You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jalan Dato’ Hamzah, Karung Berkunci No. 6, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Tel 08-7653100 Faks 06-7639969 Laman Web : jonns.moe.gov.my Ruj. Fail: JPNS.SPM.HEM.600-17 Jid.8 (y 7) Tarikh : 02 NOVEMBER 2022 Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajean Negeri Sembilan Darul Khusus. Tuan, SURAT SIARAN MENGENAI PEMAKLUMAN TERKINI PROSEDUR PENGEMASKINIAN DATA MURID DALAM SISTEM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2023 ‘Adalah saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Untuk makiuman tuan, pihak kami telah diminta untuk menguruskan BAP bagi pelaksanaan pada tahun 2023 dengan tujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa penjaga murid yang layak. 3. _ Berdasarkan ketetapan pihak Bahagian Kewangan pada 1 November 2022 selaku urus setia BAP di KPM, semua murid tidak perlu mengisi borang PB-1 dan PB-2 bagi urusan BAP tahun 2023. Dalam hal ini, tuan adalah diminta untuk meminta ibu bapa penjaga menyemak maklumat warganegara murid dan mengisi atau mengemaskini pendapatan terkini ibu bapa penjaga yang sahih melalui pautan public. moe. gov.my. 4. Disamping itu, kerjasama tuan dimohon untuk mengingatkan semua guru kelas tuan agar semua makiumat yang dikemaskini oleh ibu bapa penjaga telah dilaksanakan tindakan Sahkan Pindaan melalui id guru kelas masing-masing dalam APDM (rujuk lampiran).. 5. Selain itu, semua urusan pembetulan maklumat yang hanya boleh dibetulkan diperingkat Jabatan (contoh : maklumat warganegara murid) hendaklah diuruskan dengan kadar segera di Unit HEM Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (06-7653156) 6. Semua makiumat-maklumat in| iaitu pengemaskinian melalui public.moe.gov.my oleh ibu bapa penjaga, urusan pembetulan maklumat di Jabatan serta tindakan Sahkan Pindaan oleh guru kelas hendakiah diselesaikan sebelum atau pada 30 November 2022. 7. Oleh yang demikian, surat kami dengan rujukan JPNS.SPM.HEM.600-17 Jid.8 (45) bertarikh 25 Oktober 2022 adalah dibatalkan. Sebarang pertanyaan, boleh dirujuk kepada Encik Muhamad Rusli bin Abdullah, Penolong Pengarah Unit HEM, JPNS di talian 06-7653644/019- 31086784 Sekian, Terima kasih. "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” nh amanah, (MOHAMAD AAIDI BIN ISHAK Puc) Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD b.p. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sk. : Semua Ketua Pengawai Pendidikan Daerah LAMPIRAN TINDAKAN SAHKAN PINDAAN OLEH GURU KELAS MELALUI APDM. 4. Login APDM menggunakan id guru kelas masing-masing, 2. Klik Modul : Pindaan Maklumat. Warga 3. klik butang Sahkan Pindaan. star tergah 1 ates nie aoe

You might also like