You are on page 1of 2

Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam,

86200 Simpang Renggam, No. Tel: 07-7556082


Kluang. No. Fax: 07-7556082
www.sksrkluang.com

Ruj. Kami: JBA2003/100-


19/1/20 (11/3)
Tarikh : 10 Mac 2020

Kepada,
Sarjan Hanafi
Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Simpang Renggam,
Kluang, Johor.

Yang Berhormat,

JEMPUTAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44 2020

Berhubung perkara di atas, kami bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG SK Simpang Rengam
berbesar hati menjemput Yang Berhormat untuk merasmikan mesyuarat agung yang telah kami
tetapkan sebagaimana berikut:
Tarikh : 29 Mac 2020
Hari : Ahad
Masa : 2.00 – 4.30 petang
Tempat: Dewan SK Simpang Rengam

2. Sukacita dimaklumkan jadual program adalah seperti berikut:


2.00 petang - Pendaftaran
2.30 petang - Mesyuarat Agung dimulakan
3.00 petang - Perasmian oleh Sarjan
3.30 petang - Mesyuarat Agung di sambung
4.00 petang - Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR
4.15 petang - Cabutan bertuah
4.30 petang - Bersurai

3. Dengan ini pihak kami berbesar hati menjemput Tuan/Puan untuk turut hadir bersama
bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan seterusnya menyempurnakan Penyampaian
Anugerah Cemerlang UPSR 2018 & 2019.

4. Kesudian Yang Berhormat untuk hadir kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang menjalankan amanah,

…………………………….
Mohd Zur Aliff bin Rozmee
Setiausaha PIBG
SK Simpang Rengam

You might also like