You are on page 1of 6

SK PELANGAI

KG. JAWI-JAWI
28740 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
GOTONG-ROYONG MADANI kpm
2023

ANJURAN

UNIT HEM DAN PIBG


Sk pelangai
1.0 PENGENALAN

Program gotong-royong Madani merupakan salah satu aktiviti di bawah Program 3K.
Program ini diperkenalkan pada 24 Februari 2023 iaitu semasa pembentangan
Belanjawan 2023 oleh YAB Perdana Menteri. Berdasarkan pembentangan tersebut ,
peruntukan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan program
gotong-royong di sekolah KPM seluruh Malaysia.

Justeru itu, Jawatankuasa gotong-royong SK Pelangai dengan kerjasama PIBG akan


mengadakan Program Gotong-royong MADANI 2023/2024 fasa 2 bagi memupuk
perpaduan dalam kalangan warga Pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa,
masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam
membangunkan kemenjadian murid. Peruntukan daripada KPM sebanyak RM5000
yang telah disalurkan kepada sekolah akan digunakan bagi meningkatkan
infrastruktur dan keceriaan sekolah.

2.0 MATLAMAT

Memupuk semangat perpaduan di kalangan komuniti setempat bersama warga


sekolah dalam membina suasana yang kondusif bagi warga sekolah terutama murid-
murid dalam membentuk kemenjadian murid. Selain itu, membina sifat tanggungjawab
semua pihak terhadap pembangunan pendidikan negara.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan tahap kebersihan , keceriaan dan keselamatan sekolah.


3.2 Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui penglibatan agensi
awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
3.3 Membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah ( murid, guru
dan anggota khidmat pengurusan).
3.4 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, tanggungjawab,
tolak ansur dan rajin.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru-guru SK Pelangai, murid tahap 2, para ibu bapa, komuniti setempat, badan
bukan kerajaan (NGO) dan pekerja kebersihan sekolah.
5.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Mohd Zaidi bin Hamid

Pengerusi : Pn Norma Binti Said


En. Abdul Halim Bin Omar
En Ahmad Saffuan Bin Salleh

Setiausaha : Pn. Munirah Binti Md Isa

Bendahari : En Ahmad Saffuan Bin Salleh

Ajk Pengurusan Murid : Guru Kelas Tahun 1 – 6

AJK Makanan : Pn Norma Binti Said


Pn Norlia Binti Ghani

AJK Bilik Khas : Pn Siti Azura Binti Abdullah


Pn Nurul Fariza Binti Adenan
Pn Mazinlina Binti Said

AJK Pondok Ilmu : Pn Munirah Binti Md Isa


Pn Nik Nurul Syakirin Binti Nik MohamedAhmad

AJK Pembelian alatan : En Abdul Halim Bin Omar


En Mohd Hanif Bin Ahmad

Fotografi : En Mohamad Aizuddin Bin Mohd Zulkifli

6.0 AKTIVITI

TENTATIF PROGRAM

8:30 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi


9:00 pagi : Gotong-royong bermula
 Menceriakan kelas
 Baik pulih pondok di depan Makmal Komputer
 Menanam pokok bunga
 Membersihkan dan mengalih kedudukan pasu bunga
 Mengecat dinding sekolah
12:00 tengah hari : Bersurai

ANJURAN

Unit 3K (HEM) dan PIBG SK Pelangai

TEMPAT

Kelas, Depan Makmal Komputer, Di hadapan Blok C

TARIKH

23 Januari 2024

ANGGARAN KOS

BIL ALATAN/BAHAN KUANTITI JUMLAH


(RM)
1 Jamuan 300.00
2 Cat Putih undercoat 14 liter 36 x 2
3 Cat kilat Kuning 5 liter
4 Cat epoxy floor 1 liter 35.50
5 Cat jotun 5 litre majestic 8 tin x 143,00
6 Pintar facil paint roller brush 6 x 25.00
7 Smart paint roller brush set diy wall paint 3 set X 21.25
brush roller
8 Koridor gardening rumput palsu 3 meter ( 5 ) 39.99
9 Pokok Bunga Siti Zubaidah 16
10 Pokok Bunga Raya 10
11 Pasu Bunga
12

JUMLAH KASAR
RM1000.00

SUMBER KEWANGAN
Kerajaan
PENUTUP

Diharap program gotong-royong MADANI ini dapat mencapai matlamat seterusnya


objektif yang diharapkan oleh pihak sekolah.

Disedia oleh,

…………………………………
( PN MUNIRAH BINTI MD ISA)
Setiausaha 3K
SK Pelangai

Disemak oleh,

………………………………….
( PN NORMA BINTI SAID)
GPK HAL EHWAL MURID
SK Pelangai

Disah oleh

……………………………………
(EN MOHD ZAIDI BIN HAMID)
GURU BESAR
SK Pelangai

You might also like