Professional Documents
Culture Documents
Folio Geografi Arif Hafiz Bin Mohd Zaidi (F3)
Folio Geografi Arif Hafiz Bin Mohd Zaidi (F3)
Pertama sekali, saya ingin bersyukur kehadrat ilahi atas kesempatan dan
keizinan daripada-Nya.maka saya dapat menyempurnakan Kerja Kursus Geografi
ini.
Akhir sekali, saya berharap agar hasil tugasan Kerja Kursus Geografi ini
boleh memberi manfaat dan juga panduan untuk semua.
i
2.0 PENDAHULUAN
Kami telah menjalankan kajian tentang Kitar Semula di Taman Tun Syed
Nasir, Tangkak, Johor.
Pemilihan kawasan tersebut dibuat adalah berdasarkan kerana kawasan
tersebut berhampiran dengan kawasan kediaman kami dan mempunyai penduduk
yang padat. Hal yang demikian, ianya memudahkan kami untuk menjalankan
kajian ini.
Kami menjalankan kajian tentang amalan dan tahap kesedaran penduduk di
kawasan perumahan tersebut. Di samping itu, kami juga menyelidiki halangan dan
isu yang dihadapi dalam pelaksanaan kitar semula serta memberikan cadangan
untuk penambahbaikan sistem.
1
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
2
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya iaitu Taman Tun Syed Nasir mempunyai populasi
penduduk seramai 2000 orang.Kawasan ini berkeluasan kira-kira 152,000 ekar dan
berapa 2km sahaja dari Bandar Muar, Johor.
Penduduk di sini terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan China.
Kawasan ini juga berdekatan dengan banyak fasiliti iaitu klinik kesihatan, pejabat
pos, stesen minyak dan farmasi.
Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi iaitu tanah pamah yang mana
sesuai untuk binaan pelbagai jenis bangunan seperti rumah, masjid, sekolah,
bangunan kedai serta kompleks membeli-belah.
3
PETA KAWASAN KAJIAN
5.1 Pemerhatian
Dengan kaedah ini, kami telah menjalankan kajian memerhatikan kawasan
Taman Tun Syed Nasir untuk mendapatkan beberapa maklumat berkenaan pola
petempatan dan masalah setempat.
5.4 Rujukan
Buku Teks Geografi Tingkatan 3 merupakan rujukan utama selain
mendapatkan bahan dari internet untuk maklumat tambahan.
DIALOG
Kami telah menjalankan temu bual dengan salah sorang penduduk setempat iaitu
Encik Ahmad yang telah menetap disitu selama 40 tahun. Beliau berusia 61 tahun
dan merupakan seorang pesara tentera darat.
5
temu bual.Bolehkah encik memberitahu kami tentang
amalan kitar semula yang di praktikan di kawasan ini?
Encik Ahmad: Ya, boleh. Terdapat ramai penduduk di kawasan taman ini yang
mengamalkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle.
Penduduk disini mengitar semula barangan seperti
penggunaan tayar lama digunakan untuk dibuat pasu bunga,
kerusi dan sebagainya. Mereka juga menggunakan beg mesra
alam bagi menggantikan beg plastik. Kami berpendapat
bahawa alam sekitar perlu dipelihara dengan
sebaiknya untuk generasi akan datang.
Encik Ahmad: Harapan saya agar pihak kerajaan sentiasa mengadakan kempen
kelestarian alam sekitar untuk menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan memelihara alam sekitar dan
mempertingkatkan amalan kitar semula ke tahap yang lebih
maju dan masyarakat juga menyokongnya
Kami : Terima kasih atas temu bual ini. Kami mendoakan
kesejahteraan kepada seluruh penduduk kawasan ini.
7
6.0 HASIL KAJIAN
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam,
plastik, tekstil, dan komponen elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan
8
kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah
makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula
Kaca
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol
vitamin dan bekas kosmetik. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca
yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat)
sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur
aduk. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan
pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran
contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.
Plastik
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol
minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada
plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Kitar Semula plastik adalah industri
yang masih baru dan dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.
Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah
dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu.
Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol
soda dan juga bekas pengisi susu.
Logam
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin
minuman boleh dikitar semula. Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan
bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula. Sesetengah bahan logam
10
seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan
bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam tersebut.
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan
negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane)
yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula
dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
11
Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada
pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan
mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia
yang hidup di dalamnya.
Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar
semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga
berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat
dipelihara untuk generasi yang akan datang.
Antara amalan kitar semula yang dijalankan di Taman Tun Syed Nasir ialah:
1. Menggunakan beg mesra alam menggantikan beg plastik.
2. Menggunakan tayar sebagai tempat duduk dan pasu.
3. Botol plastik dijadikan sebagai penyiram air untuk tanaman.
4. Mengasingkan bahan buangan mengikut kategori seperti plastik, kaca dan
kertas.
13
Mengadakan kempen kesedaran untuk 12
masyarakat setempat
Menyediakan pusat kitar semula 5
berhampiran kawasan taman dan
memantau harga jualan barangan kitar
semula
Jumlah 25
Jadual 6.3.2 Langkah-langkah mengatasi masalah kitar semula di Taman Tun Syed
Nasir
14
memperbanyakkan pusat kitar semula dan memantau harga jualan barangan kitar
semula.
Terdapat ramai responden memilih langkah agar kerajaan mengadakan
kempen kesedaran dan pendidikan untuk masyarakat tentang kepentingan
penjagaan alam sekitar dengan cara kitar semula. Langkah penguatkuasaan tong
kitar semula kurang mendapat sambutan kerana memerlukan kos yang tinggi dan
agak mahal dalam penyediaan tong sampah. Bilangan responden yang paling
minimum ialah mereka yang memilih cadangan agar disediakan pusat kitar semula
berhampiran kawasan taman. Di samping itu, mereka menyatakan pendapat agar
pihak kerajaan dapat memantau harga bagi produk jualan kitar semula yang
semakin menurun harganya. Hal ini dapat membantu peningkatan jualan produk
kitar semula dan menarik perhatian masyarakat untuk meneruskan budaya kitar
semula.
7.0 RUMUSAN
Persekitaran alam yang ceria merupakan hasil dari aplikasi amalan kitar
semula. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui kaedah guna semula barangan
terpakai. Barangan terpakai tersebut dapat dimanfaatkan untuk menceriakan
persekitaran berbanding hanya berada di pusat pelupusan sampah. Sebagai
contohnya, botol-botol plastik terpakai dapat digubah dan dijadikan sebagai sebuah
pasu mini selain dapat menghiasi pagar rumah dengan terdapat pokok bunga
bervariasi warna di dalamnya. Kesannya, jiran tetangga akan mengikuti kaedah
15
yang ditunjukkan kerana penggunaan botol plastik untuk menghasilkan pasu mini
lebih menjimatkan kos daripada membeli pasu sebenar di kedai yang jauh lebih
tinggi harganya. Tambahan pula, melalui Sambutan Hari Bumi yang disambut
pada setiap tahun, masyarakat dapat mengubah fungsi pelbagai barang terpakai dan
mendapat impak yang baik daripadanya. Tegasnya, antara kepentingan amalan
kitar semula adalah dapat menceriakan alam sekitar melalui penghasilan produk
baru.
Di samping itu, amalan ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar dan dapat memperkasakan pemuliharaan alam juga. Selain itu, masyarakat
juga dapat dipupuk dengan amalan elak pembaziran dan belajar memaksimumkan
keperluan menggunakan bahan dari kitar semula.
16
8.0 RUJUKAN
1. http://www.mdmarang.gov.my/ms/rakyat/kempen-kitar-semula
2. http://hchs.edu.my/gogreen/Kitar%20Semula-1.html
3. https://sar2509-karangan cemerlang.blogspot.com/2018/03/kepentingan-
kebaikan-faedah-amalan.html
17
9.0 LAMPIRAN