You are on page 1of 5

Home

About

Artikel

Cari Resepi

Kategori

Contact

Home

Ayam

Rendang Ayam Sedap

Rendang Ayam Sedap

Masa Penyediaan: 30 minit,

Masa Memasak: 45 minit

Jumlah Hidangan: 10 orang

Resepi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan
bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna.
Hirisan daun kunyit dan daun limau purut pula menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang
ini.

Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Di pasar ada jual santan segar yang sudah
diperah pada harga yang berpatutan.

Che Nom masak rendang ini untuk dimakan bersama lemang yang dibeli dan kemudian bawa ke
pejabat untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekerja. Memang ramai yang puji kesedapan rendang
ini. Boleh juga dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan hari Raya.
Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (saiz besar)

1 senduk cili kisar

1 mangkuk besar santan pekat


1/2 mangkuk kecil ais asam jawa

3 sudu besar kerisik

2 helai daun kunyit

2 helai daun limau purut

garam dan gula secukup rasa

1 mangkuk besar minyak, untuk menumis

Bahan-bahan untuk rempah tumis:

2 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 biji buah pelaga

Bahan-bahan untuk kisar halus:

1 biji bawang besar

8 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

2 inci halia

3 ketul kunyit hidup

2 inci lengkuas

2 batang serai

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk rendang:

Bersihkan ayam dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan
dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit
gelap.

Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa
proses ini.

Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga
kuah menjadi pekat.

Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup
rasa.

Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Tip:
Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah
sehingga menjadi pekat.

Untuk gula pula, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat sedap.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube
dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che
Nom.

Resepi Terkini

Cucur Badak

May 24, 2023

Biskut Kacang Mazola

May 24, 2023

Biskut Sarang Semut

May 23, 2023

Tomyam Ayam

May 16, 2023

Kuih ketayap

May 11, 2023

Rendang Tok Daging

April 28, 2023

Cari Resepi
Kategori

Kuih Dan Biskut Raya 44

Pasta dan Pizza 13

Snek dan makanan ringan 14

Ayam 91

Daging 26

Ikan 41

Ikan bilis 13

Kek 46

Kuih muih 98

Mee dan bihun 43

Muffin dan cupcake 19

Nasi pulut dan bubur 38

Pastri 4

Pencicah 7

Pencuci mulut 33

Roti dan bun 6

Sarapan 4

Sayur 31

Seafood 34

Sup 13

Telur 7

Useful Links

Home

About us

Terms of service

Privacy policy

Join Our Newsletter

Dapatkan update resepi dan tip terbaru dari Resepi Che Nom
© Copyright Resepi Che Nom 2022. All Rights Reserved

You might also like