You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT GREEN LANE

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


JALAN MASJID NEGERI, 11600 PULAU PINANG

email: peb1097@jpnpp.edu.my Tel/Fax: 604-2814842

Ruj. Kami :SMKCGL/700-1/17


Tarikh : 15 MEI 2017

Pengarah Perkhidmatan Perbandaran


Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Jalan Padang Kota Lama
10200 Pulau Pinang

Tuan,

GOTONG ROYONG PERDANA 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. SMK Convent Green Lane akan mengadakan Program Gotong Royong Perdana untuk
membersihkan kawasan sekolah pada hari Rabu 24 Mei 2017 dari jam 7.30-10.00 pagi.

3. Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu sekolah kami menjayakan aktiviti ini
dengan membekalkan alat-alat berikut:-

a. 10 kereta sorong (wheelbarrow)


b. 15 pencakar sampah
c. 15 penyapu lidi
d. 20 penyapu sawang
e. 15 berus longkang
f. 15 penyodok
g. 15 cangkul
h. 15 bakul angkut sampah
i. 15 penyapu panjang
j. 50 keping plastik sampah
k. pengangkutan lori angkut (2 kali)

4. Saya berharap pihak tuan dapat menghulurkan bantuan yang diperlukan untuk sama-sama
menjayakan usaha murni ini.

5. Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan tidak akan kami lupakan dan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………..
(GURJEET KAUR A/P KABAL SINGH )
Pengetua
SMK Convent Green Lane

You might also like