You are on page 1of 2

K.K.

Buang Bin Tajil


Kpg Sungai Langgir, Selanggok
Sempadi Lundu. 18hb Jun 2012

Kepada,

Pegawai Daerah
Lundu, Sarawak.

Tuan,

PER: PERBINCANGAN BERKENAAN TANAH SG CHUPIN, SEMPADI LUNDU.

Kami merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman pihak Pejabat Daerah Lundu, saya mewakili penduduk di kawasan Sg Langgir
dan Sg Chupin sekitarnya telah membuat keputusan untuk memajukan sebahagian tanah NCR
seperti yang telah dipohon persempadanan pada 2001

Pada 8 May 2012, pihak kami telah dihalang untuk memulakan kerja oleh sebahagian daripada
penduduk di kawasan Sg Limo diketuai oleh En Goh Kim Chong yang juga mendakwa kawasan
NCR tersebut adalah milik mereka.

Untuk menyelesaikan perbalahan ini, saya mencadangkan satu perbincangan bersama-sama


dengan Pegawai Daerah dihadiri pihak dari Sg Limo bagi mengesahkan persempadanan supaya
pihak kami dapat memulakan kerja meluaskan tapak tanpa salah faham dari pihak yang
berkenaan.

Antara lain tujuan perbincangan ini adalah untuk mengesahkan sempadan yang didakwa oleh
pihak Sg Limo di kawasan tersebut sebagai ‘starting point’ bagi pihak kami memulakan kerja-
kerja fizikal pembangunan tanah ini. Pihak kami juga tidak ada bantahan jika sekiranya dakwaan
sempadan berkenaan bertindih dengan sempadan yang kami pohon terdahulu. Penjelasan ini
adalah perlu diperjelaskan oleh pihak Pejabat Daerah kepada kedua-dua pihak.
Pihak kami juga memohon tarikh yang terdekat ini untuk tujuan perbincangan tersebut.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak Pegawai Daerah Lundu kami dahului dengan
berbanyak-banyak terima kasih. Sekian.

Yang Benar,

KK Buang Bin Tajil


Ketua Kampung
Kpg Sg Langgir Salenggok Sempadi
Lundu, Sarawak.
Tel : 013-844 9342 / 019-468 6121

Sk :

Zainuddin Bin Su’ud


Ketua Kaum
Kampung Sekambal / Merick & Chupin
Daerah Lundu
Tel : 013-561 7983

En Doha Bin Idris


No 51A
Kpg Sileng Dayak, Lundu
Sarawak.
Tel : 016-522 9594

You might also like