You are on page 1of 3

PIBG SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI KAWANG,

28500 LANCHANG,PAHANG DARUL MAKMUR.


பெற்றோர் ஆசிரியர் சங்கம்,
சுங்கை கவாங் தோட்டத்தமிழ்ப்பள்ளி,
28500 லஞ்சாங், பகாங் டாருல் மக்மூர்.
TEL: 0193336995 email : CBD7097@moe.edu.my
.

En.Liew Thein Yeen,


Pengurus Ladang Sungai Kawang,
28500 Lanchang, Pahang. 28 SEPTEMBER 2020

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN CAT UNTUK PRASEKOLAH

Kami wakil sekolah ingin memohon sumbangan dari Tuan untuk mengecat semula
prasekolah kami. Prasekolah SJKT Ladang Sungai Kawang mempunyai lebih kurang
11 orang murid.

2. Untuk makluman tuan, prasekolah ini telah dibina pada 2010 dan beroperasi dari
2011 sehingga kini. Sejak dari tahun 2010 cat luaran bangunan tersebut tidak pernah
ditukar dan dicat semula. Warna cat kini telah pun pudar dan luntuh.

3. Tambahan pula, bangunan prasekolah nampak tidak ceria di kawasan sekolah.


Bangunan lain telah dicat semula dengan sumbangan ibu bapa dan guru. Prasekolah
merupakan satu tempat dimana anak-anak kita memulakan proses pendidikan awal
mereka. Keceriaan bangunan dan fizikalnya memainkan peranan penting dalam
pembelajaran murid. Apabila keadaan infrastruktur tidak menarik perhatian dan minat
murid, maka ia akan memberi kesan negatif terhapap proses pembelajaran mereka.

4. Untuk pengetahuan Tuan kerja-kerja mengecat bangunan prasekolah


memerlukan kos yang tinggi sekiranya kita upah orang professional atau orang luar.
Oleh sebab itu kami ingin memohon sumbangan cat dari pihak Tuan.
Sebelum ini pihak tuan telahpun menjalankan beberapa Projek Tanggungjawab Sosial
(CSR Programme) di sekolah. Kami berharap tuan akan mempertimbangkan dan
menjadikan kerja-kerja mengecat prasekolah kami sebagai salah satu Projek
Tanggungjawab Sosial (CSR Programme). Segala pertimbangan tuan, didahului ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
(MUNIANDY A/L KRISHNAN)
Pengerusi PIBG
SJK(T) Ladang Sungai Kawang

Senarai Cat Yang Diperlukan – Jenama Nippon Weatherbond Paint


BIL WARNA KOD KUANTITI
1 Hijau - Shenanigan NP BGG 1652 A 5 litre
2 Biru – True Blue NP PB 1534 D 5 litre
3 Kuning – Absolute Yellow NPYO 1113 A 5 litre
4 Red – Drama Red NPR 1288 A 5 litre
5 Jingga – Disco Beat NPYO 1211A 5 litre
6 Putih - White 145 5 litre
7 Hitam – Volcanic Black NPN 1918A 5 litre

You might also like