You are on page 1of 3

Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan

Kampung Persekutuan (JPKKP)


Kampung Gadong
71350, Kota Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 018-280 8413 / 013 636 9014


Kod JPKKP : 21/23-05-P131-00050
FB : www.facebook.com/ JPKKP Kg Gadong
Rujukan Kami : Bil (22) Dlm JPKKP 2022

Jurutera Daerah Rembau,


Pejabat Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Rembau,
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah,
Jalan Dato' Lela Maharaja,
71309 Rembau Negeri Sembilan. 15 Ogos 2022

Tuan,

PER : Aduan Hakisan Tanah dan Tebing Runtuh di Sungai Perah, Kg Gadong.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan maklumat diatas, saya Mohd Faizal Bin Arshad selaku Pengerusi JPKKP Kg Gadong ingin
memaklumkan bahawa terdapat aktiviti hakisan tanah dan tebing runtuh di Sungai Perah, Kampung Gadong.

3. Kami berpendapat bahawa runtuhan tebing ini disebabkan oleh aliran air bawah tanah. Keadaan ini amat
merbahaya dan menjadi ancaman berlakunya hujan lebat yang berterusan. Hujan lebat ini menyebabkan air
bertakung di bahagian bawah tanah dan membentuk aliran. Akibatnya struktur tanah menjadi longgar. Struktur
tanah yang longgar memudahkan tanah runtuh dengan sendirinya jika tidak diambil tindakan segera, kejadian
buruk boleh berlaku.

4. Perkara ini telah berlaku berulang kali terutama apabila berlakunya hujan lebat dan telah dimaklumkan
kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan selanjutnya diambil.

5. Besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat perhatian serta pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Turut dilampirkan adalah aktiviti hakisan di kawasan tersebut. Segala jasa baik
dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Di sediakan oleh,

__________________________
(MISRIAH BINTI MOHAMED YAHAYA)
Setiausaha JPKKP KG GADONG
Di sahkan oleh,

_______________________
(MOHD FAIZAL BIN ARSHAD)
Pengerusi JPKKP KG GADONG

s.k. Pejabat Parlimen Rembau


Pejabat DUN KOTA
Fail Setiausaha

You might also like