You are on page 1of 2

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada………

Seperti yang telah kita semua sedia maklum pada tanggal 31 Ogos 2022, genaplah negara kita
menyambut kemerdekaan untuk kali ke-65. Namun, saya percaya, dalam usia kemerdekaan
yang baru melebihi setengah dekad, masih terdapat sebilangan masyarakat khususnya
golongan generasi muda yang kurang arif/kurang faham mengenai peranan dan erti sebenar
kemerdekaan yang telah dikecapi ini.

Pada zaman sekarang, erti kemerdekaan bukan sekadar bebas dari penjajahan secara fizikal
tetapi kita juga harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui
pengaruh- pengaruh negatif yang boleh merosakkan negara dan menggugat keharmonian
yang terjalin selama ini.

Murid- murid sekalian,

Lihatlah senario dunia sekarang, terlampau banyak krisis yang berlaku seperti bencana alam
(heat wave/ gelombang haba yang melanda negara-negara sejuk seperti Eropah. Negara-
negara ini mula mengalami cuaca panas yang amat terik seperti negara kita. Peperangan yang
berlaku di negara Rusia dan Ukraine. Kekurangan bekalan makanan seperti yang berlaku di
negara Sri Lanka. Ramai anak- anak diluar sana tidak mempunyai nasib sebaik anak- anak di
Malaysia seperti anda yang hidup sempurna dan ada peluang berpendidikan.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama- samalah bersyukur dan berikrar untuk hidup
bersama dengan aman dan damai serta saling menjaga kelestarian hidup dalam negara.

Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini adalah selari dengan ini iaitu
‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ . Tema ini amat bersesuaian dengan konsep
keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan
kesyukuran.

Keterangkuman bermaksud merangkumi semua kaum. Jadi semua keluarga pelbagai kaum
berdiri sebagai satu Keluarga Malaysia yang besar. Kebersamaan bermaksud keluarga
Malaysia ini yang merangkumi keluarga pelbagai kaum bersama-sama berganding bahu
dalam semua situasi. Kesyukuran adalah berterima kasih kepada segala kebaikan yang kita
perolehi bersama-sama.

Tema kita - Keluarga Malaysia Teguh Bersama merujuk kepada kekuatan dan kesepaduan
kolektif atau bersama-sama oleh Keluarga Malaysia dalam mengharungi pelbagai cabaran
dengan semangat sebuah keluarga yang besar. Bukan konsep saya jaga keluarga saya sendiri
sahaja.

Semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini harus disemarakkan dan dihayati oleh


segenap lapisan masyarakat dalam membantu usaha kerajaan menyejahterakan kehidupan
seluruh rakyat ketika mendepani cabaran ekonomi global. Apabila semua kaum
melakukannya bersama-sama, tiada siapa yang mampu mengganggu-gugat keteguhan
Keluarga Malaysia.
J/K Program Bulan Kebangsaan telah mengaturkan pelbagai program menarik yang bakal
diadakan termasuk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan yang kita laksanakan hari ini dan
Kibar Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan ini. Ia akan disusuli dengan Sambutan
Ambang Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah pada 30 Ogos dan Sambutan Hari Malaysia
Peringkat Sekolah pada 15 September.

Mengibarkan Jalur Gemilang di merata-rata tempat seperti kawasan perumahan, kediaman,


pejabat, sekolah dan banyak lagi akan menaikkan semangat patriotisme dalam diri kita.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga SKB supaya menyemarakkan sambutan Hari
Kebangsaan dengan mewarnai dan menghiasi setiap tempat di sekolah kita dengan Jalur
Gemilang bagi mencerminkan rasa cintakan tanah air.

Selain mengibar Jalur Gemilang, cara lain untuk membuktikan cinta kepada negara adalah
termasuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri, bekerjasama dan mengamalkan sikap
toleransi di antara semua kaum. Sematkan di hati semangat patriotisme untuk
mempertingkatkan lagi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara tercinta.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya dengan rasmi melancarkan Sambutan Bulan


Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 SK Buntong.

Sekian Terima kasih.

You might also like