You are on page 1of 20

KURSUS

PPPK 5443 UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

TAJUK
SEKSYEN 28: PERSETUBUHAN BERTENTANGAN DENGAN HUKUM TABII
ENAKMEN JENYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

DISEDIAKAN OLEH
ALIYA FARHANA BINTI MOHAMAD USERI P120752

DISEDIAKAN UNTUK

YA TUAN MOHAMED FOUZI BIN MOKHTAR


DR WAFAA’ BINTI YUSOF
YA TUAN ZULFIKRI BIN YASOA’
YA TUAN MOHD NAHAR BIN MOHAMAD

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN ISLAM


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (FPI)
SEMESTER 1 SESI 2022/2023

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


1

PENGENALAN

Malaysia telah lama berperang dan berjuang dengan kesalahan-kesalahan persetubuhan


bertentangan dengan hukum tabii yang lazimnya dilakukan oleh golongan-golongan lesbian,
gay, biseksual dan transgender (LGBT), tetapi kesalahan tersebut juga boleh dilakukan oleh
mana-mana orang dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang. Timbalan Pengarah
Keluarga, Sosial dan Pembangunan Komuniti (JAKIM), Dr Mohd Izwan Md Yusof, telah
menyatakan bahawa statistik gejala LGBT pada tahun 2018 terutama sekali golongan
transgender telah meningkat sebanyak 30,000 individu berbanding 10,000 pada tahun 1988.
Manakala golongan gay meningkat sebanyak 310,000 individu berbanding 5 tahun lalu
sebanyak 173,000 individu. Kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii bukan
sahaja diharamkan oleh agama Islam, malah agama-agama lain turut menolak perbuatan
tersebut. Fenomena ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap faktor kesihatan seperti
peningkatan kes human Immunodeficiency Virus (HIV), serta masalah sosial seperti hubungan
kekeluargaan dan masalah jenayah. Golongan ini juga memberi implikasi terhadap mental
golongan tersebut, malah ia juga menjejaskan masyarakat umum di Malaysia pada hari ini.

Oleh yang demikian, undang-undang sivil dan syariah merupakan salah satu inisaitif
untuk membendung kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii. Malaysia
adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem dwi perundangan iaitu pengamal undang-
undang sivil dan syariah secara serentak. Hukuman yang diambil bagi menghukum mana-mana
pihak yang melakukan kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii ini sering
menjadi tanda tanya sama ada hukuman itu wajar dikenakan mengikut undang-undang syariah
atau sivil.
2

DEFINISI KESALAHAN

Kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii ialah apa-apa persetubuhan di luar
tabii yang dilakukan dengan lelaki, perempuan atau binatang contohnya seperti liwat.
Malahan, di dalam Kanun Keseksaan (KK) juga ada memperuntukkan bahawa kesalahan
bertentangan dengan hukum tabii itu juga termasuk perhubungan seks dengan objek.

Kanun Keseksaan mendefinisikan persetubuhan yang bertentangan dengan hukum


tabii ialah perhubungan seks dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut
seseorang lain yang mana perkara tersebut ada diperuntukkan di bawah seksyen 377A.
Kesalahan persetubuhan luar tabii di dalam Kanun Keseksaan juga boleh dirujuk di dalam
seksyen 377A sehingga 377D.

Mengikut undang-undang jenayah negeri, setiap negeri ada kesalahan persetubuhan


bertentangan dengan hukum tabii, tetapi di dalam peruntukan yang berbeza dan terma yang
berbeza, contohnya, di dalam Enakmen Jenayah Dalam Syarak (Perlis) 1991, mentafsirkan
perhubungan jenis di antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan melalui dubur
sebagai liwat manakala Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah) 2014 mendefinisikan
perhubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan wanita di luar tabiat juga
sebagai liwat, begitu juga dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan)
1997 seksyen 25 iaitu mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu
kesalahan. Sehubungan dengan itu, jika di lihat di dalam seksyen 28 Enakmen Jenayah
Syariah (Negeri Selangor) 1995, enakmen tersebut menggunakan terma kesalahan
persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii. Kesalahan tersebut dieertikan sebagai
persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii sama ada dengan lelaki, perempuan atau
binatang adalah menjadi satu kesalahan.

Maka, secara jelasnya, ada negeri mendefinisikan kesalahan persetubuhan


bertentangan dengan hukum tabii sebagai liwat. Liwat atau persetubuhan bertentangan
hukum tabii dapat didefinisikan sebagai mana-mana orang yang melakukan persetubuhan
dengan memasukkan zakarnya ke dubur lelaki atau wanita atau haiwan. Persetubuhan dengan
objek juga boleh diertikan sebagai persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.
3

DALIL PENGHARAMAN KESALAHAN PERSETUBUHAN BERTENTANGAN


DENGAN HUKUM TABII

Di dalam Alquran Surah Hud ayat 77 sehingga 83 turut menjelaskan bahawa kejadian
homoseksual yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth yang belum pernah terjadi pada umat-umat
Nabi ini. Dapat dilihat betapa murkanya Allah sehinggakan menurunkan hujan batu dari
langit dan menerbalikkan bumi dan manusia yang terselamat adalah orang-orang yang
beriman. Allah melaknat golongan ini, dan Allah menggambarkan azab yang menimpa ke
atas kaum Nabi Lut a.s. iaitu kaum Sodom dan kaum Gomora, suatu daerah di negeri Syam
seperti berikut:

ْ‫ َو َجا ٓ َء ۥهُ قَو ُم ۥهُ يُه َرعُونَْ ِإلَي ِْه َومِ ن قَب ُل‬٧٧ ‫يب‬
ًْۭ ‫ص‬ َ ْ‫ل َه ٰـذَا يَوم‬
ِ ‫ع‬ َْ ‫ضاقَْ ِب ِهمْ ذَر ًۭعا َوقَا‬
َ ‫ِى َْء ِب ِهمْ َو‬ ًۭ ُ‫سلُنَا ل‬
ٓ ‫وطا س‬ ُ ‫َولَ َّما َجا ٓ َءتْ ُر‬
ْ‫ل َّرش ًِۭيد‬ًْۭ ‫س مِ ن ُكمْ َر ُج‬َْ ‫ِىْۖ أَلَي‬
ْٓ ‫ضيف‬
َ ‫ون فِى‬ ِْ ‫َل تُخ ُز‬ ََّْ ْ‫ُن أَط َه ُْر لَ ُكمْْۖ فَٱتَّقُوا‬
ْ َ ‫ٱّلل َو‬ ٓ َ ‫ل َي ٰـقَو ِْم َه ٰـٓؤ‬
َّْ ‫َُلءِْ َبنَاتِى ه‬ ِْ ‫كَانُواْ َيع َملُونَْ ٱلس َِّيـَٔا‬
َْ ‫تْۚ قَا‬
ْ‫شدِيد‬َ ْ‫ى ُركن‬ ْٓ ‫ن لِى ِب ُكمْ قُ َّوةْ أَوْ َءا ِو‬
ْٰ َ‫ى ِإل‬ َّْ َ ‫ل لَوْ أ‬ َْ ‫ قَا‬٧٩ ُ‫علِمتَْ َما لَنَا فِى َبنَاتِكَْ مِ نْ َحقْ َو ِإنَّكَْ لَتَعلَ ُْم َما نُ ِري ْد‬ َ ْ‫ قَالُواْ لَقَد‬٧٨
ُ‫َل ٱم َرأَتَكَْْۖ إِنَّ ۥه‬
ْ َّ ِ‫َل يَلتَفِتْ مِ ن ُكمْ أَ َحدْ إ‬ ِْ ‫صلُ ٓواْ إِْلَيكَْْۖ فَأَس ِْر بِأَهلِكَْ بِقِطعْ ِمنَْ ٱلَّي‬
ْ َ ‫ل َو‬ ِ َ‫ل َربِكَْ لَن ي‬ ُْ ‫ قَالُواْ يَ ٰـلُو‬٨٠
ُ ‫ط إِنَّا ُر‬
ُْ ‫س‬
َ ‫سافِلَ َهاْ َوأَم‬
‫طرنَا‬ َ ‫ فَلَ َّما َجا ٓ َْء أَم ُرنَا َجعَلنَا‬٨١ ْ‫ح بِقَ ِريب‬
َ ‫ع ٰـ ِليَ َْها‬ ُْ ‫صب‬ َْ ‫حْۚ أَلَي‬
ُّ ‫س ٱل‬ ُْ ‫صب‬ َ َ ‫صيبُ َها َمْا ٓ أ‬
َّْ ِ‫صابَ ُهمْْۚ إ‬
ُّ ‫ن َمو ِعدَهُ ُْم ٱل‬ ِ ‫ُم‬
َّ ‫ِى مِ نَْ ٱل‬
٨٣ ْ‫ظ ٰـلِمِ ينَْ بِبَعِيد‬ َْ ‫س َّو َمةْ عِن ْدَ َربِكَْْۖ َو َما ه‬ َ ‫علَي َها حِ َج‬
َ ‫ ُّم‬٨٢ ْ‫ار ًْۭة ِمن س ِِجيلْ َّمنضُود‬ َ

Maksudnya:

Dan apabila datang utusan-utusan kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan
kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka dari gangguan
kaumnya, sambil berkata: Ini adalah hari yang amat mencemaskan (77) Dan kaumnya pun
datang meluru kepadanya dengan tujuan hendak menganggu tetamunya, sedang mereka
sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: wahai kaumku! Di sini ada
anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu maka berkahwinlah dengan mereka.
Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai
tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal? (78)
mereka menjawab: sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada
sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedar mengetahui
akan apa yang kami kehendaki (79). Nabi Lut berkata: kalaulah aku ada kekuatan untuk
menentang kamu, atau aku dapat bertemu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat dari
penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakn kamu (80) mendegarkan yang
4

demikian tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami adalah malaikat


utusanTuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan
kepadamu. Oleh itu, pergilah berundur dari sini Bersama-sama dengan keluargamu pada
tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara kmu menoleh ke belakang. Kecuali
isterimu, sesuangguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka kerana ia memihak
kepada mereka. Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka
ialah waktu subuh. Bukankah waktu subuh itu sudah dekat? (81) maka apabila datang (masa
perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan dan tertimbus
segala yang ada di muka buminya dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang
dibakar, menimpanya bertalu-talu (82) Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu untuk
membinasakan mereka, dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. (83)

Malah di dalam sabda Nabi s.a.w menurut Ahmad Ibn Hanbal dalam Hadith Riwayat
Ahmad. No Hadith 2913 juga menjelaskan Allah melaknat kaum-kaum tersebut iaitu:
Maksudnya:

Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Baginda mengulanginya
sebanyak tiga kali.

Hadith ini menyatakan tentang perlakuan kaum Nabi Luth A.S iaitu homoseksual
(liwat). Walaubagaimanapun, dalam hadith ini, Rasulullah SAW menyebut laknat Allah
terhadap golongan atau sesiapa yang melakukan perbuatan yang telah dilakukan oleh kaum
tersebut.

PERUNTUKAN KESALAHAN DARI SUDUT FIQH JENAYAH ISLAM MELALUI


PERBAHASAN ULAMA

Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii atau liwat merupakan istilah dalam Bahasa
kaum Nabi Luth yang disandarkan kepada amalan buruk mereka. Kisah kejahilan kaum ini
dinyatakan dengan jelas oleh Allah Taala dalam surah surah Hud ayat 77-83.
5

Menurut Al-Syeikh Muhammad Ali Al-Sabuni dalam Kitab Tafsir Ayat Al-Ahkam Jilid
2 halaman 41-42, lelaki yang menyetubuhi lelaki adalah liwat atau kata lainnnya ialah
persetubuhan yang bertentangan dengan hukum tabii. Liwat adalah seburuk-buruk amalan dosa
yang hanya dilakukan oleh mana-mana manusia lelaki dan tidak dilakukan oleh haiwan jantan.
Oleh itu, dalam menentukan bentuk hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap mana-mana
orang yang melakukan kesalahan ini, para ulama berselisih pendapat mengenainya.

Para sahabat Rasulullah seperti Al-Asir, Alqasim Bin Ibrhim dan Al-syafie mengatakan
hukuman liwat atau persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii ialah bunuh ke atas si
peliwat dan juga individu yang diliwat. Pendapat ini adalah sandaran yang diriwayatkan oleh
Ibn Abbas, Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang kamu dapati melakukan liwat (amalan kaum Nabi Luth), maka bunuhlah si
peliwat dan individu yang diliwat”.

Berasaskan hadis ini, Al-Imam Al-Syafie menegaskan hukuman liwat adalah direjam
dengan batu sampai mati ke atas mereka yang terbabit sama ada lelaki-lelaki tersebut sudah
berkahwin ataupun masih belum berkahwin. Hukuman mati ini juga diakui oleh Al-Imam
Malik dan Al-Imam Ahmad Bin Hanbal.

Meskipun begitu, ijtihad Abu Bakr Al-Siddiq dan Ali Bin Abi Talib dalam masalah
liwat atau persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii ini ialah dengan memenggalkan leher
mereka yang berkenaan sepertimana yang dilakukan ke atas golongan murtad ataupun
dihempap dengan dinding batu hingga mati.

Menurut golongan Al-Syafieyyah, hukuman kesalahan liwat adalah sepertimana


kesalahan zina iaitu hukuman rotan bagi mereka yang belum berkahwin dan hukum rejam
sampai mati bagi mereka yang sudah berkahwin berasaskan nas hadis daripada Abu Musa al-
Asy’ari, bahawa Rasulullah bersabda:

“Apabila seorang lelaki menyetubuhi lelaki lain maka kedua-dua mereka adalah penzina”
6

Selain itu, menurut Mazhab Hanafi, beliau berpendapat kesan zina adalah berbeza
berbanding liwat kerana zina memberi kesan kepada keturunan tetapi tidak bagi liwat. Begitu
juga dengan pandangan yang dikemukakan dalam Mazhab Zahiri yang meletakkan hukuman
bagi kesalahan liwat sebagai takzir.

Di samping itu, Mazhab Hanbali ada dua Riwayat daripada Imam Ahmad sendiri,
pendapat pertama ialah hukuman bagi kesalahan liwat adalah rejam sampai mati sama ada
muhsan atau pun belum. Sandarannya adalah daripada hadith yang diriwaatkan oleh Ibn Abbas
R.A iaitu:

“Sesiapa yang kamu dapati melakukan amalam kaum Lut, maka bunuhlah yang melakukan
dan yang dilakukan ke atasnya.”

Riwayat kedua daripada Imam Ahmad ialah hadd bagi kesalahan liwat sama dengan
hadd kesalahan zina.

Kesimpulannya, dapatlah difahami di sini, bahawa menurut Al-Imam Malik dan Al-
Imam Ahmad Bin Hanbal, Al-Imam Al-Syafie, Abu Bakr Al-Siddiq dan Ali Bin Abi Talib
berpendapat mana-mana orang yang melakukan kesalahan bertentangan dengan hukum tabii
wajar dihukum dibunuh. Manakala menurut pandangan golongan Al-Syafieyyah dan Imam
Ahmad berpendapat hukuman kesalahan liwat adalah sepertimana kesalahan zina iaitu
hukuman rotan bagi mereka yang belum berkahwin dan hukum rejam sampai mati bagi mereka
yang sudah berkahwin. Akhir sekali menurut pandangan Mazhab Hanafi dan mMzhab Zahiri
yang meletakkan hukuman bagi kesalahan liwat sebagai takzir.

PERUNTUKAN KESALAHAN DARI SUDUT MAQASID

Maqasid Syariah bermaksud matlamat atau tujuan yang hendak dicapai oleh syariah dalam
keseluruhan atau kebanyakan hukum hakamnya, ia juga boleh dimaksudkan sebagai cita-cita
atau rahsia yang dikehendaki oleh Allah selaku pemilik syariah untuk keseluruhan hukum
hakamnya. Maqasid Syariah ini perlu difahami oleh setiap muslim khususnya para mujtahid
bagi mengistinbatkan hukum dan bagi memahami nas syarak.
7

Kedudukan undang-undang jenayah ini ibarat pagar yang memberikan perlindungan


luaran agar ia tidak dicerobohi oleh orang yang zalim. Peranannya untuk menghukum serta
memberikan pengajaran kepada manusia agar tidak melakukan sesuatu yang menjejaskan
dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat. Undang-undang jenayah merupakan salah satu inisiatif untuk
melaksanakan hukum Allah tidak kira sama ada hukuman tersebut takzir, hudud atau qisas.
Islam menganggap jenayah satu kesalaan yang mesti dihukum kerana ia melanggar hak Allah
dan hak manusia atau mahkluk lain.

Merujuk kepada seksyen 28, iaitu kesalahan persetubuhan di luar tabii. Pesalah akan
dituduh jika elemen bagi kesalahan ini wujud, iaitu mana-mana orang yang melakukan
persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau
binatang adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman. Oleh itu, jika
diaplikasikan peruntukan tersebut dalam maqasid syariah, perlu dilihat objektif yang hendak
dicapai oleh setiap hukuman itu haruslah menghasilkan kebaikan dan menolak keburukan
dalam kehidupan manusia. Objektif tersebut boleh dipecahkan kepada 3 iaitu dharuriyat,
hajiyat dan tahsinat. Dharuriyat meliputi kepentingan hidup mati seseorang yang memberi
kesan terhadap bangsa dan negara seperti agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Hajiyat
pula meliputi kemudahan hidup. Maksudnya jika suatu perkara berlaku, hidup akan menjadi
sukar. Akhir sekali ialah Tahsinat yang meliputi keselesaan kehidupan bukan soal hidup mati
atau kesusahan seseorang.

Di samping itu, berdasarkan seksyen 28 kesalahan persetubuhan bertentangan dengan


hukum tabii di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, memperuntukkan
hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana
kombinasi hukuman. Justeru itu, boleh dijelaskan bahawa kesalahan ini termasuk dalam konsep
dharuriyat yang memberi kesan terhadap agama.

Maqasid memelihara agama Islam dapat dilihat dari banyak sudut seperti mengamalkan
perintah dan ajaran Allah. Kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii secara
jelasnya bertentangan dengan hukum Allah dan memberi kesan terhadap agama Islam. Allah
8

mengharamkan perbuatan yang melanggar fitrah manusia seperti cara persetubuhan yang
dilarang. Jelas sekali ia menghina kesucian agama serta keamanan beragama di negara ini.

Di samping itu, undang-undang di dalam seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Negeri


Selangor 1995 juga meliputi Maqasid Syariah dari segi akal. Akal wajib dipelihara dan dipupuk
dengan nilai-nilai mulia dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Semua unsur-unsur yang
menjurus pada kehilangan dan merosakkan akal serta pemikiran seperti persetubuhan yang
bertentangan dengan hukum tabii sudah semestinya dibanteras dan dihalang dengan segera.
Hukuman yang diperuntukkan dalam enakmen tersebut dapat melindungi akal fikiran dari
dicemar serta dapat memberi hidayah kepada pesalah untuk berfikir kesan-kesan yang bakal
mereka hadapi seperti masalah kesihatan dan kesan kepada maruah serta keturunan jika
melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

Maqasid Syariah juga meliputi nyawa atau maruah dan keturunan. Hukuman di bawah
seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 tersebut meliputi maruah pesalah-
pesalah dengan melindungi mereka daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah.
Hukuman tersebut khususnya untuk menjaga kehormatan dan keturunan. Kehormatan dan
keturunan amat penting dalam Islam. Islam menganggap setiap anak Adam mempunyai
kemuliaan dan kehormatan yang tinggi. Kemuliaan yang Allah kurniakan ini menuntut agar
setiap manusia menjaga dirinya dari perbuatan yang keji seperti persetubuhan bertentangan
dengan hukum tabii. Islam mengambil berat soal penjagaan kehormatan, maruah dan keturunan
melalui prinsip akhlak, ibadat, munakahat dan lain-lain. Dalam Islam perasaan malu atau al-
haya’ merupakan satu akhlak yang penting untuk setiap orang yang beriman. Bahkan malu
adalah sebahagian daripada iman. Perasaan malu yang berlandaskan kesedaran yang mendalam
ini menjadi perisai penting bagi seorang mukmin untuk mengelakkan diri menjejaskan
kehormatan dan keturunannya. Seterusnya terdapat hukum yang jelas dan konsisten berkaitan
dengan batas-batas persetubuhan dalam Islam.

Kesimpulannya, hukuman ke atas golongan yang melakukan kesalahan persetubuhan


bertentangan dengan hukum tabii sebagaimana yang ditetapkan oleh Enkamen Jenayah Syariah
Negeri Selangor 1995 merupakan hukuman yang paling sesuai dengan keperluan manusia
9

sesuai dengan tujuan syariah atau maqasid al-syariah. Hukuman tersebut ini berperanan untuk
menjaga kehormatan, maruah, keturunan, agama dan akal dengan cara menimbulkan rasa gerun
kepada sesiapa yang berhasrat untuk melakukan kesalahan ini. Kehebatan hukuman ini terletak
pada ketakutan yang timbul kerana bentuk hukumannya. Apabila hukuman ini diabaikan, maka
elemen keruntuhan moral dan kehormatan akan berleluasa dalam masyarakat.

PERUNTUKAN KESALAHAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem dwi perundangan. Perkara ini boleh disokong di bawah Perkara
121 (1) (A) yang memisahkan bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil yang
diperuntukan di dalam Jadual Kesembilan, Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai
Bersama. Aspek-aspek keagamaan dan kekeluargaan kebanyakannya di bawah mahkamah
syariah dan aspek kenegaraan seperti undang-undang jenayah dan komersil diletakkan di bawah
mahkamah sivil atau Persekutuan. Sementara itu, semasa Perlembagaan hendak digubal, undang-
undang jenayah diletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan kerana dianggap lebih
sesuai untuk dipakai kepada semua orang awam. Ia juga melibatkan ketenteraman awam serta
keselamatan negara wajar dijadikan undang-undang Persekutuan yang tidak terhad kepada orang
Islam sahaja dan tidak terhad kepada sempadan sesebuah negeri sahaja. Oleh yang demikian,
dalam keadaan itulah Perlembagaan dan peruntukan mengenai undang-undang jenayah dan
kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam digubal.

UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN

Perbuatan yang dilakukan oleh golongan-golongan ini adalah layak dikenakan tindakan undang-
undang sama ada undang-undang sivil atau undang-undang syariah di Malaysia. Dalam Undang-
undang Persekutuan terdapat peruntukan bagi pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan
persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii iaitu di dalam Kanun Keseksaan.

KESALAHAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN


TABII

Kanun Keseksaan memperuntukkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii di


bawah seksyen 377A Kanun Keseksaan mendefinisikan suatu perbuatan oleh mana-mana orang
10

atau tertuduh yang memasukkan zakarnya ke dalam mulut atau dubur seseorang lain dan bahawa
tindakan tertuduh itu dikatakan sebagai di luar tabiat semula jadi. Antara perlakuan seks yang
tidak diterima ialah gay atau lesbian atau hubungan seks dwi jantina. Hukuman yang dikenakan
adalah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan bagi sesiapa yang melakukan
persetubuhan tersebut menurut seksyen 377B KK. Manakala seksyen 377C KK juga menjelaskan
barang siapa dipaksa tanpa kerelaannya melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan
tabii akan dihukum penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga
dikenakan sebatan. Perkara ini menjelaskan tertuduh melakukannya dengan sengaja dan
melakukan persetubuhan itu ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya yang meletakkan orang itu
dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain. Seksyen
377D KK menjelaskan kesalahan melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau
oleh mana-mana orag atau orang yang bersubahat dengannya boleh dikenakan hukuman penjara
selama dua tahun turut termasuk dalam persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Antara kes yang boleh dirujuk ialah Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v Ketua
Pengarah Penjara Malaysia & Anor [1998] 4 MLJ 742. Kes ini menjelaskan Pemohon telah
melakukan perbuatan kelucahan melampau di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan dengan
Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim memasukkan
zakarnya ke dalam dubur pemohon. Di dalam kes ini, pemohon ialah Sukma Darmawan Sasmitat
Madja telah mengaku salah atas pertuduhan kesalahan luar tabii di bawah seksyen 377D Kanun
Keseksaan. Beliau telah disabitkan dan dihukum penjara selama enam bulan bagi perbuatan
kelucahan melampau oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 September 1998. Sukma
Darmawan telah merayu terhadap hukuman dan memfailkansatu permohonan untuk writ habeas
corpus. Permohonan adalah berdasarkan alasan bahawa oleh kerana pihak-pihak kepada
kesalahan itu adalah orang Islam, Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar, menyabit dan menghukum pemohon disebabkan Perkara 121(1A) Perlembagaan dan
Akta Kesalahan-KesalahanJenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Oleh yang demikian,
ia patut berada dibawah kesalahan mahkamah syariah iaitu seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu liwat. Oleh yang demikian, Mahkamah telah
memutuskan menolak bantahan awal dan Mahkamah Sesyen ada bidang kuasa untuk
membicarakan kesalahan tersebut.
11

Kes lain yang boleh dirujuk ialah Abd Rahim bin Abd Rahaman v Public Prosecutor
[2011] 2 MLJ 28. Ia menjelaskan bahawa tertuduh melakukan kesalahan liwat terhadap mangsa
lelaki yang berumur 14 tahun 7 bulan dengan memberi dadah yang boleh menyebabkan mangsa
berhalusisnasi. Mangsa telah menyatakan bahawa beliau telah diliwat dari 18 April 2007 hingga
9 May 2007. Oleh itu, tertuduh dituduh dengan 22 tuduhan liwat di bawah seksyen 377B Kanun
Keseksaan dan mengaku ke atas semua pertuduhan. Justeru itu, sepuluh tuduhan dibicarakan di
Mahkamah Sesyen No 5 dan 12 tuduhan yang lain dibicarakan di Mahkamah Sesyen No 6.
Tertuduh telah dikenakan penjara selama 28 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen No 5.
Sehubungan dengan itu, peguam tertuduh memfailkan beberapa tindakan rayuan tambahan di
Mahkamah Rayuan iaitu ketidakperlembagaan seksyen 377B Kanun Keseksaan. Peguam juga
mengadu seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah yang mengecualikan kaum wanita daripada
sebatan, oleh itu, perayu berpendapat ia mendiskriminasi kaum lelaki serta mencabuli Perkara
8(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa menolak
rayuan tersebut kerana bertentangan dengan seksyen 305 (Akta 593).

KESALAHAN PERHUBUNGAN SEKS DENGAN OBJEK, DSB

Kesalahan perhubungan seks dengan objek merupakan salah satu kesalahan persetubuhan
yang bertentangan dengan aturan tabii. Objek di dalam pernyataan berikut boleh dikenalpasti
sebagai alat bantuan seks yang mana ia merujuk kepada golongan-golongan seperti lesbian
dan gay untuk menggunakan alat bantuan seks itu bagi membantu merangsang keseronokan
seksualketika melakukan hubungan seks luar tabii. Perkara ini juga merupakan salah satu
alternatif untuk golongan biseksual bagi meningkatkan pengalaman seksual mereka yang
mana majoriti 78.9 peratus golongan gay dan biseksual pernah menggunakan alat bantuan.
Oleh itu, kesalahan ini boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 377 CA Kanun
Keseksaan yang menjelaskan mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan
seseorang yang lain dengan memasukkan objek ke dalam mana-mana bahagian badan
hendaklah dihukum penjara selama minimum 5 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun serta
sebatan. Menurut Berita Harian, dua pertuduhan telah dijatuhkan kepada seorang lelaki yang
melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dengan seorang wanita berusia 40
tahun bawah seksyen 377C KK. Manakala pertuduhan kedua di bawah seksyen 354 KK,
12

tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul


kehormatan mangsa pada masa, alamat dan tarikh yang sama. Sebelum ini tertuduh juga
dituduh di bawah seksyen 377 CA KK iaitu kesalahan melakukan seks menggunakan objek
ke dalam kemaluan mangsa yang sama. Oleh itu, Pendakwa Raya Shazreen Nadiamemohon
tarikh sebutan semula kes diselaraskan mengikut pertuduhan yang dihadapitertuduh sebelum
ini di bawah seksyen 377CA dan 323 Kanun Keseksaan.

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

Undang-undang Islam telah wujud dahulu di Malaysia sejak sebelum penjajahan lagi. Perkara
ini dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan bukti
pertama penyebaran Islam. Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk membuat apa-apa
undang-undang di bawah mahkamah syariah selagi ia patuh kepada syarat dan sekatan
sebagaimana yang dikatakan dalam seksyen 74(3) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan (PP), seksyen 121(1A)


telah memberi kuasa kepada mahkamah syariah agar bidang kuasa dan penghakimannya
tidak diganggu oleh mahkamah sivil. Malah, seksyen 11(4) PP juga telah memberikan kuasa
kepada negeri-negeri untuk membuat apa-apa perundangan bagi mengawal dan menyekat
pengembangan apa-apa kepercayaan selain Islam kepada orang Islam. Walau bagaimanapun,
undang-undang jenayah bagi negeri-negeri adalah terhad menurut Akta Mahkamah Syariah
1965 seksyen 2 bidang kuasa jenayah mahkamah syariah, yang menyatakan bahawa ia hanya
tertakluk kepada rukun-rukun agama Islam terhadap orang Islam serta had hukuman tidak
bolehmelebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam
kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Dapat difahami bahawa bidang
kuasa mahkamah syariah di Malaysia hanya setakat yang diperuntukkan dalam Akta dan
Perlembagaan. Jika dirujuk di dalam Butiran 1 Jadual Kesembilan Senarai Negeri, ia
mengehadkan kuasa membuat undang-undang jenayah Islam setakat mana ia tidak berkaitan
dengan perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan. Undang-undang yang
dilaksanakan di negeri-negeri diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu mal dan jenayah.
13

Oleh yang demikian antara kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii
yang boleh dijelaskan dalam enakmen ini adalah merujuk kepada seksyen 28 Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii
sama ada dengan lelaki, perempuan atau binatang adalah menjadi satu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan
mana-ana kombinasi hukuman itu.

Elemen kesalahan bagi mendakwa seseorang ialah yang pertama, mana-mana


manusia yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii. Elemen kedua
ialah, melakukannya dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang adalah menjadi
suatu kesalahan. Contohnya mana-mana lelaki telah melakukan liwat dengan seorang
perempuan, boleh dikenakan hukuman didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam
sebatan atau dihukum dengan mana-ana kombinasi hukuman itu.

Berbeza dengan negeri lain, negeri lain mempunyai kesalahan yang sama tetapi
mempunyai peruntukan yang berbeza dan penggunaan terma yang berbeza. Contohnya, Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 seksyen 25 telah menggunakan
terma liwat sebagai suatu kesalahan bertentangan dengan hukum tabii.

Antara kes yang boleh dirujuk ialah Iki Putra Bin Mubarrak V Kerajaan Negeri
Selangor [2020] 4 MLJ 213 yang mana pada 21 Ogos 2019, Ketua Pendakwa Syarie melalui
Pendakwa Syariah memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan terhadap Iki Putra bin
Mubarrak (pemohon) di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Pada hakikatnya, pemohon
didakwa pada 9 November 2018, antara jam 9:00 malam hingga 10.30 malam dalam sebuah
rumah diBandar Baru Bangi. Pemohon melakukan percubaan untuk melakukan persetubuhan
yang bertentangan dengan hukum tabii iaitu hubungan seksual dengan cara yang tidakwajar
dengan beberapa orang lelaki. Pertuduhan yang dikenakan adalah di bawah kesalahan
seksyen 28 iaitu persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dalam Enakmen Kesalahan
14

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Kebenaran pemohon diterima mengikut Perkara
4(4) Perlembagaan Persekutuan (PP) untuk mencabar keperlembagaan seksyen 28 Enakmen
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Pemohon berhujah bahawa seksyen 28 telah diatasi
oleh undang-undang Persekutuan sebagai kesalahan di bawah seksyen 377A KK. Dia
mengatakan bahawa Badan Perundangan Negeri Selangor (SSL) telah melanggar Perkara 74
PP dengan menetapkan perkara yang termasuk dalam Senarai Perundangan Persekutuan
dalam Jadual Kesembilan PP. Perkara ini dijelaskan lagi bahawa walaupun Senarai
Perundangan Negeri (Senarai II) dalam Jadual Kesembilan PP membenarkan SSL membuat
undang-undang berkenaan dengan kesalahan tersebut, kuasa itu tertakluk kepada klausa
penutupan kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan di
Senarai Negeri Butiran 1. Pemohon berhujah lagi bahawa kerana perkara-perkara yang
terkandung dalam seksyen 28 termasuk dalam undang-undang jenayah dalam Butiran 4(h)
Senarai Perundangan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan PP, SSL dilarang oleh klausa
pencegahan daripada mewartakan seksyen tersebut. Permohonannya ini adalah untuk
membenarkannya kebenaran untuk mempetisyen di Mahkamah Persekutuan untuk
pengisytiharan bahawa seksyen 28 adalah batal dengan alasan Badan Perundangan Negeri
tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang tersebut. Mahkamah Persekutuan
memutuskan seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah termasuk
bidang kuasa Persekutuan, oleh itu, ia tidak releven dan terbatal.
15

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada analisis di dalam Perlembagaan Persekutuan serta kesalahan- kesalahan


di bawah undang-undang jenayah dan kesalahan-kesalahan jenayah syariah serta kes-kes
yang telah dirujuk berkaitan peruntukan-peruntukan yang boleh menyabitkan sesuatu
kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii disimpulkan bahawa kesalahan
tersebut adalah wujud dalam undang-undang jenayah serta kesalahan-kesalahan jenayah
syariah. Walau bagaimanapun, terdapat isu bidang kuasa serta perselisihan antara undang-
undang sivil dan undang-undang syariah berkenaan kesalahan-kesalahan persetubuhan
bertentangan dengan hukum tabii seperti peruntukan yang sama di dalam Kanun Keseksaan
dan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Perkara tersebut ada dinyatakan di
dalam kes Iki Putra Bin Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor [2020] 4 MLJ 213 dan Sukma
Darmawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah PenjaraMalaysia & Anor [1998] 4 MLJ 742.
Malahan, di dalam Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan bertentangan dengan hukum
tabii atau liwat paling maksimum ialah pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua
puluh tahun dan sebatan, berbeza pula dengan kesalahan di bawah undang-undang syariah di
dalam enakmen negeri-negeri, yang mana hukuman yang paling maksimum ialah denda tidak
melebihi lima ribu ringgit dan penjara tidak melebihi 3 tahun serta disebat tidak melebihi
enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut. Perkara ini juga disokong dalam
Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) seksyen 2 yang mengehadkan hukuman bagi
kesalahan di bawah mahkamah syariah. Bahawa undang-undang berkenaan kesalahan
persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii atau liwat masih lagi samar-samar. Oleh itu,
adalah wajar undang-undang ini ditambah baik.
16

RUJUKAN

Abd Rahim bin Abd Rahaman v Public Prosecutor [2011] 2 MLJ 28

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Azman Ab. Rahman et al. 2020. Lesbian, Gay, Biseksual And Transgender According To

The Perspective Of Syariah And Civil Law In Malaysia: A Comparison Within

Two Law. Perdana: International Journal Of Academic Research (Social Sciences &

Humanities). Vol. 8. No. 1. Hlm 35. 562 Siti Zubaidah Ismail. 2017. Undang-Undang

Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia. Universiti Malaya. Hlm 22.

Dr Muhammad Fathi Yusuf & Dr Nazri Mansur. 2014. Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah

Islam Di Kelantan dan Brunei. Hlm 7.

Dr. Nazrila Harizan Nasir. 2012. Kementerian Kesihatan Malaysia. Seks Di Luar

Tabii. http://www.myhealth.gov.my/seks-di-luar-tabii/ [12 Ogos 2021]

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Fairuz Zaidan. 2017. Pencuci Kereta Dituduh Cabul Laku Seks Luar Tabii.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/341713/pencuci-kereta-dituduh-

cabul-laku-seks- luar-tabii [13 Oktober 2021]


17

Iki Putra Bin Mubarrak v Kerajaan Negeri Selangor [2020] 4 MLJ213

Kanun Keseksaan

Kristie Chan v Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [2012]MLJU 1755

MuhammadْFathiْYusof.ْ2015.ْ“MaqasidْSyariahْdalamْPelaksanaanْHukumanْHududْkeْAtasْ

PesalahْZina.”ْIn:ْ(Editor,ْFarahwahidaْMohdْYusof) Maqasid Syariah & Sains, UTM

Press. Pp. 41-64

Muhammad Hazim Ahmad et al. 2019. Keterangan Alternatif Menggunakan Sains Forensik

Terhadap Kes Liwat dan Musahaqah Di Mahkamah Syariah. Perdana:

International Journal Of Academic Research (Social Sciences & Humanities). Vol.

6. No. 2–Special Edition (Skesa). Hlm 19. 450 Joshua G. Rosenberger et al .2012. Sex

Toy Use By Gay And Bisexual Men In The United States. Archives Sex Behavior.

41(2). Hlm 1.

Norْ‘AdhaْAbْHamidْetْal. 2017. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia: Kajian

Keseragaman dan Ketidakseragaman Bagi Peruntukan Kesalahan Tatasusila.

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education

(ICONLEE).

Perlembagaan Persekutuan.
18

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah PenjaraMalaysia & Anor [1998] 4

MLJ 742

Syafi’in Mansur. 2017. Homoseksual Dalam Perspektif Agama-Agama Di Indonesia. IAIN

Sultan Maulana Hasanuddin Banten. Aqlania. Vol. 08. No. 01. Hlm 33.

Siti Zubaidah Ismail. 2017. Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia.

Universiti Malaya. Hlm 132.

Tun Abdul Hamid. 2015. Pelaksanaan Undang-UndangْJenayahْIslamْ(Hudud,ْQisas,ْTa’zir)ْ

Di Malaysia: Prospek dan Cabaran. Seminar Pelaksanaan Hudud Di Malaysia: Sejarah

dan Masa Depan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 1 April 2015.

Tun Abdul Hamid. 2014. Bidangkuasa Persekutuan dan Negeri Mengenai Undang-Undang

Jenayah Di Malaysia. Seminar Memperkasakan Undang-Undang Jenayah Islam:

Mendidik Ummat. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 23 Disember 2014.

Zaini Nasohah. 2012. Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia Peruntukan Akta

dan Enakmen. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan

Malaysia. Hlm 149.

Zulkifli hasan,2015. Tuudhan liwat dan qazaf menurut perspektif undang-undang. Universiti

sains islam Malaysia.


19

You might also like