5 Hanya pemain yang didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pasukan sahaja
dibenarkan bermain di dalam pertandingan ini.

10.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

Tarikh : 7 April 2011 (Khamis)


Masa : 5.30 petang
Tempat : Bilik mesyuarat, Pusat Sukan, UiTM Shah Alam.
11.0 HADIAH

JOHAN : Pingat + Sijil Penyertaan


N. JOHAN : Pingat + Sijil Penyertaan
KETIGA : Pingat + Sijil Penyertaan
Ke-4 : Sijil Penyertaan

12.0 PAKAIAN

Setiap pemain diwajibkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta seragam
mengikut pasukan masing-masing.

13.0 PENGANGKUTAN & PENGINAPAN

Setiap pasukan perlu menguruskan makanan, minuman, pengangkutan & penginapan


sendiri sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

PANDUAN URUSAN PENGINAPAN

1. Intekma Resort & Convention Centre - 03-55226646


2. Hotel Uitm - 03-55192078/2076
3. Unit Kemudahan Kolej - 03-55443528
ANGGARAN PERBELANJAAN PENGANJURAN
KEJOHANAN SOFBOL JEMPUTAN UiTM 2011

BIL PERKARA JUMLAH

1 Bayaran Pengadil RM 1600.00


( RM50 x 32 perlawanan)
2 Air Minuman( urusetia ) RM 240.00
RM 1.00 x 24 x 10 Kotak
3 Cenderahati RM 400.00
( RM 20 x 20 orang )
4 Hadiah Wang Tunai Terbuka Lelaki & Wanita

Johan Terbuka
RM200.00 x 2 pasukan RM 400.00

Naib Johan Terbuka


RM 150.00 x 2 pasukan RM 300.00

Ke tiga
RM 100.00 x 2 pasukan RM 200.00

5 Hadiah Pingat

Johan : RM 20.00 x 17 unit x 2 pasukan RM680.00


N/Johan : RM 20.00 x 17 unit x 2 pasukan RM680.00
Ketiga : RM 20.00 x 17 unit x 2 pasukan RM680.00

6 Makan Pertugas RM600.00


RM10.00 x 20 orang x 3 hari
JUMLAH BESAR RM 5780.00
EVENT FAST FACT
KEJOHANAN SOFBOL JEMPUTAN UiTM 2011
BIL PERKARA BUTIRAN
1. NAMA PROGRAM KEJOHANAN SOFBOL JEMPUTAN UITM 2011

2. TARIKH 8 -10 APRIL 2011


3. TEMPAT PADANG KOMPLEKS SUKAN UITM SHAH
ALAM/ PERINDU UITM

4. PENGANJUR PUSAT SUKAN BAHAGIAN HAL EHWAL


PELAJAR UITM DENGAN PERSATUAN
SOFBOL MALAYSIA

5. OBJEKTIF i. SEBAGAI PENDEDAHAN KEPADA


PASUKAN SOFBOL UITM MENJELANG
SUKAN MASUM
ii. MEMBERI PELUANG KEPADA PEMAIN
DALAM MENGASAH BAKAT DAN
MENUNJUKKAN KEBOLEHAN MEREKA.
iii. MEMPERTINGKATKAN MUTU
PERMAINAN SOFBOL UITM

6. PENGINAPAN TIDAK DISEDIAKAN


7. KATEGORI TERBUKA IPT / LELAKI DAN WANITA
TERHAD 8 PASUKAN LELAKI DAN WANITA

8. YURAN PENYERTAAN RM 200/ PASUKAN (17 ORANG) TERMASUK


PEGAWAI

9. TARIKH TUTUP 31MAC 2011


PENYERTAAN 8.00 PAGI -6.30 PETANG
PUSAT SUKAN
10. PROGRAM 7 MAC 2011– PENDAFTARAN PASUKAN
- MESYUARAT PENGURUS
PASUKAN
8 APRIL 2011 – KEJOHANAN BERMULA
9-10 APRIL 2011 – KEJOHANAN
- PENYAMPAIAN HADIAH
- TAMAT KEJOHANAN
11. URUSETIA KEJOHANAN PUSAT SUKAN
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
UITM MALAYSIA
TEL : 03-55435624
FAX: 03- 55435625
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB:
CIK SITI SYUHAILI MOHD NAWAWI

You might also like