You are on page 1of 1

14 March 2023

[1]

HALAMAN 1

Cerita Rakyat
Cerita Rakyat
Hikayat Merong Mahawangsa
Syair
Oleh : Siti Hawa Saleh
Sumber : Sastera Sejarah Negeri Kedah
Mentera/Jampi

Pendahuluan
Lagenda
Hikayat Merong Mahawangsa
(HMM), yang menerangkan
Mitos
asal usul raja-raja Kedah
berdasarkan mitos dan
lagenda, menjadi ahli genre
sastera sejarah tradisional
Melayu. Hampir setiap
kerajaan Melayu zaman silam
mempunyai hasil sastera
sejarahnya sendiri yang
menerangkan asal usul raja-
Kulit Buku Hikayat Merong rajanya, asal usul negeri,
Mahawangsa.
perkembangan sejarahnya
dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah
yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional.
Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan
berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi
mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.

Oleh yang demikian, dalam perbendaharaan


kesusasteraan Melayu tradisional, terdapatlah berbagai-
bagai hasil sejarah, daripada yang paling terkenal
kepada karya yang jarang-jarang diketahui, malah oleh
orang Melayu sendiri. Bersama-sama dengan HMM
dalam keluarga sastera sejarah ini terdapatlah Hikayat
Raja Pasai, Hikayat Acheh, Hikayat Palembang, Sejarah
Raja-Raja Riau, Hikayat Bangkahulu, Sulalat al-Salatin
(Sejarah Melayu), Hikayat Johor, Hikayat Seri Kelantan,
Hikayat Pahang, Hikayat Patani, Misa Melayu, Asal Usul
Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin,
Salsilah Kutai, Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi.

Dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di


Nusantara, pengabsahan kuasa raja menjadi isu yang
dipersoalkan dan disanhsikan apabila muncul orang
Barat. Persolan itu sama ada ditimbulkan oleh kuasa
Barat sendiri mahupun oleh negeri-negeri lain yang
menjadi jiran. Ini adalah sebahagian daripada taktik
Barat memecahkan negeri-negeri Melayu daripada
bersekutu menentang kemaraannya.

Jelas dari sudut penciptaannya, salah satu dari sebab


mengapa HMM dikarang ialah untuk digunakan sebagai
dokumen pengabsahan kuasa raja Kedah ke atas
negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya. Hikayat
ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa
raja Kedah tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang
kepada Inggeris pada tahun 1786. Oleh itu, seperti
hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain,
HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan
mitos yang digunakan untuk menegakkan kedaulatan
raja-raja Kedah dan keturunannya.

Ringkasan Cerita HMM

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang


belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh
geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat
menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan
puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja.
Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya,


Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya
menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak
dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai
Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan
ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran
Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan
tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga
perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam,
setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan


puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan
oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha
Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha
Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong
Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah
negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja
Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana
kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra
Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya,
Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi
raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam.
Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga
Sultan Muzaffar Syah.

Beberapa unsur Pensejarahan Melayu Tradisional


Dalam HMM

Pengarang karya sastera sejarah tradisional


menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda
untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam
penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang
sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah
bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar
dipakai.

Dalam HMM kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur


mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga
setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga
dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih
mengatasi yang lain. Burung geroda, binatang mitis
hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa
Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu
dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang
ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos
asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan
dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan
asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan
gemilang.

Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh


penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur
perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja
Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan.

Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar


dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana
terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam.
Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan
bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga
mas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana
Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku
dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa
menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.

Telah dijelaskan dari awal bahawa perhubungan antara


negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan
kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda
sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa
permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat
meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah
mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja,
menggantikan Raja Bersiong.

Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus


membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli
nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti,
untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan
menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem
kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan
tugasnya sebagai pujangga istana yang
bertanggungjawab.

Keunggulan HMM makin terserlah dalam pengisahan


kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses
penyesuaian dari amalan menyembah berhala kepada
bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun
ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut
dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah
menceritakannya dengan gaya yang berbeza.

Kesimpulan

HMM yang dikarang dengan berdasarkan konsep


penulisan sejarah Melayu tradisional, menjalankan
peranannya sebagai sebuah penulisan sejarah. Ia
bukanlah dikarang semata-mata berdasarkan khayalan
dan dongengan; malah banyak rahsia budaya dan nilai
hidup zaman dulu tersirat dalam himpunan
perlambangan, mitos dan lagenda.

1
KE ATAS

You might also like